It doesn't matter if you win or lose, it's how you play the game... :)

Monday, April 21, 2008





Terkadang bila melayari weblog-weblog rakan, menjelajah ke dalam dunia maya bagi manusia yang memayakan diri
mereka, saya merasa hairan melihat sesetengah weblog muslimah, yang bertudung, yang menutup aurat, tidak segan silu pula untuk memaparkan gambar masing-masing. Tiadalah salah untuk memaparkan gambar anda, ya muslimah sekalian, namun, sayangnya, anda terlupa bahawa gambar yang anda posting itu adalah gambar sebesar skrin 17 inci! Setiap butir jerawat dan bulu halus di muka anda terpampang rapi!


Muslimah & Gambar : Ada apa dengannya?

Tidaklah tujuan saya mengaibkan kalian. Saya adalah rakan kamu. Sahabat kamu. Yang enggan melihat wajah-wajah anda itu, dipaparkan sewenang-wenangnya kepada orang. Biarpun wajah bukan aurat mengikut sesetengah mazhab, namun tatkala fitnah mengundang, tidakkah ia melayakkan ianya ditutup dari pandangan umum?

Muslimahku,

Dunia internet semakin berkembang maju. Satu hari, satu weblog, mungkin berjuta-juta orang yang melihatnya
setiap hari. Di kalangan mereka ada yang bagus, yang menundukkan pandanga selaras firman Allah dalam Surah An-Nur “Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan.” Namun, kita harus akui, bahawa di kalangan jutaan orang itu, ada yang hatinya sakit, ada yang jiwanya perit menanggung kesakitan akibat terlihat wajah-wajah kamu biarpun kamu bertudung litup.

Muslimahku,

Kalau kita lihat dunia gambar bukan main maju lagi. Dahulu, cuma setakat kamera yang perlu dicuci gambarnya.

Kini, telefon juga menjadi kamera. Kamera pula lebih dahsyat, lebih instant, sesegera mee segera yang sama

kerosakan yang dibawanya, penyakit hati.

Alangkah malangnya, kalau wajah-wajah
anda yang terpamer itu, mengundang
gejolak rasa di jiwa insan bernama
lelaki, yang beriman akan beristighfar
dan memujuk hati, manakala yang sakit
jiwanya, akan mula mengganggu anda.
Mula memburu anda dengan SMS, telefon,
hatta mungkin mendekati anda, dengan
tujuan memiliki anda….Hanya kerana
satu kesilapan yang mungkin anda tidak
terniat, wajah anda terpampang besar
di internet!

Gambar adalah bayangan realiti. Namun
mungkin juga ia fantasi. Kadangkala
tertipu juga lelaki pada fantasi
Photoshop, Fireworks dan seribu satu
pengedit gambar lagi. Kalau itu memang
tujuan anda, anda tanggung sendirilah.
Tapi kalau niat anda cuma berkongsi,
dengan tanpa sedar mengajak fitnah
bertandang, maka amaran saya, hati-
hatilah!

Penyelesaiannya

Andalah sahaja yang mampu
menyelesaikannya. Bukan orang lain.
Diri anda, andalah yang harus
menjaganya. Apa tujuan anda bertudung
dan menutup aurat? Bukankah kehendak
syariat dan ingin menutup pandangan
orang kepadamu? Maka, soalan saya,
menundukkan pandangan bukan kehendak
syariatkah? Memaparkan wajah anda
besar-besar menutup pandangan orang
terhadap andakah?

Kerana weblog-weblog dan web foto itu
milik anda, seharusnyalah anda
kecilkan wajah-wajah anda dengan
mengecilkan saiz gambar itu. Banyak
cara boleh dilakukan menggunakan
perisian pengedit gambar. Belajarlah
daripada yang tahu. Hindarkanlah aksi-
aksi dan posing-posing yang hanya akan
menambahkan lagi kerosakan jiwa
masyarakat. Sekiranya niat anda hanya
ingin berkongsi dengan rakan muslimah
anda, lakukanlah secara tertutup.
Elakkan posting yang boleh dilihat
oleh segala macam jenis orang. Kalau
lebih mudah, anda kirim saja emel
bergambar pada rakan muslimah anda itu.

Ingat, wajah anda, anugerah Allah.
Anugerah Allah itu hanya layak dilihat
berkali-kali oleh yang layak sahaja.

Wallahu A’lam.

Peringatan juga buat diriku yang
sering lupa…

- dipetik dari blog wewr iaitu ~Khabar
Dari Urdun~ dalam entri bertajuk
Muslimah & Gambar




2 comments:

ZaujahSaifullah said...

Assalamualaikum...terkadang kita lupa yang diri kita adalah pinjaman dari yang Maha Esa..diri kita bukanlah milik kita sebenarnya, setiap yang kita miliki adalah pinjaman cash dr Allah Tuhan azza wajalla..kepada-Nya semuanya akan dikembalikan.. artikel yang baik sekali dan mengingatkan diri ana yang serba kurang..semoga ukhti sentiasa dlam redha Allah...amin

ZaujahSaifullah said...

klu diizinkan ana nak copy artikel ni, letak kat blog ana pulak..untuk menjadi panduan dan peringatan khususnya buat kaum muslimah..jazakiLlah...