It doesn't matter if you win or lose, it's how you play the game... :)

Tuesday, April 1, 2008





Kaherah: 31 Mac , - Pengusaha kantin pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Mesir yang lebih dikenali sebagai Wak Jasman, warganegara Malaysia hari ini meninggal dunia. Jenazah telah disembahyangkan di Kompleks Rumah Negeri di Hayyu ‘Ashir sebelum selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam-Melayu di sini.

Menurut sumber, arwah meninggal dunia disebabkan penyakit jantung yang dihidapinya. Beliau meninggal dunia di hospital beberapa hari selepas menjalani satu pembedahan. Isteri si mati yang berketurunan Arab Mesir turut bersama-sama ketika solat jenazah dilaksanakan ditemani beberapa orang ahli keluarga terdekat.

Solat jenazah yang dilaksanakan oleh pelajar-pelajar Malaysia di Mesir turut dihaleh pegawai-pegawai rumah negeri dan pegawai-pegawai dari pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Mesir.

ISMA mengucapkan takziah kepada ahli keluarga si mati dan semoga roh si mati dicucuri rahmat oleh Allah (swt) serta ditempatkan bersama-sama orang-orang yang soleh.

No comments: