It doesn't matter if you win or lose, it's how you play the game... :)

Friday, November 27, 2009

Warkah buat ADAM


Wahai Adam,




Hawa tidak tahu bagaimana mahu memulakan coretan ini. Surat ini, khas untuk semua kaum Adam di luar sana. Duhai Adam, telah dinyatakan dalam AlQuran, bahawasanya engkau Adam, telah diberikan kuasa terhadap wanita. Kau diberikan tanggungjawab untuk mendidik Hawa, mengawasi Hawa agar Hawa tidak terjatuh ke seberang jalan.Ini ialah amanah Allah buatmu, Adam.. Amanah!




Hawa.. Hawa kelu, Adam! Hawa sendiri menangis melihat sesetengah kaum Hawa sudah jatuh ke seberang jalan. Hawa tertanya-tanya, di mana Adam?! Di mana Adam yang Allah amanahkan untuk menjaga Hawa?! Di mana Adam untuk mengawasi Hawa?! Hawa sedih Adam, Hawa sedih..




Adam, Hawa bersyukur kerana ada dikalangan kaum Hawa sedang berusaha merangkak-rangkak untuk naik semula ke atas jalan. Hawa cuba menghulurkan tangan kepada mereka. dan cuba menarik mereka. Malangnya Hawa tidak kuat, Adam! Hawa tidak kuat! Kenapa?? Kerana ada segelintir kaum Adam yang telah meruntuhkan semangat kaum Hawa untuk mencari jalan yang benar! Kenapa Adam buat Hawa begini?! Kenapa Adam, kenapa?! Mengapa tidak Adam membantu Hawa?! Mengapa Adam tidak memikul amanah Allah ini sebaik mungkin?!!





Astaqfirullah..

Maafkan Hawa, Adam. Hawa tidak bermaksud menyinggung perasaan Adam. Tetapi, Hawa cuma ingin memberitahu Adam realiti dunia sekarang. Kenapa Adam biarkan kami, kaum Hawa yang dikatakan lemah ini memikul senjata? Berkejaran sana-sini menangkap penjenayah? Adam sekadar melihat Hawa menyinsing lengan baju membuat kerja. Adam hanya memerhatikan kami kaum Hawa berkeringat mengamankan negara. Hawa tidak nafikan, ada juga kaum Adam melakukan tugas seperti yang telah disebutkan di atas, namun adilkah bagi kaum Adam yang sekadar goyang kaki menganggur tanpa kerja melihat kami Hawa bertungkus-lumus mencari nafkah buat keluarga?!




Adam, Adam selalu cakap, Hawa keras kepala! Hawa tak dengar kata! Hawa ego! Tapi Adam, yang lahirkan Adam, ialah kaum Hawa. Hinggakan di saat kaum Hawa mulai sakit mahu bersalin, Allah hadiahkan kaum Hawa pahala jihad di jalan Allah. Dan Allah kata, seorang wanita solehah itu lebih baik daripada 1000 lelaki soleh. Apa di fikiran Adam sekarang?




Adam, jika Adam sudah mempunyai seorang Hawa sebagai isteri, maka pimpinlah isterimu itu wahai Adam. Rasullullah pernah cakap, "Seandainya diperbolehkan untuk manusia bersujud kepada manusia lain, tentunya aku perintahkan seorang isteri untuk sujud kepada suaminya". Lihatlah, Adam. Kedudukan seorang suami itu amat mulia. Maka dengan itu, jalankanlah tanggungjawabmu dengan sebaik mungkin terhadap isterimu, Hawa. Jangan biarkan isterimu berpakaian tetapi bertelanjang. Menutup aurat tetapi rosak akhlak. Bermanis bicara tetapi sebenarnya berdusta. Jalankan amanah Allah, Adam..




Adam, engkau itu imam dan Hawa itu makmum. Bagus engkau, baguslah Hawa. Buruk engkau, buruklah Hawa. Adam, Adam lupa? Bukankah Allah memberikan anugerah buat Adam? Adam punya 9 akal 1 nafsu. Tetapi kami kaum Hawa, punya 9 nafsu 1 akal! Kerana itulah, apabila semakin buruknya akhlak Adam, semakin buruk dan jijiklah akhlak Hawa. Maka Adam, tidak adil lah kaum Adam mahu menyalahkan kami kaum Hawa dalam segala hal. Tatkala sang isteri memakai tudung bawal dengan baju t-shirt lengan takat siku, bersama seluar jeans ketat, mengapa sang suami tidak menegur? Kerana sang isteri tidak mahu mendengar kata? Bukankah sang suami itu punya kuasa? Bila si suami tidak menegur, maka fesyen pelik si isteri yang dinamakan berpakaian tetapi bertelanjang ini semakin berleluasa hinggakan menjadi ikutan anak-anak gadis muda.




Adam tidak percaya? Pergilah keluar. Lihatlah sendiri. Hatta makcik-makcik sekalipun berpakaian begitu. Siapa lagi yang boleh mencegah semua ini Adam?! Siapa?! Hinggakan kami sesetengah kaum Hawa sendiri pun sudah penat menasihati kaum sendiri.




Adam, sebagai manusia, Hawa sangat menyayangi Adam. Tak mengapalah, Adam. Andai surat ini masih belum mampu menyedarkan Adam, Adam tunggulah. Tunggulah sehingga Adam melihat anak-anak gadis Adam sendiri rosak dan hanyut dalam maksiat. Wallahu'alam.

Satu Kisah CINTA ....


Nuaim Zidat....



Ayu ..



Begini.. Ayu, pelajar Maahad (bukan nama sebenar) sangat meminati seorang pemuda hafiz bernama Nuaim Zidat (bukan nama sebenar), setiap hari dialah yang jadi tukang azan, iman. Akhlaknya sangat mulia. Menjadi kegilaan gadis Maahad.Rupanya pula, subhanallah.. kalah hero hindustan. Ayu sering berdoa.. "Ya Allah, jika ada jodoh aku dengannya, temukanlah kami". Tapi dia merasakan dirinya sangat kerdil berbanding dengan pemuda ini. Rupa pun bukan secantik heroin bollywood, lagipun keluarganya sangat naif. Mustahil, pemudah hebat ini akan memilihnya. Hari berganti hari, tahun berlalu..

Pelajar Maahad menyambung pengajian di IPT pilihan masing-masing. Ayu berpisah dengan pemuda ini tanpa menyatakan 'cinta'nya. Setahun kemudian, ibunya melahirkan anak kembar, oleh kerana minatnya yang teramat sangat, Ayu menamakan salah seorang adik kembarnya dengan nama pemuda impiannya itu. Ditakdirkan Allah, sepupu Ayu (Zaim) satu pengajian dengan pemuda ini. Pada suatu hari, sepupu Ayu bercerita tentang Ayu;menyebabkan Nuaim tertarik untuk mengenalinya. Maka bertekad pula menulis sepucuk surat tanda salam perkenalan. Zaim dengan gembiranya menyampaikan hajat sahabatnya kepada Ayu. Alangkah terkejutnya Ayu tatkala membuka warkah - Nuaim Zidat!

Hampir terjerit, terpaku melihat surat yang sudah lama diimpikan. Tapi maruahnya membataskan, berkata Ayu kepada Zaim " Aku tak layak untuk dia, kau sampaikan salam pada dia.Penolakan ini dikhabarkan kepada sahabatnya. Nuaim agak kecewa, oleh kerana hatinya merasa cukup tenang untuk gadis ini, maka menyusul surat kedua dan ketiga dan ke-empat. Aduhai, hati Ayu akhirnya lembut untuk membalas surat ke-4. Dengan penuh rendah diri, Ayu menceritakan. Antara lain Ayu berkata, "Saudaraku, sesungguhnya apabila kau mengenali kenaifan diriku dan keluargaku pasti hasratmu untuk mendampingiku akan lebur sama sekali kerana darjat kita tidak pernah akan sama".

Rupanya isi surat Ayu telah menambat hati Nuaim untuk terus menghantar rombongan merisik seterusnya meminang. Sebulan selepas bertunang, Ayu dan Nuaim Zidat diakad sebagai suami isteri. Pada malam pertama- Dalam solatnya, Ayu sujud sungguh lama. Tidak mampu menahan sebak, terisak di atas sejadah. Tatkala menatap wajah suaminya diceritakan doa dan hajatnya untuk dipertemukan dengan Nuaim sejak di bangku sekolah lagi, menyatakan bahawa rindu serta cintanya terhadap pemuda itu tidak pernah padam. Malah perasaan itu semakin mekar tiapkali bersama adik kembarnya.. Nuaim sungguh terharu dengan cerita 'cinta' Ayu, semakin dia yakin telah menemui 'cintanya yang sebenar'

Menangislah ....


Lahirnya manusia bermula dengan tangisan. Tangisan itu juga menggembirakan orang keliling mereka. Tidak pernah pula ibu bapa bayi itu menangis melihat anak mereka menangis. Tidak juga mereka berasa bersalah bila merasa gembira melihat satu tangisan. Demikian tangisan bayi itu amat diperlukan sebagai bukti normal dan selamat nyawanya.

Alhamdulillah. Bila kita mula meniti usia dewasa, tangisan kerap dikaitkan dengan kekecewaan. Ianya bagai satu kemestian pula. Terkadang menjadi satu luahan. Dalam keriuhan dan diam ada tangisnya. Diam atau meriuhkan keadaan tangisan adalah kemestian. Kita akan menangisi kegagalan kita. Malah air mata juga gugur bila kita gembira.

Tangisan adalah satu suara hati manusia, justeru tidak adil jika tangisan itu hanya dikaitkan dengan sifat kewanitaan. Manusia yang mengadap Ilahi setelah perlakuan dosa besar yang dilakukanakan menangis, tangisan yang amat pahit tetapi diterima dengan kurniaan manis dari Allah. Bagaimana Allah begitu penyayang menerima tangisan ummah yang pernah mengkhianati jalanNya. Maka itu Allah melahirkan manusia dengan anugerah satu tangisan dalam diri mereka. Manusia yang ego pula kerap merasa malu untuk menangisi kekesalan mereka. Bagi manusia, menangis ini satu kelemahan. Benarkah?


Tangisan adalah perlambangan kesedihan dan kegembiraan. Manusia menangis bila putus asa. Manusia menangis bila beroleh kemenangan dan kejayaan. Dan dalam kesedihan, tangisan meluahkan kepuasan.Kepuasan ini melahirkan satu gerak untuk bertindak ke arah tidak akan sedih lagi.Sedar atau tidak tangisan membawa manusia memotivasikan diri. Bergerak untuk tidak menangis untuk satu kekecewaan dan berubah ke arah menangis untuk satu kemenangan.

Manusia selalu mengingkari kebenaran kenikmatan satu tangisan. Cubalah menangisi sesuatu dengan sesungguh hati. Dan rasakan nikmatnya! Demi Allah, Maha Kaya Allah telah mencipta titis-titis air mata dengan begitu suci dan jernih bagai aliran sungai menyucikan kotoran pada satu permukaan. Dalam suasana taubat, manusia menangisi perbuatannya dengan satu keyakinan bahawa Allah Maha pengampun dan penyayang dengan air mata sebagai perantaraan dan bukti kekesalan ini. Sebaliknya manusia yang menyalahgunakan ciptaan Allah yang satu ini untuk tujuan yang tidak seharusnya, perlulah mereka sedar dan menyesalinya. Air mata bukan untuk menangisi satu kematian.

