It doesn't matter if you win or lose, it's how you play the game... :)

Friday, August 21, 2009

Assalamualikum sahabat2 ..Photobucket

Nak try buat Makanan Arab ..??




Masih didalam Periuk



Kemudian Diterbalikkan kedalam Pinggan




Siap diterbalikkan





Siap Terhidang dan boleh makan ..





RESEPI MAQLUBAH

Bahan-Bahan :


- Beras (beras yang guna masak briyani mungkin lebih sedap)

- Ayam. Kalau orang arab, potongannya besar-besar. Ikutlah, sesedap mata memandang

- Kentang, dipotong bulat dan nipis sesedap tangan memotong (tengok gambar).

- Terung, pun sama macam kentang, mungkin elok nipis lagi (tengok gambar).

- Bunga kobis. potong macam biasa. (ini bahan yang paling penting. sesetengah resepi di internet tidak menyebut bahan ini)

- rempah (Cadangan saya, guna rempah briyani, dalam sesudu atau sesudu setengah. Boleh tambah rempah ratus yang lain sedikit, macam kayu manis, bunga cengkih dll)

- bahan tambahan macam buah gajus, kismis, kacang kuda dan lain-lain untuk menambah keenakan masakan

- biasalah, garam



Cara masak:

1. Goreng dulu, ayam, kentang dan terung. Goreng ayam tu, tak ingat cara sebenarnya, tapi yang saya buat ialah digumalkan dengan sedikit kunyit supaya tidak melekat di kuali. Mungkin boleh tambah garam sedikit. Kalau tidak ayam ini rasanya tawar.

2. Goreng bunga kobis. Ini caranya: goreng agak lama hingga kekuningan atau coklat. Ia akan mengeluarkan bau aroma yang sangat menyelerakan.

3. Basuh beras, macam biasa, dan sukat air yang perlu untuk memasak nasi macam biasa juga, mungkin boleh lebihkan sikit. Asingkan beras dari air ni, dan air ni kemudiannya dicampurkan siap-siap dengan ramuan tadi: rempah, rempah ratus, garam.

4. Susun bahan-bahan dalam periuk nasi (saya gunakan periuk nasi elektrik). Cara susun ikut selera, cara saya:

- letak potongan terung yang dah digoreng tadi,

- kemudian letak potongan kentang yang telah digoreng,

- diikuti dengan bunga kobis yang telah digoreng.

- seterusnya letak ayam goreng. (memang macam nak penuh periuk jadinya)

- taburkan beras yang telah dibasuh, tabur rata-rata.

- terakhir: tuangkan air yang telah disukat tadi. biasanya ia akan menenggelamkan semua bahan dalam periuk nasi ni.

selesai, on periuk nasi dan tunggu sampai masak.

5. Hidangan tambahan: Salatah: campur dan gaulkan tomato dan timun yang telah dipotong empat segi, kecil-kecil. Boleh campur minyak zaitun sikit. Dimakan mentah bersama dengan hidangan maqlubah ini.

Hidangan:

Selepas masak, terbalikkan maqlubah ini dari dalam periuk nasi ke atas dulang. Memang akan ada kentang dan terung yang terlekat kat dasar periuk, korek saja dan letakkan atas maqlubah. Hidangkan bersama dengan salatah dan yogurt masam.

Selamat Mencuba ...

No comments: