It doesn't matter if you win or lose, it's how you play the game... :)

Wednesday, October 7, 2009

Buat Renungan sahabatKU ..

Photobucket


Wahai Teman…

Aku tidak pernah meninggalkan dirimu di saat teman-temanmu jauh bermalakut senda. Aku sering mendengar rintihan keluhanmu mengenai tanggungjawab yang dipikul amat membosankan. Mengenai majikanmu yang tiada hati perut. Mengenai pasanganmu yang curang. Mengenai anakmu yang degil. Mengenai ibu bapamu yang butuhkan wang. Mengenai politik yang dahagakan kuasa. Mengenai itu dan ini yang menekan pundak kesetianmu kepada setiap janji-Nya.

Wahai Teman…

Aku teramat mengerti keadaan yang mencengkam hatimu itu. Perasaanmu itu teruk sekali. Seolah-olah masalahmu itu paling sial di dunia. Kata-katamu berbaur penuh emosi. Tindak tanduk pula sentiasa meleset. Tetapi teman, kenapa? Kenapa kau harus mengadaikan Iman dan maruahmu dimamah rakus oleh perasaan cerca sendu itu. Engkau harus tabah, harus bangkit, harus melangkah kehadapan semula.

Wahai Teman…

Aku ada sedikit bingkisan buatmu. Moga menjadi madu dalam racun hatimu. Moga membantu kamu menyuluh jalan mencari denai yang diimpikan. Minggu lepas aku ke suatu tempat atas urusan pengajian, aku bertemu seorang teman baru. Beliau baru sahaja kehilangan seorang anak sulung lelaki kesayangannya yang berusia 8 tahun kerana komplikasi penyakit rapuh tulang. Beliau tidak pernah merungut, dan jauh sekali menyalahkan takdir. Beliau tidak pernah menyalahkan sesiapa. Bagaimana harus aku katakan Ya. Aku dapat merasakan raut wajahnya yang tenang tanpa perlu beliau mengukap kata-kata.

Wahai Teman…

Aku merasai kesedihan mendalam yang harus ditelan. Kerinduan yang tiada berpenghujung. Keredhaan di atas apa yang ditakdirkan. Apa yang dialami oleh teman baruku itu jauh berbeza dengan apa yang dialami olehmu wahai teman. Kau merungut dan mendengus tetapi kau masih mempunyai hari esok bersama isterimu, anak-anakmu, dan ibu bapamu. Masih ada peluang untuk meluruskan yang tersasar. Masih ada peluang untuk mengambil keputusan dan bertindak wajar.

Wahai Teman…

Namun beliau sudah tidak mempunyai itu lagi. Mengecapi nikmat kasih sayang bersama anaknya itu. Seharusnya dia begitu marah di atas apa yang terjadi, namun tidak sekali-kali. Kerana beliau sedar, masih waras kerana Tuhan sudah mentakdirkan perkara itu berlaku dalam hidupnya.

Wahai Teman…

Kehilangan seseorang yang dikasihi teramat sukar untuk dibayangkan walaupun mulut betah bisa menyatakan:

“Sudah takdir Ilahi”

Namun hakikatnya tidak mungkin kau fahami dan mengerti sebenar-benarnya. Manusia itu tiada yang sama.



Wahai Teman…


Aku mempunyai jalan ceritaku sendiri. Luahan aku telah ditolak untuk mengecapi nikmat kasih dan sayang seperti pasangan suami isteri. Aku tidak pernah menyisihkan takdir, kerana si dia sudah ditakdirkan. Aku telah menghabiskan masa hampir setengah tahun untuk menilai, dan mengadu di perdu hamparan sejadah memohon petunjuk-Nya. Di saat aku merasakan si dia adalah takdirku, cepat-cepat Tuhan menarik bala itu di sisiku. Aku bersyukur kepada-Nya...


Mampukah kita wahai teman. Apabila sudah kembali kepada Dzat Maha Esa, diingati mereka yang hidupnya telah kita tersentuh dengan perasaan seperti ini?

Katakanlah kepada hati. Masih ada takdir




Photobucket

No comments: