It doesn't matter if you win or lose, it's how you play the game... :)

Monday, March 7, 2011

SETELAH BERGELAR ISTERI ..


Bismillahirrahmanirrahim....


Alhamdulillah, setelah sekian lama bergelar isteri kepada Encik Suami tercinta. Baru faham istilah "Bercinta Selepas Kahwin" keindahannya dan kemanisanya.. Sebelum ini, minda telah disiapkan bakal suami adalah seorang yang tegas dan garang maka jangan berperangai kebudak-budakan dan bergaduh seperti aktiviti bersama adik2, abi dan ummi.

Sebelum ini, tidak pernah berbual bercakap pun tak pernah (berbeza istilah berbual dan bercakap) maka selepas diijab kabul baru berbual dan bercakap sekali, terasa 'pelik'nya ana. Dialog pertama setelah menjadi isteri.

"Enta perlu apa2 ke?"

Disebabkan selalu bahasakan diri sebagai 'ana/enti/enta' bila bercakap dengan orang asing maka sebut ana/enta jugalah dengan insan tersayang yang sudah pun bergelar suami tanpa sedar. Monolog sendiri dalam hati, memang la ana ni seORANG insan biasa, manusia juga kan, bukannya patung. Itulah, kekok benar rasanya. Terasa betapa istimewa dan bertuahnya menjadi seorang muslimah yang Allah berikan anugerah untuk berniqab, reaksi muka tidak mampu dibaca oleh orang lain. Hihihihi. Kalau orang tahu reaksi muka ana masa tu, masahallah :)



Pada hari walimah,diarahkan oleh adik2ku agar ana bergambar dengan zauj... Kekok sangat sampai menyorok belakang almari. hehe, memang kaku sikit ana ni. Penat nak set dalam minda... malu yang tak dapat digambarkan.. tapi yang paling tak dapat dilupakan sepanjang akad nikah berlangsung menangis je ... air mata tak pernah kering2 ...

"Kan Dah sah, itu suami kakak...!" kata umi .. hairan pada ana yang asik menangis sejak dari sebelum akad nikah lagi.

Puas diketawakan oleh orang kerana ana sangat malu dan nampak sangat cuak. Rasa macam duduk sebelah alien saja, jarak punya jauh sehinggakan family dan kawan2 terpaksa cakap.

"Dekat la sikit.."

Tunduk je, ENCIK SUAMI membiarkan ISTERINYA bertenang.

"Dia malu tu... jangan laju sangat..." kata ummi pada suamiku...

Makanya, gambar-gambar awal semuanya berjarak sekaki. Aduh, rosak gambar. Nasib la orang dalam gambar comel cool je, boleh cover juga la jarak yang mencacatkan tu. ^_~

Selesai majlis akad di masjid. Pertama kali zauj melihat wajah ana DAN dalam keadaan sedikit bersolek, dipandangnya ana pelik. Aduh, macam ana buat salah je. Mujurlah seharian walimah, ana dah boleh 'menerima' status baru diri ini sebagai isteri orang sudah. Tidak lagi kaku macam anak patung yang statik dan ana asyik terasa macam duduk sebelah orang yang sangat asing. Huhu. Segala rasa pelik dah berkurang. Alhamdulillah.






"Abang, abang ni unexpected lah..!"

Ana rasa macam bertunang dengan orang lain dan berkahwin dengan orang lain. Watak yang serius dan garang yang digambarkan sebelum ini masa melihat wajahnya (didalam gambar) terpahat dalam kepala tiba-tiba berwatak lain. Muka yang susah nak senyum, tidaklah sesusah mana pun. Cuma memerlukan sedikit skill untuk mencetus kemahuan beliau untuk senyum...

Tiba-tiba, tersenyum sendiri. Seolah-olah faham dengan adik2ku yang selama ini tertanya2 "macammana kakak ni hidup dengan suami yang muka serius sangat, tengok pun takut" tapi sebenarnye tak pun ..suamiku seorang yang sentiasa tersenyum dan seorang yang sangat3 tenang orangnye ...

Tiba lah hari untuk ke rumah pengantin lelaki ...Terasa seolah-olah 'dihalau' dari rumah, ummi suruh bawa baju macam lama sangat ana nak duduk rumah mertua. Abi pula pesan itu dan ini bimbang anak dia kekok dan TAK terkeluar suara :)

Seseorang bertanya pada ummi.

"Tak sedih ke anak kahwin?"

"Nak sedih apanya, bukan anak berkurang tapi bertambah lagi anak ana!" Jawapan ummi, subhanallah. ana hanya mampu tersenyum .. kerana ummi dan abi sangat menyayangi menantunya .. Alhamdulillah .....


Ujian-ujian awal telah kami lalui, walaupun tempoh pertunangan pendek namun geloranya masya Allah hampir saja ana merasakan ada yang bakal mengundur diri dari meneruskan ikatan ini. Hanya tawakal dan redha dengan apa yang Dia isyaratkan dalam kembara memberi kekuatan untuk terus bertahan dan berkorban perasaan...Alhamdulillah..

Tiada harapan menggunung dalam perkahwinan ini, hanya mahu berkorban demi sebuah kehidupan .. memasuki alam yang lebih mencabar dan hidup dalam keadaan yang paling disukai Allah .. Perkahwinan kami adalah keranya .. Enshallah ..

Setiap pasangan berkahwin merasakan pasangan adalah milik mereka. Isteriku adalah milikku, suamiku adalah milikku. Ana rasakan tiada sesuatu yang menjadi milik kita, semuanya milik Allah. Allah pinjamkan suami untuk seorang isteri memberi khidmat dan Allah kecilkan skop dakwah dan lingkungan ibadah, itu anugerah indah buat muslimah.

Allah pinjamkan isteri untuk seorang suami lebih kukuh di jalan dakwah, ada yang mendorong dan menjadi pencetus semangat, andai setiap dari kita melaksanakan peranan kerana sebuah ibadah, tiada masalah menuntut hak (engkau milikku atau aku milikmu) kerana masing-masing faham ibadah kerana Allah, untuk bercinta sampai ke syurga! (",)

setelah 4 hari bergelar isteri Ana ditinggalkan oleh zauj dalam keadaan demam dan terus diserang demam panas sehingga badan terlalu sakit dan penat dek walimah yang tak henti2, subhanallah.Tetapi dia terpaksa meninggalkan ana untuk meneruskan perjuanganya.. Ada sesuatu yang Dia mahu sampaikan. Dia mahu ana berdikari dan jaga diri sendiri, bagaimana mahu menjadi sayap kiri kepada suami andai sayap sendiri patah sendinya?

"Apa perasaan abang ?" Sengaja menebak hatinya.

"Alhamdulillah tenang..."


masahallah setiap kalimah yang keluar dari mulut zauji sangat2 menenagkan hati ana .. sentiasa buat ana tersenyum dan bersyukur ..Alhamdulillah dan syukran ya Allah :)


"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmat Nya bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki,) isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir." (Surah Ar-Rum : 21)



Ana sangat yakin, dalam sebuah perkahwinan ada keberkatannya. Jagalah hubungan dari awal, moga kesuciannya dari awal terpelihara agar di tengah dan hujungnya menatijahkan kemanisan iman dan taqwa berpanjangan. Ameen.

Membaca komen dari sahabat-sahabat zauj, tersenyum. Allah lebih tahu.






Hadirnya tanpa ku sedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hati untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat dihati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

No comments: