It doesn't matter if you win or lose, it's how you play the game... :)

Sunday, October 30, 2011

Surat dari Si Dia ....

Seorang ayah pergi merantau ke luar negara untuk mencari rezeki meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak. Dia seorang yang penyayang dan sangat dikasihi dan dihormati pula oleh ahli keluarganya. Setelah keadaannya di rantau orang agak stabil, dia menghantar surat pertama kepada keluarganya. Mereka sangat gembira menerima surat yang sungguh bermakna dari seorang ayah yang sangat dikasihi dan disayangi. Sampul surat itu ditenung berulang kali. Masing-masing memeluk dan mengucup surat tersebut bagai tidak mahu dilepaskan.
Kemudian surat yang berharga itu disimpan di dalam pembalut sutera yang indah. Sekali sekala surat itu dikeluarkan dari pembalutnya untuk dibersihkan daripada debu dan habuk. Kemudian meletakkan kembali di dalam pembalutnya.
Kemudian tiba pula surat kedua, ketiga dan seterusnya. Semuanya disimpan dan dijaga rapi seperti surat pertama. Beberapa tahun berlalu…
Tibalah masa untuk si ayah pulang menemui keluarga tercinta. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati tiada seorangpun yang tinggal kecuali anak bongsunya. Dengan cemas dia bertanya:
- Mana ibumu?
- Ibu ditimpa sakit yang amat teruk. Kami tidak ada wang untuk membiayai rawatannya sehingga akhirnya dia meninggal dunia. - Kenapa begitu? Apakah kamu tidak membuka suratku yang pertama? Di dalamnya terkandung sejumlah wang yang banyak untuk perbelanjaan kamu? - Tidak!
- Di mana pula abangmu?
- Dia telah terpengaruh dengan kawan-kawan sebaya yang jahat. Selepas kematian ibu, tidak ada siapa yang mampu menasihatinya. Sekarang dia sudah jadi sebahagian daripada mereka. - (Ayah semakin hairan) Kenapa begitu? Aku telah tulis dengan panjang lebar menasihati kamu agar berhati-hati memilih kawan. Jangan berkawan dengan orang jahat kerana lama kelamaan kita juga akan jadi jahat! Aku juga meminta agar abangmu itu mengikut aku di rantau orang. Apakah kamu tidak membaca suratku? - Tidak! - لا حول ولا قوة إلا بالله
- Kakakmu di mana?
- Dia pernah tulis surat kepada ayah meminta nasihat tentang seorang pemuda yang melamarnya. Sekarang dia telah berkawin dengan pemuda itu. Tapi malangnya dia tidak bahagia. Hidupnya menderita didera sepanjang masa lahir dan batin.
- Bukankah aku telah jawab surat itu menasihatinya agar jangan terima lamaran pemuda itu? Aku telah ingatkan, jangan pillih pasangan berdasarkan harta dan kedudukan. Tapi pilihlah berdasarkan agama, akhlak dan keturunan! Kamu tidak baca semua surat-suratku?
- Tidak! Kami simpan surat-surat ayah di dalam pembalut sutera yang cantik, kami usap dan cium surat itu sebagai tanda sayang dan rindu kami kepada ayah! Tetapi kami tidak membacanya… Tidak ada siapa yang percaya akan kebenaran cerita ini. Mungkin ada yang akan berkata ia tidak masuk akal sama sekali!
Namun sedarkah kita bahawa inilah kisah benar. Kisah yang tak masuk akal inilah yang berlaku dalam kehidupan umat Islam hari ini?
Kita menerima SURAT dari Yang Maha Mengetahui, Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Memerhati lagi Maha Bijaksana. SURAT yang mengandungi panduan, ajaran serta petunjuk dalam segenap bidang kehidupan. Tetapi sejauh mana kita membaca, memahami dan mengikuti panduan yang diberi?
Maka jadilah apa yang terjadi! Umat Islam mati dibunuh saban hari, di sana sini. Jenayah meningkat, keruntuhan akhlak mencemaskan di semua peringkat, wanita-wanita didera dan diperkosa tanpa mengira tua atau muda, bayi-bayi yang tidak berdosa dibuang merata-rata, dan bermacam-macam kejahatan, maksiat dan kemungkaran yang menjijikkan.
Semuanya berpunca daripada tidak membaca dan mengambil pengajaran daripada SURAT yang dikirim oleh Pencipta Yang Maha Esa Yang Amat Sayang kepada makhluk-Nya!
"Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali (1) orang-orang yang beriman, (2) dan yang beramal soleh (3) dan yang berpesan2 pada kebenaran (4) dan yang berpesan2 pada kesabaran". ~Surah Al-'Asr.

Saturday, October 29, 2011

Kerana Sebiji Hab Hab

Note: “Hab Hab” means Watermelon @ Tembikai in Arabic Ammi ... Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhi telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.
Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: "Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu?." Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut. Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya: "Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membeli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya." Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan diapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT. P/s: Sama2 beringat lain kali beli buah or sayur tak elok jangan marah2 kerana secara tak langsung kita sebenarnya memarahkan Pencipta tumbuhan2 tersebut.. Nauzubillah...

Wednesday, September 28, 2011

اللهم توفني وانت راض عني



في العجلة الندامة , ومن سمع كلام امه
كسب رضاها ورضا الله , هنا حكاية لكم أحبائي الأطفال عن الدب العجول

كانت الدبة تعيش مع صغيرها في كوخاً صغيراً وسط الغابة ..

... وذات يوم نادت الدبة الام صغيرها قائلة :

نادت الدبة الأم صغيرها

هل تستطيع أن تخرج وتبحث لي عن أوراق ملونة جميلة ؟ ولكن ....

نادت صغيرها الدب

قاطع الدب الصغير امه قائلاً : بالطبع ياأماه..

وهرول مسرعاً خارج المنزل , حتى انه لم يسمع تحذير والدته له بعدم قطع
اوراق شجرة التوت البرية الحمراء اللامعة لأنها سامة وتسبب الحكة.

ذهب الدب إلى الغابة

هرول مسرعاً

فلفتت إنتباهه اوراق شجرة التوت البرية الحمراء اللامعة وهي تلمع تحت اشعة
الشمس.

فركض نحوها وقطف من اوراقها الجميلة الحمراء.

قطف اوراق شجرة التوت الحمراء

وفي طريق العودة إلى البيت

شعر الدب الصغير بحكة في أنفه ثم يديه فقدميه.

شعر الدب الصغير بحكة

ثم أشتدت وسرت في جسده كله وأصبحت مزعجة جداً.

لقد قطفت اوراق التوت الحمراء, رغم تحذيري لك ؟؟

رغم ما حذرتك

أنا أسف يا امي , فقد كنت في عجلة من امري ولم أصغ جيداً لحديثك ,لكنني
أعدك بانني سأستمع لنصائحك وأنفذها بدقة في المرات القادمة.

أنا أسف ياأمي

ومنذ ذلك اليوم

أصبح الدب يقف طويلاً أمام الباب مطولاً قبل مغادرته المنزل ليصغي إلى
نصائح أمه ويعمل بها .

يقف طويلاً ليسمع امه

مسلمه على الطريق الصج

Sunday, September 11, 2011

Eid Mubarak !!

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah, baru berkesempatan untuk menulis.. keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan dan kerja pejabat yang tak putus-putus .. Allah maha mengetahui yang terbaik buat kita semua enshallah (-__-)

Salam Eid Mubarak!!! Harapnya tidak terlewat untuk mengucapkanya .. Maaf zahir batin dari Ana & Encik Zauj bagi sesiapa yang mengenali diri ini ..





Alhamdulillah, Syawal kali ini meriah ... Beraya di rumah mertua di Kuala Terengganu bersama keluarga & Suami tercinta.. pada raya kedua Ana & suami beraya di Kelantan, seminggu berhari beraya di Terengganu Alhamdulillahn sempatlah kami saling menziarahi & menjenguk sahabat dan saudara mara... Dari penghujung Ramadhan sehingga awal Syawal beraya di Terengganu,bertambah meriah dengan jemputan walimah sahabat dan juga saudara mara...

Selamat pengantin baru! Barakallahu lakuma & SALAM EID MUBARAK!!...

Monday, March 7, 2011

SETELAH BERGELAR ISTERI ..


Bismillahirrahmanirrahim....


Alhamdulillah, setelah sekian lama bergelar isteri kepada Encik Suami tercinta. Baru faham istilah "Bercinta Selepas Kahwin" keindahannya dan kemanisanya.. Sebelum ini, minda telah disiapkan bakal suami adalah seorang yang tegas dan garang maka jangan berperangai kebudak-budakan dan bergaduh seperti aktiviti bersama adik2, abi dan ummi.

Sebelum ini, tidak pernah berbual bercakap pun tak pernah (berbeza istilah berbual dan bercakap) maka selepas diijab kabul baru berbual dan bercakap sekali, terasa 'pelik'nya ana. Dialog pertama setelah menjadi isteri.

"Enta perlu apa2 ke?"

Disebabkan selalu bahasakan diri sebagai 'ana/enti/enta' bila bercakap dengan orang asing maka sebut ana/enta jugalah dengan insan tersayang yang sudah pun bergelar suami tanpa sedar. Monolog sendiri dalam hati, memang la ana ni seORANG insan biasa, manusia juga kan, bukannya patung. Itulah, kekok benar rasanya. Terasa betapa istimewa dan bertuahnya menjadi seorang muslimah yang Allah berikan anugerah untuk berniqab, reaksi muka tidak mampu dibaca oleh orang lain. Hihihihi. Kalau orang tahu reaksi muka ana masa tu, masahallah :)



Pada hari walimah,diarahkan oleh adik2ku agar ana bergambar dengan zauj... Kekok sangat sampai menyorok belakang almari. hehe, memang kaku sikit ana ni. Penat nak set dalam minda... malu yang tak dapat digambarkan.. tapi yang paling tak dapat dilupakan sepanjang akad nikah berlangsung menangis je ... air mata tak pernah kering2 ...

"Kan Dah sah, itu suami kakak...!" kata umi .. hairan pada ana yang asik menangis sejak dari sebelum akad nikah lagi.

Puas diketawakan oleh orang kerana ana sangat malu dan nampak sangat cuak. Rasa macam duduk sebelah alien saja, jarak punya jauh sehinggakan family dan kawan2 terpaksa cakap.

"Dekat la sikit.."

Tunduk je, ENCIK SUAMI membiarkan ISTERINYA bertenang.

"Dia malu tu... jangan laju sangat..." kata ummi pada suamiku...

Makanya, gambar-gambar awal semuanya berjarak sekaki. Aduh, rosak gambar. Nasib la orang dalam gambar comel cool je, boleh cover juga la jarak yang mencacatkan tu. ^_~

Selesai majlis akad di masjid. Pertama kali zauj melihat wajah ana DAN dalam keadaan sedikit bersolek, dipandangnya ana pelik. Aduh, macam ana buat salah je. Mujurlah seharian walimah, ana dah boleh 'menerima' status baru diri ini sebagai isteri orang sudah. Tidak lagi kaku macam anak patung yang statik dan ana asyik terasa macam duduk sebelah orang yang sangat asing. Huhu. Segala rasa pelik dah berkurang. Alhamdulillah.






"Abang, abang ni unexpected lah..!"

Ana rasa macam bertunang dengan orang lain dan berkahwin dengan orang lain. Watak yang serius dan garang yang digambarkan sebelum ini masa melihat wajahnya (didalam gambar) terpahat dalam kepala tiba-tiba berwatak lain. Muka yang susah nak senyum, tidaklah sesusah mana pun. Cuma memerlukan sedikit skill untuk mencetus kemahuan beliau untuk senyum...

Tiba-tiba, tersenyum sendiri. Seolah-olah faham dengan adik2ku yang selama ini tertanya2 "macammana kakak ni hidup dengan suami yang muka serius sangat, tengok pun takut" tapi sebenarnye tak pun ..suamiku seorang yang sentiasa tersenyum dan seorang yang sangat3 tenang orangnye ...

Tiba lah hari untuk ke rumah pengantin lelaki ...Terasa seolah-olah 'dihalau' dari rumah, ummi suruh bawa baju macam lama sangat ana nak duduk rumah mertua. Abi pula pesan itu dan ini bimbang anak dia kekok dan TAK terkeluar suara :)

Seseorang bertanya pada ummi.

"Tak sedih ke anak kahwin?"

"Nak sedih apanya, bukan anak berkurang tapi bertambah lagi anak ana!" Jawapan ummi, subhanallah. ana hanya mampu tersenyum .. kerana ummi dan abi sangat menyayangi menantunya .. Alhamdulillah .....


Ujian-ujian awal telah kami lalui, walaupun tempoh pertunangan pendek namun geloranya masya Allah hampir saja ana merasakan ada yang bakal mengundur diri dari meneruskan ikatan ini. Hanya tawakal dan redha dengan apa yang Dia isyaratkan dalam kembara memberi kekuatan untuk terus bertahan dan berkorban perasaan...Alhamdulillah..

Tiada harapan menggunung dalam perkahwinan ini, hanya mahu berkorban demi sebuah kehidupan .. memasuki alam yang lebih mencabar dan hidup dalam keadaan yang paling disukai Allah .. Perkahwinan kami adalah keranya .. Enshallah ..

Setiap pasangan berkahwin merasakan pasangan adalah milik mereka. Isteriku adalah milikku, suamiku adalah milikku. Ana rasakan tiada sesuatu yang menjadi milik kita, semuanya milik Allah. Allah pinjamkan suami untuk seorang isteri memberi khidmat dan Allah kecilkan skop dakwah dan lingkungan ibadah, itu anugerah indah buat muslimah.

Allah pinjamkan isteri untuk seorang suami lebih kukuh di jalan dakwah, ada yang mendorong dan menjadi pencetus semangat, andai setiap dari kita melaksanakan peranan kerana sebuah ibadah, tiada masalah menuntut hak (engkau milikku atau aku milikmu) kerana masing-masing faham ibadah kerana Allah, untuk bercinta sampai ke syurga! (",)

setelah 4 hari bergelar isteri Ana ditinggalkan oleh zauj dalam keadaan demam dan terus diserang demam panas sehingga badan terlalu sakit dan penat dek walimah yang tak henti2, subhanallah.Tetapi dia terpaksa meninggalkan ana untuk meneruskan perjuanganya.. Ada sesuatu yang Dia mahu sampaikan. Dia mahu ana berdikari dan jaga diri sendiri, bagaimana mahu menjadi sayap kiri kepada suami andai sayap sendiri patah sendinya?

"Apa perasaan abang ?" Sengaja menebak hatinya.

"Alhamdulillah tenang..."


masahallah setiap kalimah yang keluar dari mulut zauji sangat2 menenagkan hati ana .. sentiasa buat ana tersenyum dan bersyukur ..Alhamdulillah dan syukran ya Allah :)


"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmat Nya bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki,) isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir." (Surah Ar-Rum : 21)



Ana sangat yakin, dalam sebuah perkahwinan ada keberkatannya. Jagalah hubungan dari awal, moga kesuciannya dari awal terpelihara agar di tengah dan hujungnya menatijahkan kemanisan iman dan taqwa berpanjangan. Ameen.

Membaca komen dari sahabat-sahabat zauj, tersenyum. Allah lebih tahu.






Hadirnya tanpa ku sedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hati untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat dihati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Thursday, March 11, 2010

Muslimah Tak Guna!!

"Kawan-kawan aku pon ada gak yang pakai tudung besar-besar ni, tapi sekarangkan macam-macam tudung ada. Kau, ni up to date la sikit. Kita sekarang kena ada style la"

Rungutan berbaur sinis ini masih tidak menggoyangkan rasa cinta aku pada tudung bulat..

" kesianlah aku tengok kau ni.", sambil tangan beliau mencari-cari tudung berjenama artis dan menghulurkannya pada ku. Aku ambil, sebagai menyenangkan hatinya. Ku gantikan tudung bulat yang ku pakai dengan tudung biru terqouis yang beliau berikan. Memang padan dengan baju kurung putih berbunga sama warna dengan tudung itu.

"Ish, tak reti la, tudung ni melekat kat badan. Tak selesa la, panas." Terfikir juga, betulkah jawapanku ini.

"Melekat kat badan? Abes tudung kau tu tergantung ke kat badan kau tu. Tudung bulat kau yang boleh buat kain kemah tu tak panas ke?".

Huh, berdesing telingaku mendengar kutukan mereka pada tudung kesayanganku itu. Sanggup beliau mengatakan
sedemikian padaku. Apakah kesalahannya tudung bulat ni sehingga ia amat di benci dipandangan mata muslimat kini. Malah, pemakainya juga tidak terlepas dari pelbagai fitnah dan cemuhan.

"Ish tudung besar tu tah dalam tudung tu macam-macam ada."

"Ala tudung melingkup macam cendawan tu datging gak we."

"Kawan anak aku, tudung die besar bukan main, berjubah lagi, tup-tup mengandung kau tahu."

Kami manusia, wahai saudara-saudaraku. Seperti kata pepatah, "kerna nila setitik, rosak susu sebelanga". Bukan niat mahu membenarkan yang salah,cuma tidak perlulah kami sentiasa dicemuh dan dihina. Biarkan mereka menanggung dosa sebagai munafik,usah kalian menambah pula dosa kalian dengan mengumpat mereka.

Ya!! Kami juga muslimah biasa yang tidak kebal dari dosa.

Ya! Benar! Kami muslimah tak guna. Kami memang tak guna.

Kami memang tidak guna pewarna-pewarna untuk memberi warna pelangi pada rambut kami, pewarna mata, pewarna pipi malah bibir juga kami tidak warnakan, kerana pada kami hanya benda buruk yang perlu dicat untuk menarik orang menatapnya. Kami yakin rambut kami adalah mahkota terindah yang amat bernilai. Maka, kami jaganya dengan rapi agar tidak rosak di mamah mentari, dan tidak lapuk disimbahi hujan. Kami baluti ia dengan rapi agar ia terjaga dan tersimpan untuk menjadi tatapan yang berhak menatapnya. Kami jauhkan sebarang pewarna di wajah kami kerna kami tidak mahu menipu sekalian yang menatapnya.

Kami juga muslimah-muslimah tak guna kain sempit untuk membaluti tubuh kami. Kain-kain jarang pada kami hanya untuk di buat kain langsir yang fungsinya menghalang cahaya matahari terik, tetapi dalam pada masa yang sama matahari itu perlu sebagai penyuluh di siang hari dan penyegar kediaman kami. Andai kain jarang kami baluti tubuh kami, kami juga membenarkan cahaya matahari menjadi punyuluh badan kami dan menjadi penyegar mata kalian. Oh tidak, kami bukanlah semudah itu untuk menjadi tatapan kalian. Kami juga tak guna baju-baju adik kami untuk dibawa berjalan ke bandar. Kami lebih mengamalkan perinsip yang tua memberi pada yang muda, bukan membuli yang muda. Jadi, adik-adik kami selalunya yang meminjam baju kami, dan kami meminjam pada kakak kami dan begitulah seterusnya. Kerna ini juga baju kami tidak perlulah jarang atau berlubang-lubang atau senteng ke pusat untuk menyejukkan badan, tetapi baju yang longgar amat selesa kerana pengudaraanya amatlah baik sekali. Seperti mana rumah yang besar lebih sejuk berbanding rumah yang kecil dan sempit. Hal ini juga, dapat memudahkan pergerakan kami dan membesarkan langkah kami. Tidaklah kami perlukan belahan kain sampai ke paha untuk melangkah dengan lebih besar.

Sungguh aneh dunia kini, baju yang cukup sifatnya dikecilkan, dikoyakkan, dibelahkan. Makin lama, tubuh itu ibarat orang-orang di sawah lagak pakaiannya. Malah, pakaian orang-orang itu lagi indah.
Ya, kami masih lagi muslimah tak guna kasut-kasut bertumit tajam, kerna kami sayang bumi kami. Bumi ini juga bernyawa dan pastinya setiap yang bernyawa pasti mempunyai perasaan. Kami takut kasut tumit tajam kami akn mnyakitkan bumi ini. Kami sedar satu hari nanti, kami akan berada dalam bumi ini. Kami takut akan di balas pula perbuatan kami dengan tusukan yang kami sendiri tidak dapat menanggungnya.
AURAT. Apa definisinya pada kalian?

"Ala, pakai tudung dah kira tutup aurat la tu…"

Pakai tudung dan berbaju t-shirt, sudah sempurna tuntutan menutup aurat kalian? Tudung pendek menampakkan dada itu menutup aurat pada kalian? Baju jarang dan sempit itu menutup aurat. Itu tidak di sentuh hal seluar lagi. Aduh, makin sakit mata makcik-makcik yang memandang melihat gaya seluar yang menjelikkan kini. Untuk apa berbaju jika sudah tahu di mana tanda lahirnya. Untuk apa berseluar jika mahu diberitahu saiz pinggangnya. Untuk apa berbaju dan berseluar jika boleh diteka apa yang ditutupinya.

Mungkin pada kalian menutup aurat adalah menutupi keaiban kalian. Tapi pada kami, menutup aurat adalah menutup bahagian-bahagian terindah pada kami. Yang kami tutup bukanlah rabut rosak yang penuh dengan kelimumur. Yang kami tutup bukan juga parut-parut luka jatuh pokok di waktu nakal dahulu. Yang kami tutup adalah kecantikan yang kami jaga rapi untuk kalian yang berhak menatapnya. Kami jadikan kalian yang pertama melihatnya, bukan yang ke 25 ataupun yang terakhir setelah puas orang laian menatapnya. Amanah ini kami jaga kerna pada kecantikan-kecantik an ini juga terletak maruah kami, maruan ibubapa kami, dan yang paling utama maruah agama kami. Kami tidak mahu kalian terkeliru dan tertipu dengan identiti kami. Kami muslimah bukan Harajuku girl, mahupun gadis barat berkulit sawo matang tapi berambut blonde.

Isu tudung dan aurat ini tidak pernah akan menjadi isu basi kerna ianya perlu diingatkan selalu. Apa yang kami perlihatkan pada kalian mungkin pada kalian adalah kehodohan semata, tapi kami peduli apa, kami tak ingin cantik di mata kalian, tapi kami mahu cantik di mata ALLAH;KEKASIH awal dan akhir kami...

Kita manusia mudah lupa walaupun sering diberi peringatan. Muslimah perlu sedar, tugas kalian amatlah besar kerna guru-guru pendidik bangsa, pemimpin-pemimpin negara, pejuang-pejuang Islam, semuanya akan lahir dari kalian . Andai kalian rosak, adakah bakal yang lahir dari perut kalian akan elok? Benar, semuanya adalah ketentuan Allah, dan iman juga tidak boleh diwarisi, tetapi prevention is better than cure kan…? Cuba elak sejauh mungkin, berusaha menjadi yang terbaik,seterusnya baru diserahkan pada sebaik-baik perancang.

Andai diri ini tersasar dari landasan, ringan-ringankanlah tangan kalian untuk memimpinku kembali ke landasan yang benar. Jangan kalian mengutukkan aku dibelakang kerna aku tidak dapat mendengarnya. Jangan pula kalian menjauh kerna, aku juga tidak bisa membaca hati kalian. Aku juga manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan. Tegurlah aku andai ada yang tidak enak di mata kalian. Segalanya mungkin ada hikmah kerana itu kita dituntut untuk saling menasihati.

Andai kalian ingin bersahabat denganku, aku berjanji menjadi sahabat yang terbaik buat kalian, kerna aku mencintai kalian seperti mana aku mencintai diri aku sendiri.
Tetapi andai kalian ingin aku mengikut arus semasa memakai tudung berjenama selebriti negara, aku rela kehilangan kalian dari kehilangan tudung bulat. InsyaALLAH.. .

Allahu alam… -

Friday, November 27, 2009

Warkah buat ADAM


Wahai Adam,




Hawa tidak tahu bagaimana mahu memulakan coretan ini. Surat ini, khas untuk semua kaum Adam di luar sana. Duhai Adam, telah dinyatakan dalam AlQuran, bahawasanya engkau Adam, telah diberikan kuasa terhadap wanita. Kau diberikan tanggungjawab untuk mendidik Hawa, mengawasi Hawa agar Hawa tidak terjatuh ke seberang jalan.Ini ialah amanah Allah buatmu, Adam.. Amanah!




Hawa.. Hawa kelu, Adam! Hawa sendiri menangis melihat sesetengah kaum Hawa sudah jatuh ke seberang jalan. Hawa tertanya-tanya, di mana Adam?! Di mana Adam yang Allah amanahkan untuk menjaga Hawa?! Di mana Adam untuk mengawasi Hawa?! Hawa sedih Adam, Hawa sedih..




Adam, Hawa bersyukur kerana ada dikalangan kaum Hawa sedang berusaha merangkak-rangkak untuk naik semula ke atas jalan. Hawa cuba menghulurkan tangan kepada mereka. dan cuba menarik mereka. Malangnya Hawa tidak kuat, Adam! Hawa tidak kuat! Kenapa?? Kerana ada segelintir kaum Adam yang telah meruntuhkan semangat kaum Hawa untuk mencari jalan yang benar! Kenapa Adam buat Hawa begini?! Kenapa Adam, kenapa?! Mengapa tidak Adam membantu Hawa?! Mengapa Adam tidak memikul amanah Allah ini sebaik mungkin?!!





Astaqfirullah..

Maafkan Hawa, Adam. Hawa tidak bermaksud menyinggung perasaan Adam. Tetapi, Hawa cuma ingin memberitahu Adam realiti dunia sekarang. Kenapa Adam biarkan kami, kaum Hawa yang dikatakan lemah ini memikul senjata? Berkejaran sana-sini menangkap penjenayah? Adam sekadar melihat Hawa menyinsing lengan baju membuat kerja. Adam hanya memerhatikan kami kaum Hawa berkeringat mengamankan negara. Hawa tidak nafikan, ada juga kaum Adam melakukan tugas seperti yang telah disebutkan di atas, namun adilkah bagi kaum Adam yang sekadar goyang kaki menganggur tanpa kerja melihat kami Hawa bertungkus-lumus mencari nafkah buat keluarga?!




Adam, Adam selalu cakap, Hawa keras kepala! Hawa tak dengar kata! Hawa ego! Tapi Adam, yang lahirkan Adam, ialah kaum Hawa. Hinggakan di saat kaum Hawa mulai sakit mahu bersalin, Allah hadiahkan kaum Hawa pahala jihad di jalan Allah. Dan Allah kata, seorang wanita solehah itu lebih baik daripada 1000 lelaki soleh. Apa di fikiran Adam sekarang?




Adam, jika Adam sudah mempunyai seorang Hawa sebagai isteri, maka pimpinlah isterimu itu wahai Adam. Rasullullah pernah cakap, "Seandainya diperbolehkan untuk manusia bersujud kepada manusia lain, tentunya aku perintahkan seorang isteri untuk sujud kepada suaminya". Lihatlah, Adam. Kedudukan seorang suami itu amat mulia. Maka dengan itu, jalankanlah tanggungjawabmu dengan sebaik mungkin terhadap isterimu, Hawa. Jangan biarkan isterimu berpakaian tetapi bertelanjang. Menutup aurat tetapi rosak akhlak. Bermanis bicara tetapi sebenarnya berdusta. Jalankan amanah Allah, Adam..




Adam, engkau itu imam dan Hawa itu makmum. Bagus engkau, baguslah Hawa. Buruk engkau, buruklah Hawa. Adam, Adam lupa? Bukankah Allah memberikan anugerah buat Adam? Adam punya 9 akal 1 nafsu. Tetapi kami kaum Hawa, punya 9 nafsu 1 akal! Kerana itulah, apabila semakin buruknya akhlak Adam, semakin buruk dan jijiklah akhlak Hawa. Maka Adam, tidak adil lah kaum Adam mahu menyalahkan kami kaum Hawa dalam segala hal. Tatkala sang isteri memakai tudung bawal dengan baju t-shirt lengan takat siku, bersama seluar jeans ketat, mengapa sang suami tidak menegur? Kerana sang isteri tidak mahu mendengar kata? Bukankah sang suami itu punya kuasa? Bila si suami tidak menegur, maka fesyen pelik si isteri yang dinamakan berpakaian tetapi bertelanjang ini semakin berleluasa hinggakan menjadi ikutan anak-anak gadis muda.




Adam tidak percaya? Pergilah keluar. Lihatlah sendiri. Hatta makcik-makcik sekalipun berpakaian begitu. Siapa lagi yang boleh mencegah semua ini Adam?! Siapa?! Hinggakan kami sesetengah kaum Hawa sendiri pun sudah penat menasihati kaum sendiri.




Adam, sebagai manusia, Hawa sangat menyayangi Adam. Tak mengapalah, Adam. Andai surat ini masih belum mampu menyedarkan Adam, Adam tunggulah. Tunggulah sehingga Adam melihat anak-anak gadis Adam sendiri rosak dan hanyut dalam maksiat. Wallahu'alam.