It doesn't matter if you win or lose, it's how you play the game... :)

Tuesday, March 25, 2008

Bantulah saudara-saudaramu!!!!


(Kesukaran Rakyat Gaza mendapat makanan walaupun hanya beberapa keping roti)


Menurut sebuah Pusat Pemerhati dan Kajian Media di Amerika baru-baru ini, didapati bahawa dalam masa seminggu, kurang dari 2% media di sana membuat liputan tentang situasi kekejaman kemanusiaan di Gaza, mahupun Iraq.

Dalam sebuah website American-based Research Center, keputusan undian pelawat menunjukkan bahawa media Amerika, mahupun Rakyat Amerika sendiri, tidak berminat tentang situasi semasa di Gaza, dan perhatian ditumpukan kepada liputan pilihanraya Presiden yang semakin hampir, dan kemerosotan ekonomi di Amerika (yang masih paling kurang 10 kali ganda lebih baik dari ekonomi Gaza)!!


Bancian menunjukkan bahawa kurang dari 2% daripada media Amerika yang membuat liputan tentang situasi Gaza, dan kurang dari 2% Rakyat Amerika yang berminat dengan status situasi di sana. Hanya 6% Rakyat Amerika yang mengikuti perkembangan semasa di Iraq, yang mana berita Iraq ini adalah di tempat ke-5 terpenting dalam media pada minggu lepas. 4% dari Media Amerika membuat liputan tentang kematian seorang bintang filem muda, Heath Ledger, dan ini menunjukkan 2 kali ganda perhatian rakyat Amerika tertumpu kepada kematian seorang bintang filem berumur 28 tahun daripada krisis kemanusian dan kekejaman di Semenanjung Gaza!!

Sebahagian besar rakyat Amerika sendiri berpendapat bahawa Media Amerika telah agak berlebihan apabila membuat liputan tentang Heath Ledger yang ditemui mati dirumahnya disebabkan penyalahgunaan dadah.

Bancian juga menunjukkan hampir 40% Media Amerika telah dipenuhi dengan liputan kempen White House untuk Pilihanraya Presiden.

Pada pandangan saya, media adalah satu sumber pembacaan yang mampu menguasai pemikiran rakyat. Setiap hari rakyat di mana-mana negara akan membeli akhbar (mungkin negara miskin dan bergolak terkecuali), dan tumpuan perbualan mereka akan berkisar kepada tajuk utama di akhbar. Ini jelas dalam rutin harian kita di Malaysia pun, tak perlu pergi jauh. Seandainya ia dipenuhi oleh hiburan, maka rakyat akan berfikir tentang hiburan, dan seandainya ia dipenuhi tentang isu ummat seperti kekejaman rejim Israel di Palestin, maka begitu jugalah rakyat akan mula berfikir tentangnya.

Sebenarnya banyak media alternatif yang boleh kita percayai untuk mengetahui tentang isu ummat global. Sebagai ummat islam, jangan kita menjadi seperti Rakyat Amerika yang hanya tahu tentang negara mereka sahaja, isu Palestin dan Gaza khususnya ialah isu Kita, iaitu isu ummat islam. Lalainya kita daripada mengambil tahu tentang isu Ummat Islam, bermakna berjayanya taktik Yahudi (yang menguasai sebahagian besar media dunia) untuk melekakan ummat islam dari membantu saudaranya sendiri!!

“Barangsiapa yang tidak mengambil berat tentang urusan ummat, maka dia bukanlah dari kalangan aku“(Hadis Nabi s.a.w)

artikel atas dari : http://www.ikhwanonline.com/Article.asp?ArtID=34118&SecID=450

Sumbangan kepada Palestin boleh dibuat bila-bila masa sahaja. Layari www.amanpalestin.com

MALAM AIRMATA PALESTIN anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) akan diadakan di Masjid Jamek Radin, Kuala Pilah pada Jumaat 15/2/2008 bermula dengan Pameran Palestin jam 11.00 pagi hingga Malam Kemuncak jam 8.30 malam (Forum, Nasyid, Ucapan). Semua tuan puan dan para pelajar dijemput hadir.

Anda mahir berbahasa Arab dan mampu menterjemah? Bantulah untuk menterjemah isu-isu ummat! Hantarkan komen kpd saya untuk berbincang lanjut.

No comments: