It doesn't matter if you win or lose, it's how you play the game... :)

Friday, November 27, 2009

Satu Kisah CINTA ....


Nuaim Zidat....



Ayu ..



Begini.. Ayu, pelajar Maahad (bukan nama sebenar) sangat meminati seorang pemuda hafiz bernama Nuaim Zidat (bukan nama sebenar), setiap hari dialah yang jadi tukang azan, iman. Akhlaknya sangat mulia. Menjadi kegilaan gadis Maahad.Rupanya pula, subhanallah.. kalah hero hindustan. Ayu sering berdoa.. "Ya Allah, jika ada jodoh aku dengannya, temukanlah kami". Tapi dia merasakan dirinya sangat kerdil berbanding dengan pemuda ini. Rupa pun bukan secantik heroin bollywood, lagipun keluarganya sangat naif. Mustahil, pemudah hebat ini akan memilihnya. Hari berganti hari, tahun berlalu..

Pelajar Maahad menyambung pengajian di IPT pilihan masing-masing. Ayu berpisah dengan pemuda ini tanpa menyatakan 'cinta'nya. Setahun kemudian, ibunya melahirkan anak kembar, oleh kerana minatnya yang teramat sangat, Ayu menamakan salah seorang adik kembarnya dengan nama pemuda impiannya itu. Ditakdirkan Allah, sepupu Ayu (Zaim) satu pengajian dengan pemuda ini. Pada suatu hari, sepupu Ayu bercerita tentang Ayu;menyebabkan Nuaim tertarik untuk mengenalinya. Maka bertekad pula menulis sepucuk surat tanda salam perkenalan. Zaim dengan gembiranya menyampaikan hajat sahabatnya kepada Ayu. Alangkah terkejutnya Ayu tatkala membuka warkah - Nuaim Zidat!

Hampir terjerit, terpaku melihat surat yang sudah lama diimpikan. Tapi maruahnya membataskan, berkata Ayu kepada Zaim " Aku tak layak untuk dia, kau sampaikan salam pada dia.Penolakan ini dikhabarkan kepada sahabatnya. Nuaim agak kecewa, oleh kerana hatinya merasa cukup tenang untuk gadis ini, maka menyusul surat kedua dan ketiga dan ke-empat. Aduhai, hati Ayu akhirnya lembut untuk membalas surat ke-4. Dengan penuh rendah diri, Ayu menceritakan. Antara lain Ayu berkata, "Saudaraku, sesungguhnya apabila kau mengenali kenaifan diriku dan keluargaku pasti hasratmu untuk mendampingiku akan lebur sama sekali kerana darjat kita tidak pernah akan sama".

Rupanya isi surat Ayu telah menambat hati Nuaim untuk terus menghantar rombongan merisik seterusnya meminang. Sebulan selepas bertunang, Ayu dan Nuaim Zidat diakad sebagai suami isteri. Pada malam pertama- Dalam solatnya, Ayu sujud sungguh lama. Tidak mampu menahan sebak, terisak di atas sejadah. Tatkala menatap wajah suaminya diceritakan doa dan hajatnya untuk dipertemukan dengan Nuaim sejak di bangku sekolah lagi, menyatakan bahawa rindu serta cintanya terhadap pemuda itu tidak pernah padam. Malah perasaan itu semakin mekar tiapkali bersama adik kembarnya.. Nuaim sungguh terharu dengan cerita 'cinta' Ayu, semakin dia yakin telah menemui 'cintanya yang sebenar'

5 comments:

Hamba Allah said...

SubhanaAllah...alangkah bahagianya seseorang itu....Andai aku ditempatnya.... Ya Allah, Jika benar ia jodoh buatku, pertemukanlah aku dengannya, Ya Rabb!>.. Ameen

Hamba Allah said...

SubhanaAllah...alangkah bahagianya seseorang itu....Andai aku ditempatnya.... Ya Allah, Jika benar ia jodoh buatku, pertemukanlah aku dengannya, Ya Rabb!>.. Ameen

أَسْرَارٌ said...

SubhanaAllah...alangkah bahagianya seseorang itu....Andai aku ditempatnya.... Ya Allah, Jika benar ia jodoh buatku, pertemukanlah aku dengannya, Ya Rabb!>.. Ameen

Bintu Qist said...

Masya-Allah, alangkah bahagia cinta jika disulami keikhlasan

Bintu Qist said...

Masya-Allah, alangkah bahagia cinta jika disulami keikhlasan