Maka itu Allah menjanjikan hukum-hukum tertentu untuk perkara begini. Tangisan untuk satu pemergian adalah satu kerugian.Dalam setiap tangisan, tersembunyi satu luahan naluri yang cukup simbolik. Melalui tangisan manusia bagai dapat menyampaikan apa yang terbuku seakan meluahkannya melalui percakapan, perlakuan dan ada perantaraan. Walhal ianya berlaku hanya dalam diri, diri si menangis! Pernahkah manusia benar-benar terfikir untuk apa dan mengapa mereka menangis? Dan pernahkah manusia benar-benar merasai nikmatnya? Buanglah tanggapan tangisan itu hanya melambangkan kelembutan dan hanya bagi mereka yang lemah perlu menangis. Ego yang tinggi dapat ditewaskan dengan satu tangisan yang benar-benar tangisan! Oleh itu menangislah... kerana ia rawatan untuk segala 'duka'mu..

DISEBALIK KELEMAHAN WANITA ADA KEKUATAN ...



Ujar lelaki, wanita itu lemah. Ujar wanita, mereka adalah lembut. Antara lemah dan lembut, besar perbezaannya. Namun Ada yang tidak rela mengakuinya, telah ditakdirkan, kerana lembut , wanita tidak gemar perbalahan, kecuali jika terpaksa, Lalu wanita pun diam. Diam seolah-olah menerima...Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan. Dalam diam ,wanita terus terusan bekerja. Di pejabat sebagai kerani...di rumah sebagai suri. Dari sebelum tercalit garis putih di subuh hari, hingga jarum jam tegak bertindih jari. Lelaki yang mengaku kuat , celik mata sarapan sudah terhidang. Apabila pulang dari pejabat...di kerusi malas longlai terlentang. Isteri dikatakan lemah...bergelut di dapur memasak.


Suami yang mengaku gagah...bersantai di hadapan TV tidak bergerak. Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak, menyapu sampah, mengemas rumah yang berselerak. Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak, berehat,menonton TV sambil tergelak. Dalam diam wanita dianggap lemah...terus berlumba dengan masa memandikan anak, melipat pakaian dan membasuh baju. Kakitangan semua digerakkan dengan laju menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu. Sebelum solat Magrib untuk sujud. Menyembah yang Satu. Makanan dihidang selepas solat. Selesai kerja rumah,anak-anak diajar mengaji. Sedang suami tersandar semula seperti tadi. Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji. Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan. Lelaki terpelajar celik hati... Ingin menghapuskan diskriminasi. Lantang membela nasib wanita. Memberi kesedaran supaya segera bangkit. Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adab tradisi. Hukum agama telah terpapar.


Tugas suami mengemas rumah,menjaga anak. Membasuh pakaian,menyediakan makanan. Jika suami tidak terdaya melakukannya. Seorang pembantu wajar disediakan. Lelaki yang hanyut dalam keasyikan, tidak mampu menerima perubahan. Rela bertahan bagaimana jua . Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati dalam diam, wanita yang sering dianggap lemah meneruskan hidup dalam segala kekuatan.



Tak perlu mencari teman secantik BALQIS, Jika diri tak seindah SULAIMAN, Mengapa mengharap teman setampan YUSUF, Jika kasih tak setulus ZULAIKHA, Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM, Jika tak sekuat SARAH, Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH, Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W, Tak guna Ada MATA kalau tak dapat MELIHAT, Tak guna Ada HATI kalau tak tahu MENILAI....

Kecantikan Lelaki?? Kegagahan Wanita??



Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni
rohani. Lelaki yang cantik adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan

2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran

3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun

4) Lelaki yang tenang dan lapang dada

5) Lelaki yang baik sangka

6) Lelaki yang tak pernah putus asa

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan Yang
ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki..

Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang w anita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada
kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan

2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan

3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan

4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada
pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW:

"Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat " Surah Al-Ahzab : Ayat 71

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu
dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka
sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."

Di Jalan Apakah Kita Menikah ??




Sekadar Perkongsian Ilmu ...

sehebat manapun seorang lelaki, kalau dia tidak sama-sama duduk dalam halaqoh atau duduk dalam proses tarbiah dan dakwah, kehebatan itu akan pudar juga dan di mamah usia dan dosa tanpa peringatan

Nafsu syahwat itu seperti air bah yang turun dari puncak gunung. Barang siapa berdiri menghadangnya, maka ia akan diterjang dan dilumatkan. Barang siapa membiarkannya, maka ia bakal memporakporandakan negeri dan memusnahkan umat manusia.Orang yang berakal sehat tentu akan membuat jalan untuknya, menggali tanah sedalam-dalamnya dan mengalirkan air bah itu ke sana. Inilah yang diperbuat Islam

Di jalan apakah anda menikah? Terbentang pula dengan lurus dan amat luas jalan dakwah. Jalan para Nabi dan syuhada, jalan orang-orang saleh, jalan para ahli surga yang kini telah bercengkerama di taman-tamannya:
Katakanlah: “Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha suci Allah, dan aku tiada Termasuk orang-orang yang musyrik”. (Yusuf:108 )
Hadzihi sabili, inilah jalanku, yakni ad’u ilallah, aku senantiasa mengajak manusia kepada Allah. Fi’il mudhari’ yang digunakan pada kalimat ad’u ilallah semakin menegaskan bahwa dakwah adalah pekerjaan yang sedang dan akan terus-menerus dilakukan kaum muslimin, yaitu ana, Rasulullah saw, wamanittaba’ani dan orang-orang yang mengikuti Rasullullah saw sampai akhir zaman nanti.

Inilah jalanku, yaitu jalan dakwah, jalan yang membentang lurus menuju kebahagiaan dan kepastian akhir. Jalan yang dipilihkan Allah untuk para Nabi, dan orang-orang yang setia mengikuti mereka. Jalan inilah yang menghantarkan Nabi saw menikahi istri-istrinya. Jalan ini yang mengantarkan Ummu Sulaim menerima pinangan Abu Thalhah. Jalan yang menyebabkan bertemunya Ali r.a dan Fatimah az-Zahra dalam sebuah keluarga.

Di jalan dakwah itulah Nabi saw menikahi Ummahatul Mukminin. Di jalan itu pula para sahabat Nabi menikah. Di jalan dakwah itulah orang-orang saleh membina rumah tangga. Jalan ini menawarkan kelurusan orientasi, bahwa pernikahan adalah ibadah. Bahwa berkeluarga adalah salah satu tahapan dakwah untuk menegakkan kedaulatan di muka bumi Allah.

Dan bahwa (yang Kami perintahkan ini) adalah jalanKu yang lurus, Maka ikutilah Dia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), karena jalan-jalan itu mencerai beraikan kamu dari jalanNya. yang demikian itu diperintahkan Allah agar kamu bertakwa. (Al-An’am:153)

Menikah di jalan dakwah akan mendapatkan keberuntungan. Di jalan ini para sahabat Nabi melangkah, di jalan ini mereka menikah, di jalan ini pula mereka meninggal sebagai syahid dengan kematian yang indah. Jalan yang tak pernah memberikan kerugian. Justru senantiasa menjadi invesatasi masa depan yang menguntungkan di dunia maupun akhirat.

Di jalan ini kecenderungan ruhiyah amat mendapat perhatian, akan tetapi tidak mengabaikan segi-segi materi. Di jalan ini setan terkalahkan oleh orientasi Rabbani, dan menuntun prosesnya, dari awal sampai akhir, senantiasa memiliki kontribusi terhadap kebaikan dan umat.

Sejak dari persiapan diri, pemilihan jodoh, peminangan, akad nikah hingga walimah dan hidup satu rumah. Tiada yang dilakukan kecuali dalam kerangka kesemestaan dakwah.“Seandainya seseorang dianugerahi harta Qorun dan fisik Hercules. Lalu dihadiahkan di hadapannya 1000 perempuan jelita berikut segala keistimewaannya, niscaya dia tidak pernah berjumpa dengan kepuasan”

Bernikahla kerana Allah :) InsyaAllah segalanya akan terjamin Dunia dan Akhirat ..

TEMUDUGA SEBAGAI: CALON JENAZAH


SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal..
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur....
2. Perlindungan di Padang Mahsyar..
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.


LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu :
Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.


PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.


ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.

Ia diberi nama Izrail.


TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:

Sabda Rasulullah S.A.W:
"Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya." Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk.. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk.

Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang.. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya.. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya".




Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.

cepat sebelum tawaran ini datang kepada anda...


waspada.....

cepat-cepat BERTAUBAT sebelum terlambat.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesungguhnya Tuhan bersedia menerima taubat seseorang hamba selagi nyawanya belum sampai di kerongkong (sebelum nazak)."

perkongsian emel yang diberi oleh seorang sahabat untuk peringatan bersama, bukan 1 jenaka.

MENAHAN LAPAR SEMALAMAN KERANA MENGHORMATI TETAMU


Seorang telah datang menemui Rasulullah s.a.w. dan telah menceritakan kepada Baginda s.a.w. tentang kelaparan yang dialami olehnya. Kebetulan pada ketika itu Baginda s.a.w. tidak mempunyai suatu apa makanan pun pada diri Baginda s.a.w. mahupun di rumahnya sendiri untuk diberikan kepada orang itu. Baginda s.a.w. kemudian bertanya kepada para sahabat,"Adakah sesiapa di antara kamu yang sanggup melayani orang ini sebagai tetamunya pada malam ini bagi pihak aku?" Seorang dari kaum Ansar telah menyahut, "Wahai Rasulullah s.a.w. , saya sanggiup melakukan seperti kehendak tuan itu."

Orang Ansar itu pun telah membawa orang tadi ke rumahnya dan menerangkan pula kepada isterinya seraya berkata, "Lihatlah bahawa orang ini ialah tetamu Rasulullah s.a.w. Kita mesti melayaninya dengan sebaik-baik layanan mengikut segala kesanggupan yang ada pada diri kita dan semasa melakukan demikian janganlah kita tinggalkan sesuatu makanan pun yang ada di rumah kita." Lalu isterinya menjawab, "Demi Allah! Sebenarnya daku tidak ada menyimpan sebarang makanan pun, yang ada cuma sedikit, itu hanya mencukupi untuk makanan anak-anak kita di rumah ini ?"

Orang Ansar itu pun berkata, "Kalau begitu engkau tidurkanlah mereka dahulu (anak-anaknya) tanpa memberi makanan kepada mereka. Apabila saya duduk berbual-bual dengan tetamu ini di samping jamuan makan yang sedikit ini, dan apabila kami mulai makan engkau padamlah lampu itu, sambil berpura-pura hendak membetulkannya kembali supaya tetamu itu tidakk akan ketahui bahawa saya tidak makan bersama-samanya." Rancangan itu telah berjalan dengan lancarnya dan seluruh keluarga tersebut termasuk kanak-kanak itu sendiri terpaksa menahan lapar semata-mata untuk membolehkan tetamu itu makan sehingga berasa kenyang. Berikutan dengan peristiwa itu, Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud, "Dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin) atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka berada dalam kesusahan." (Al-Hasy : 9)



Ambiklah Iktibar Dari Kisah ini bersempena Hari Raya Eidul Adha yang mulia ini :)
Memang tidak dinafikan PENGORBANAN itu sangat Pedih ..Namun Hakikatnya INDAH ...

Salam Eidul Adha =)