It doesn't matter if you win or lose, it's how you play the game... :)

Sunday, October 11, 2009

Jaulah ke Aceh ..



Air Port Sultan Iskandar Muda Aceh Darussalam




Tidak sampai 3 jam dari jauh dari Malaysia ....

seronok juga di Aceh ni .... terfikir utk terus tinggal disini.Jauh dari maksiat mata malah rasa hampir pada kematian tapi...
tak sampai 5 minit aku menghitung2 utk menetap disini, aku tukar fikiran. tak sanggup kot....cos asik teringat Malaysia je ...Dalam masa beberapa hari ni tak henti2 fikir tentang Malaysia, tak pernah berhenti dari merindui malaysia. Sahabat-sahabat serta sanak saudara. hijau kampung. lauk pauk... kuih muih. bising air terjun. ombak pantai.. dihujung minggu, sekeluarga aku pergi ke pantai. yang kecik2 mandi pantai.Aku hanya merenung adik2 ku dari kejauhan .. Tapi bila fikir2 balik rasa seronok duk di Aceh ni ... food2 yang dijual ditepi pantai. air kelapa muda....duhhhh sedapnnyeee... tapi rindu yang amat kat Malaysia...




Hermes Palace Hotel



lately dah beralih ke swimming pool di satu hotel penginapanku .. sbb air pantai dah banyak yg tak dibenarkan mandi. [kejadian lemas, hakisan pantai, pantai dah kotor]
malaysia pada aku, Semuanya ada .. . best best.best.best... Alhamdulillah nikmat Allah buat hambanya .. kalau nak compare food kat Aceh ni memang hamper kepada samala .. sedapla jugak .. .dia ada gado2 jugak ..ada pecal .. ada tempe .. makanan jowo semuanye .. yang paling best .. minumam asli dari sayur2an dan buah2an .. Aku dah rasa minum jus Timun special .. jus Sawi special dan tak lupa juga Jus avocado tambah susu kegemaranku ... cume di sana dia letak ais krim coklat .. sedap .. dapat resepi baru ..


Foto yang lain inysaAllah akan menyusul pada Artikel akan datang !!!

Thursday, October 8, 2009

MENUJU BAHAGIA

PhotobucketKaedah menuju BAHAGIA:




1.Renungilah sabda Rasulullah S.A.W : “Bila engkau berada pada pagi hari, janganlah menunggu datangnya petang hari. Bila engkau berada pada petang hari, janganlah engkau menunggu datangnya waktu pagi”.

2.Lupakanlah masa lalu dan semua yang pernah terjadi. Tumpukan diri anda pada masa kini kerana memikirkan masa lalu dan sesuatu yang telah selesai, merupakan kebodohan dan menyebabkan kedegilan.

3.Jangan menyibukkan diri anda dengan masa depan, sebab ia masih berada di alam ghaib. Jangan fikirkan hingga ia datang dengan sendirinya.

4.Jangan mudah tergoncang dengan kritikan. Teguhkan pendirian anda dalam menghadapinya dan sedarilah bahawa kritikan itu akan mengangkat harga diri andasetara dengan kritikan tersebut.

5.Beriman kepada Allah, dan beramal soleh adalah kehidupan yang baik dan bahagia.

6.Barangsiapa menginginkan ketenangan, ketenteraman dan kesenangan, maka berzikirlah kepada Allah.

7.Setiap hamba harus menyedari bahawa segala sesuatu yang terjadi itu berdasarkan ketentuan qadha dan qadar.

8.Jangan menunggu ucapan terima kasih dari seseorang.

9.Persiapkan diri anda untuk menerima kemungkinan terburuk.

10.Kemungkinan yang terjadi itu ada baiknya untuk diri anda.

11.Semua ketentuan Allah (qadha) bagi seseorang Muslim adalah baik baginya.

12.Berfikirlah tentang nikmat, lalu bersyukurlah.

13.Percayalah bahawa apa yang anda miliki jauh lebih banyak dari orang lain.

14.Dari semasa ke semasa selalu sahaja ada jalan keluar.

15.Dengan musibah hati akan tergerak untuk berdoa.

16.Musibah itu akan menajamkan nurani dan menguatkan hati.

17.Sesungguhnya dalam setiap kesulitan itu terdapat kemudahan.

18.Jangan hancurkan hidup anda hanya kerana perkara-perkara yang remeh.

19.Sesungguhnya Tuhan kamu itu Maha Luas keampunanNya.

20.Jangan marah, jangan marah, jangan marah!!

21.Janganlah risau hanya kerana tidak mempunyai harta dunia, sebab kehidupan ini
tidak lebih hanya sekadar sepotong roti , seteguk air, dan bayangan.

22.Adz-Zariyat:22 – “Dan di dilangit terdapat (sebab-sebab) rezekimu dan terdapat
(pula) apa yang dijanjikan kepadamu”.

23.Kebanyakan dari apa yang anda takutkan tidak akan berlaku.

24.Pada orang-orang yang tertimpa musibah itu ada suri teladan.

25.Sesungguhnya jika Allah mencintai satu kaum, maka Dia akan memberikan cubaan atas mereka.

26.Ulangilah doa-doa untuk menghapuskan bencana.

27.Anda perlu melakukan kebaikan dan menghasilkannya, dan tinggalkanlah kekosongan atau pengangguran.

28.Tinggalkanlah semua desas-desus dan jangan percaya pada khabar angin.

29.Kedengkian dan keinginan anda yang kuat untuk membalas dendam itu hanya akan membahayakan kesihatan anda sendiri, lebih besar daripada bahaya yang akanmenimpa
pihak lawan.

30.Setiap musibah yang menimpa diri anda adalah penghapus dosa-dosa.


Photobucket

Dipetik dari kitab ‘LA TAHZAN’ karya Dr. ‘Aidh Abdullah Al-Qarni (ms146-147)

Untuk Lelaki DAN Wanita

Dikarang Khas...Photobucket



Ujar lelaki, wanita itu lemah
Ujar wanita, mereka adalah lembut
Antara lemah dan lembut…besar perbezaannya
Namun ada yang tidak rela mengakui
Telah ditakdirkan… kerana lembut wanita
Tidak gemar perbalahan... Kecuali jika terpaksa
Lalu wanita pun diam
Diam seolah-olah menerima…

Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan
Dalam diam ,wanita terus terusan bekerja
Di pejabat sebagai kerani…di rumah sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di Subuh hari
Hingga jarum jam tegak bertindih jari

Lelaki yang mengaku kuat
Celik mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat
Di kerusi malas longlai terlentang
Isteri dikatakan lemah…bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah…bersantai di hadapan TV tidak bergerak
Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah, mengemas rumah yang berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat, menonton TV sambil tergelak

Dalam diam wanita dianggap lemah…terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian, membasuh baju
Kakitangan semua digerak laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu
Sebelum solat Magrib untuk sujud menyembah yang Satu...
Makanan dihidang selepas solat
Selesai kerja rumah, anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersadar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaannya sentiasa diuji
Dalam diam sedih perit disimpan nubari

Lelaki terpelajar celik hati…
Minta hapuskan diskriminasi...
Lantanglah membela nasib wanita…
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adat tradisi
Hukum agama telah terpapar
Tugas suami mengemas rumah, menjaga anak
Membasuh pakaian, menyediakan makanan
Jika suami tidak terdaya melakukan
Seorang pembantu wajar disediakan
Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan dengan pelbagai alasan
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati
Dan dalam diam
Wanita yang sering dianggap lemah
Meneruskan hidup menongkah payah

'Kekayaan yang paling kaya adalah AKAL,
Kemiskinan yang paling dhaif ialah JAHIL,
Keburukan yang paling hodoh ialah SESAT'



Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W.


Tak guna punya MATA kalau tak dapat MELIHAT
Tak guna miliki HATI andai tak pandai MENILAI diri...

Giving Your 100% ...

What Equals 100%?


Photobucket

What does it mean to give MORE than 100%?

Ever wonder about those people who say they are giving more than 100%?

We have all been in situations where someone wants you to GIVE OVER 100%.

How about ACHIEVING 101%?

What equals 100% in life?


Photobucket

Here’s a little mathematical formula that might help answer these questions:


If:

A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z


Is represented as:

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 2021 22 23 24 25 26.


If:

H-A-R-D-W-O-R-K

8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%




And:

K-N-O-W-L-E-D-G-E

11+14+15+23+12+5+4+7+5 = 96%


But:

A-T-T-I-T-U-D-E

1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%


THEN, look how far the love of God will take you:
L-O-V-E-O-F-G-O-D

12+15+22+5+15+6+7+15+4 = 101%


Therefore, one can conclude with mathematical certainty that:
While Hard Work and Knowledge will get you close, and Attitude will get you there,

It’s the Love of God that will put you over the top!

"La ilaha illa anta, subhanaka inni kuntu minadzalimiin"



Photobucket

KENAPA WANITA MENANGIS ..??

PhotobucketKENAPA YE WANITA MENANGIS ..??

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "



"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu"

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan dan ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kau tahu;kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."

"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya..
Tempat dimana cinta itu ada."

TAPI ...kalau lelaki menangis kenapa ye ...?

Photobucket

Wednesday, October 7, 2009

Jadilah Soleh Dan Solehah Dahulu?

Photobucket


Tidak dinamakan cinta suci jika nafsu menjadi sandaran utama. Bukan membuang perasaan fitrah insani mahu mencintai dan dicintai, namun tahu dan sedar di mana sasaran pengakhiran konsep cinta yang di bawa itu.

Rumah tidak dibangunkan dalam masa sehari, cinta suci memerlukan perlakuan yang disaluti kesabaran tinggi, di mana terlatih sepanjang masa bersama keimanan yang kental dan utuh.

Dalam Islam cinta dan keimanan adalah dua perkara yang tidak dapat dipisahkan. Cinta yang berlandaskan Iman akan membawa seseorang kepada kemuliaan, sebaliknya cinta yang tidak berlandaskan Iman akan menjatuhkan seseorang ke jurang kehinaan. Cinta dan keimanan laksana kedua belah sayap burung.

Imam Hassan Al Banna mengatakan bahawa:

“Dengan dua sayap (Iman dan cinta) inilah Islam diterbangkan setinggi-tingginya ke langit kemuliaan”

Bagaimana tidak, jikalau Iman tanpa cinta akan pincang, dan cinta tanpa Iman akan jatuh ke jurang kehinaan. Iman tidak akan terasa lazat tanpa cinta dan sebaliknya cinta pun tidak lazat tanpa Iman.

Kalau sudah tahu diri ini tidak terbaik di pandangan mata manusia, kenapa tidak berusaha menjadi sebaik mungkin dalam menambah fungsi diri mencapai kebaikan di sisi Dzat Allah Taala?

Kalau sudah tahu dan pasti diri tidak mampu memiliki pasangan soleh dan solehah, kenapa tidak mencari kurang soleh dan solehah, dan berusaha merubah menjadi soleh dan solehah?

Berusahalah menjadi soleh dan solehah terlebih dahulu, pasti takdir ketentuan-Nya untuk anda dengan insan solehah dan soleh



Photobucket

Buat Renungan sahabatKU ..

Photobucket


Wahai Teman…

Aku tidak pernah meninggalkan dirimu di saat teman-temanmu jauh bermalakut senda. Aku sering mendengar rintihan keluhanmu mengenai tanggungjawab yang dipikul amat membosankan. Mengenai majikanmu yang tiada hati perut. Mengenai pasanganmu yang curang. Mengenai anakmu yang degil. Mengenai ibu bapamu yang butuhkan wang. Mengenai politik yang dahagakan kuasa. Mengenai itu dan ini yang menekan pundak kesetianmu kepada setiap janji-Nya.

Wahai Teman…

Aku teramat mengerti keadaan yang mencengkam hatimu itu. Perasaanmu itu teruk sekali. Seolah-olah masalahmu itu paling sial di dunia. Kata-katamu berbaur penuh emosi. Tindak tanduk pula sentiasa meleset. Tetapi teman, kenapa? Kenapa kau harus mengadaikan Iman dan maruahmu dimamah rakus oleh perasaan cerca sendu itu. Engkau harus tabah, harus bangkit, harus melangkah kehadapan semula.

Wahai Teman…

Aku ada sedikit bingkisan buatmu. Moga menjadi madu dalam racun hatimu. Moga membantu kamu menyuluh jalan mencari denai yang diimpikan. Minggu lepas aku ke suatu tempat atas urusan pengajian, aku bertemu seorang teman baru. Beliau baru sahaja kehilangan seorang anak sulung lelaki kesayangannya yang berusia 8 tahun kerana komplikasi penyakit rapuh tulang. Beliau tidak pernah merungut, dan jauh sekali menyalahkan takdir. Beliau tidak pernah menyalahkan sesiapa. Bagaimana harus aku katakan Ya. Aku dapat merasakan raut wajahnya yang tenang tanpa perlu beliau mengukap kata-kata.

Wahai Teman…

Aku merasai kesedihan mendalam yang harus ditelan. Kerinduan yang tiada berpenghujung. Keredhaan di atas apa yang ditakdirkan. Apa yang dialami oleh teman baruku itu jauh berbeza dengan apa yang dialami olehmu wahai teman. Kau merungut dan mendengus tetapi kau masih mempunyai hari esok bersama isterimu, anak-anakmu, dan ibu bapamu. Masih ada peluang untuk meluruskan yang tersasar. Masih ada peluang untuk mengambil keputusan dan bertindak wajar.

Wahai Teman…

Namun beliau sudah tidak mempunyai itu lagi. Mengecapi nikmat kasih sayang bersama anaknya itu. Seharusnya dia begitu marah di atas apa yang terjadi, namun tidak sekali-kali. Kerana beliau sedar, masih waras kerana Tuhan sudah mentakdirkan perkara itu berlaku dalam hidupnya.

Wahai Teman…

Kehilangan seseorang yang dikasihi teramat sukar untuk dibayangkan walaupun mulut betah bisa menyatakan:

“Sudah takdir Ilahi”

Namun hakikatnya tidak mungkin kau fahami dan mengerti sebenar-benarnya. Manusia itu tiada yang sama.



Wahai Teman…


Aku mempunyai jalan ceritaku sendiri. Luahan aku telah ditolak untuk mengecapi nikmat kasih dan sayang seperti pasangan suami isteri. Aku tidak pernah menyisihkan takdir, kerana si dia sudah ditakdirkan. Aku telah menghabiskan masa hampir setengah tahun untuk menilai, dan mengadu di perdu hamparan sejadah memohon petunjuk-Nya. Di saat aku merasakan si dia adalah takdirku, cepat-cepat Tuhan menarik bala itu di sisiku. Aku bersyukur kepada-Nya...


Mampukah kita wahai teman. Apabila sudah kembali kepada Dzat Maha Esa, diingati mereka yang hidupnya telah kita tersentuh dengan perasaan seperti ini?

Katakanlah kepada hati. Masih ada takdir




Photobucket