It doesn't matter if you win or lose, it's how you play the game... :)

Thursday, October 8, 2009

Untuk Lelaki DAN Wanita

Dikarang Khas...Photobucket



Ujar lelaki, wanita itu lemah
Ujar wanita, mereka adalah lembut
Antara lemah dan lembut…besar perbezaannya
Namun ada yang tidak rela mengakui
Telah ditakdirkan… kerana lembut wanita
Tidak gemar perbalahan... Kecuali jika terpaksa
Lalu wanita pun diam
Diam seolah-olah menerima…

Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan
Dalam diam ,wanita terus terusan bekerja
Di pejabat sebagai kerani…di rumah sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di Subuh hari
Hingga jarum jam tegak bertindih jari

Lelaki yang mengaku kuat
Celik mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat
Di kerusi malas longlai terlentang
Isteri dikatakan lemah…bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah…bersantai di hadapan TV tidak bergerak
Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah, mengemas rumah yang berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat, menonton TV sambil tergelak

Dalam diam wanita dianggap lemah…terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian, membasuh baju
Kakitangan semua digerak laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu
Sebelum solat Magrib untuk sujud menyembah yang Satu...
Makanan dihidang selepas solat
Selesai kerja rumah, anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersadar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaannya sentiasa diuji
Dalam diam sedih perit disimpan nubari

Lelaki terpelajar celik hati…
Minta hapuskan diskriminasi...
Lantanglah membela nasib wanita…
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adat tradisi
Hukum agama telah terpapar
Tugas suami mengemas rumah, menjaga anak
Membasuh pakaian, menyediakan makanan
Jika suami tidak terdaya melakukan
Seorang pembantu wajar disediakan
Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan dengan pelbagai alasan
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati
Dan dalam diam
Wanita yang sering dianggap lemah
Meneruskan hidup menongkah payah

'Kekayaan yang paling kaya adalah AKAL,
Kemiskinan yang paling dhaif ialah JAHIL,
Keburukan yang paling hodoh ialah SESAT'



Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W.


Tak guna punya MATA kalau tak dapat MELIHAT
Tak guna miliki HATI andai tak pandai MENILAI diri...

No comments: