Dan untuk suami yang menganggap ini semua perkara enteng. Bukan sesuatu yang enteng melahirkan anak yang tak tahu mengenang pengorbanan rahim seorang wanita, iaitu rahim ibu2 kalian. Jika tiadapun perasaan malu, sekurang2nya adalah sedikit perasaan kesian. Jika anda masih layak bergelar suami.
Ada sebab mengapa syurga di bawah tapak si pemilik rahim.
Wahai orang yg redha Allah sbg Rabbnya,Islam sbg diennya & Muhammad Shalallahu 'alaihi wa sallam sbg Nabi & Rasulnya.. TIDAKKAH kau malu ats diamnya dirimu dr jihad,sementara dien Islam & kaum muslimin sedang dijajah & kehormatannya dihina??!
Saturday, February 16, 2013
Mengapa syurga di bawah tapak si pemilik rahim
Dan untuk suami yang menganggap ini semua perkara enteng. Bukan sesuatu yang enteng melahirkan anak yang tak tahu mengenang pengorbanan rahim seorang wanita, iaitu rahim ibu2 kalian. Jika tiadapun perasaan malu, sekurang2nya adalah sedikit perasaan kesian. Jika anda masih layak bergelar suami.
Ada sebab mengapa syurga di bawah tapak si pemilik rahim.
Friday, February 15, 2013
My Little Princess
12 disember 2012 - 9.30am
Ada check-up mingguan mcm biasa kat KKIA :) masa check-up tu da 42weeks. Nurse kata kepala baby da fully engage - mean da betul2 masuk laluan masa 38weeks ritu lagi . nurse yg tgh tulis kat buku pink tu mcm xcaye je da fully engage awal sangat tapi belum bersalin lagi . sbb bila-bila masa je boleh bersalin, semua kuasa Allah. So, bersiap sedia je lah . sempat lagi nurse2 kat situ ngusik , nurse cakap "silap-silap , malam ni jugak awak bersalin .. haha " sambil gelak2 . ummi pon senyum je la.. saje nurse ni nak bg org risau, dari 9 bulan cakap macam tu. sepanjang ni, tak de pun tanda2 awal .
14 disember 2012 - 9.00pm
Tersedar rasa nak terkencing. bangun2 je dari katil ada rasa cecair sikit keluar, panas. ingatkan terkencing sikit ke kan . bau-bau xde pulak bau hancing . cuma bau mcm air kelapa . haha . Lepas je pegi toilet , nak masuk tido balik . tapi tak boleh nak tido sbb rasa risau walaupun tak rasa sakit pape.. Terpikir jugak, tanda2 nak bersalin ke ni . tapi takde pulak keluar lendir or darah. Mulut tak henti2 berzikir , baca doa nabi yunus & ayat Qursi - sambil2 tu doa dalam hati " Ya Allah andai aku akan melahirkan hari ni, permudahkan urusanku , Kuatkan aku & kuatkan bayi ini .."(*Tapi dalam hati ada juga cakap esok la bersalin mengantuk sangat malam ni..hihi**)
14 disember 2012- 10.00pm
Siap-siap pakai baju semua & angkat segala bagai barang keperluan untuk deliver dan buat keputusan tuk g hospital, memang sangat rilex, pergi tanpa rasa sakit, tak tahu nak bag tahu apa pada doktor.(*dan yang paling best g dalam keadaan mata tertutup mmg ngantuk sangat.
sampai Hospital doktor suruh Masuk je LR , terus baring atas katil sbb dah 4 cm rupenye! tapi mmg tak de rasa apa pun . segala bagai baju tudung semua kena tanggal sbb kena pakai baju seksi khas utk beersalin je . naseb semua perempuan takde lelaki .8 jam duk sengih2 senyum2 atas katil tak rasa sakit apa.
15 disember 2012 - 7.00am
last sekali doktor buat keputusan untuk suruh beranak secara paksa alasannye dah OVERDUE teramat.
15 Disember 2012 - 12.50pm
lebih kurang 5 jam kemudian baru rasa sakit pelik, sakit ubat berjalan dalam darah , bukan sakit nak bersalin.. doktor suruh tarik nafas panjang2 , tangan pegang kaki ,dan suruh push (mmg susah juga nak push dalam keadaan belum rasa nak bersalin) tapi Alhamdulillah 2 kali push terus keluar kepala sekali gus bahu & meluncur lajuuuuuu je baby .Alhamdulillah :)Saat keluarnya kepala baby , belum sempat nurse abiskan kata2 NANTI DULU , baby da keluar abis da. Suami ku yang tercinta pun sempat menyaksikan detik-detik isterinya meneran, nurse panggil suamiku tercinta , Abi datang je bagi semangat baby terus selamat keluar seolah2 tak sabar nk jumpa Abi & Ummi . Nurse kata awak pandai teran , mudah sangat awak bersalin . Orang lain tunggu berjam-jam nak bersalin kat luar tu .
Alhamdulillah Allah permudahkan urusan melahirkan Little Mujahidah - Aisyah Az Zahra' Bint Ahmad :) kali pertama dakap si comel dengan darah2 lagi , Allahu akbar , tak dapat bayangkan . menitik air mata kegembiraan & kesyukuran ummi & Abi
p/s : orang tanya ape rahsianya bersalin mudah ? saya tak sempat cakap , zauji tercinta da jawabkan - Rahsianya senang je , TAAT pada suami , DENGAR cakap suami DAN jaga hubungan dengan ALLAH . Alhamdulillah :)
meneran tak lega lagi , diteruskan pula sesi mengeluarkan uri , darah beku dalam perut . Part yang tak dapat dilupekan , sesi jahit menjahit . hehe . Kes koyak yang terpaksa digunting kerana ummi lupa cara nak meneran mula2 tu dan doktor praktikal pun tak sabar nak belajar menjahit ... maklumla baby pun da tak sabar nak keluar . Seriously , saat melahirkan si kecik tu tak rasa sakit nye , tapi masa jahit tu , minta maaf banyak-2 . memang sakit . ;)
Semoga pengalaman ummi ni dapat membantu sedikit sebanyak ibu-2 yang mengandung tu tau tanda-tanda orang lain bersalin mcm mana kan . Good Luck to mommy to be .
welcome to the world little angle !! baby girl finally made her appearance!
Isteri saya Hilang
"ENCIK...ISTERI SAYA HILANG...? "
Seorang suami berjumpa polis untuk melaporkan kehilangan isterinya yang keluar seketika untuk membli gula, namun tidak pulang-pulang...
"Encik...isteri saya hilang...? "
"Sudah berapa lama isteri encik keluar ?" soal polis.
"Saya tidak pasti pula. Pagi tadi atau tengah hari kot. "
"Dia pakai baju warna apa?"
"Tak pasti la tadi. Mungkin hitam atau putih. Kalau tak pun kelabu."
"Baiklah. Dia ada bawa kad kredit atau kad ATM bersama?"
"Kad ATM memang selalu ada dalam dompet dia, tapi kad kredit tidak pasti pula !"
Polis tersebut menggelengkan kepala.
"Isteri encik keluar dengan kereta persendirian ?"
"Ya encik, dia keluar dengan menggunakan kereta saya, Perodua Myvi. Kereta saya tu berwarna silver, berusia hampir empat tahun 12 Disember nanti. Bumper depan kereta sebelah kiri ada kesan calar sikit. Bahagian dalaman kereta saya berwarna hitam."
"Okey, kalau macam tu kita cari kereta encik dahulu sebelum mencari isteri encik," kata polis menamatkan sessi soal siasat.
MORAL OF THE STORY.
Adakah ada ketikanya material lebih mudah untuk kita terangkan ciri-cirinya secara details berbanding insan yang kita sayangi...
Pulanglah ke rumah dan kenalilah insan-insan yang dekat dengan anda.
Mengenali untuk menyayangi bukan untuk mencari benci....
Renungkanlah Hadis Rasulullah SAW ini...
Aisyah r.a. berkata: “Rasulullah SAW bersabda:
“Sebaik-baik kalian adalah (suami ) yang paling baik terhadap keluarganya dan aku adalah yang paling baik terhadap keluargaku.”
- Hadis Riwayat at-Tirmidzi
Wednesday, March 21, 2012
Adegan Dan Aksi Malam Pertama Pasangan Suami Isteri Yang Baru Berkahwin

Di malam yang hening, merupakan malam pertama bagi sepasang suami isteri ini, malam penentuan pertarungan hak dan batil. Malam yang dinanti-nantikan oleh sepasang mempelai yang baru hangat diraikan dalam majlis kenduri tengahari tadi. Alam bagaikan mengerti, hujan rintik-rintik dan sejuk yang nyaman di perkampungan seperti ingin membasahkan kehangatan suami isteri malam ini.
Suatu yang mengesankan ialah inilah kali pertama mereka bersua muka, menatap wajah pasangan dengan lebih dekat, menyentuh kulit mulus isteri yang dicintai dan inilah debaran malam pertama bagi mereka. Sebelum ini , mereka tidak pernah sedekat ini, jika adapun bertemu di hadapan keluarga masing-masing, jika ada pun bertemu bersama kawan-kawan. Tidak pernah mereka berjalan beriringan, tidak pernah mereka menjangka bahawa satu perkenalan, satu masa yang singkat terus membawa kepada jinjang pelamin. Alam pernikahan yang begitu asing bagi mereka.
Malam semakin larut, si suami membasahkan tubuhnya menyucikan diri. “Aneh” bisik isterinya. Di malam-malam begini yang dingin mengapa perlu membasahkan tubuh? Lebih aneh selepas itu suaminya masuk ke bilik belakang yang kosong agak lama sehingga memaksa isterinya mengintip di celahan pintu bilik itu. Alangkah terkejutnya, suaminya seakan mati, kaku dengan gerakan sujud dan terdengar esakan kecil umpama merintih.
Dia tahu apa yang dilakukan oleh suaminya dan dia akur. Itulah cinta suaminya yang sejati. Dia tidak perlu cemburu dengan cinta itu dan dia pernah berfikir walaupun segunung cintanya pada suaminya, tidak akan sama dengan cinta suaminya di bilik kosong itu. Dia menunggu, bertelekung di atas taburan bunga mawar di atas katil empuk itu. Si suami keluar dan memandang tepat ke arah isterinya, isterinya menunduk malu.
Isteri : Mengapa awak pilih saya?
Suami : Kerana awak berniqab (memakai purdah).
Isteri : Ramai kan yang berniqab?
Suami : Kerana awak ada agama.
Isteri : Ramai kan yang ada agama?
Suami : Kerana awak adalah jodoh ketentuan dari Allah S.W.T.
Isteri kehabisan soalan, dia tahu jawapan itu tidak ada persoalan lagi.
Suami : Saya jumpa awak yang saya nampak hanya 2 biji mata, saya tak tahu wajah awak dan selepas itu saya terus tidak melihat wajah awak, tetapi saya melihat di rumah awak, di hadapan ibu bapa awak. Ketika mereka menyaksikan hasrat saya untuk memiliki awak dan ketika awak membuka niqab, saya tidak perlu tahu selanjutnya wajah awak kerana itu bukan tujuan utama saya memiliki awak.
Isteri : Saya tidak cantik…
Suami : Lebih baik beristerikan perempuan yang berkulit hitam, berbibir tebal tetapi mempunyai Agama dalam dirinya adalah nikmat yang paling cantik daripada memiliki isteri yang berkulit mulus, tetapi tiada agama dalam dirinya. Tetapi jika cantik dan ada agama itu adalah anugerah Allah kepada saya. Tetapi adakah perempuan sedar, mereka yang menampakkan kecantikan yang haram didedahkan tetapi akhirnya mereka adalah bahan bakar di neraka kelak. Wana’uzubillah.
Isteri : Saya juga ingin cantik…
Suami : Sayang, kecantikan awak takkan kekal. Awak akan dimakan usia. Tetapi mahukah awak kekal cantik selamanya?
Isteri: Itu yang saya mahukan…
Suami : Mahukah awak menjadi secantik bidadari, malah lebih dari itu?
Isteri: Perempuan di dunia ini sehabisnya menyolek diri mereka umpama bidadari tetapi adakah mereka berjaya?
Suami : Ada caranya, malah tidak perlu berhabis ribuan ringgit!
Isteri: Yakah?, tunjukkan caranya!
Suami : Rasulullah pernah bersabda, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”
Isteri : Saya kurang faham, di mana alat-alat mekapnya?
Suami : Rasulullah pernah bersabda, “Jika perempuan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, nescaya ia akan masuk syurga.” (HR. Al-Bazaar).
Isteri : Bagaimana cantiknya saya di dalam syurga nanti?
Suami : Tolong ambilkan Al-Quran atas meja tu dan Tafsir Ibnu Kathir yang kawan awak hadiahkan tu. Awak ada wudukkah?
Isteri : Ada. Nanti sekejap.
Suami : Lihat Surah Al-Waqiah, “Sesungguhnya kami akan ciptakan mereka secara langsung.” (ayat 35 ), Ibn Kathir dalam menafsirkan ayat ini menyatakan bahawa wanita baik mereka itu tua atau tidak mereka akan dibangkitkan dengan ciptaan yang baru. Dalam keadaan mereka itu muda dan perawan. Ini dikuatkan lagi dengan ayat yang berikutnya “Dan Kami jadikan mereka itu gadis perawan” (ayat 36).
Isteri : Saya belum dapat bayangkan macam mana cantiknya saya nanti.
Suami : Dalam ayat yang seterusnya Allah berfirman lagi “(Tentang wanita) penuh cinta (kepada suami mereka) lagi sebaya umur” (ayat 37). Dalam Ayat ini, Allah menerangkan mereka ini (wanita) terlalu asyik mereka hanya kepada suami mereka sahaja manakala suami mereka juga asyik kepada mereka. Cinta mereka hanya kepada suami mereka sahaja (Tafsiran Ibn Abbas).
Isteri : Sahih tu bang, tapi saya nak bayangkan macam mana cantiknya saya dalam syurga nanti.
Suami: Baiklah, tunggu sekejap saya ambil kitab hadith, lihat ini ada Riwayat dari Hadis Tabhrani, sambungan dari yang zahir lebih baik dari yang batin yang saya ceritakan tadi, ingatkah?
Isteri : Oh! ada, saya ingat.
Suami : Maka bertanya lagi Ummu Salamah: Dengan apa yang menyebabkan mereka lebih baik, Baginda pun bersabda: dengan solat mereka, puasa mereka dan ibadat mereka kerana Allah. Malah Allah memakaikan pada muka mereka cahaya, pada badan mereka sutera, kulit mereka berwarna putih, pakaian mereka berwarna hijau, malah mereka dipakaikan dengan perhiasan berwarna kuning (yakni emas) rantai mereka daripada permata, sikat mereka daripada emas. Lalu mereka berkata: Kami kekal (di dalam syurga) dan kami tidak akan mati lagi, kami memperolehi nikmat dan kami tak akan bersedih lagi, kami akan kekal di dalam syurga dan kami tidak akan berpindah, kami adalah orang yang redha dan kami tidak akan marah, beruntunglah sesiapa yang kami (dijadikan) untuknya dan (dijadikan) dia untuk kami.
Lalu Ummu Salamah bertanya lagi: Wahai Rasullallah, ada di kalangan kami yang berkahwin dengan dua orang lelaki, atau tiga orang lelaki atau empat orang lelaki (bukan dikumpulkan sekali tetapi merupakan perkahwinan yang kedua selepas kematian, cerai atau lainnya), kemudian perempuan itu mati dan dapat masuk kedalam syurga begitu juga bekas-bekas suaminya juga masuk syurga, maka siapa yang akan menjadi suaminya (di dalam Syurga)? Baginda menjawab: Dia akan memilih yang terbaik di kalangan mereka dari segi akhlak. Nah! Hadith ini dengan jelas menampakkan kelebihan orang wanita daripada bidadari.
Isteri : Alhamdulillah, baru saya faham. Maksudnya jika saya berjaya menjadi wanita solehah dengan ciri-ciri dari firman Allah dan hadith, maka saya akan masuk syurga dan menjadi lebih cantik dari bidadari!
Suami : Wanita yang merupakan ahli syurga juga mendapat nikmat yang tak ternilai banyaknya. Dan nikmat yang diperolehi oleh wanita atau lelaki di dalam syurga adalah sesuai dengan fitrah kejadian kejadian mereka. Cubalah kita renungi baik awak atau pun saya, apakah yang amat dihajati oleh kita dan sekiranya kita diberi peluang nescaya kita akan mendapatkannya? Pada pandangan saya, orang lelaki lebih berhajat kepada wanita manakala wanita pula di samping berhajat kepada suami, akan tetapi kecantikan dan kejelitaan lebih menjadi tumpuan pada mereka. Bukankah semua ini terdapat di dalam syurga?
Isteri : Saya tahu sedikit dari ilmu yang saya kutip, tetapi ada yang saya lupa, eloklah saya mendengar sendiri dari suami saya!
Suami : Ya. Saya juga muzakarah dengan awak, lagi satu, bidadari syurga yang bukan dari kalangan isteri saya akan memarahi awak juga!
Isteri : Hah! Bidadari marah saya? Kenapa? Macam mana awak tahu?
Suami : Buka kitab hadis tadi, baca “Janganlah seorang perempuan menyakiti suaminya di dunia, jika tidak, maka bidadari-bidadari isterinya di syurga akan berkata kepadanya: Janganlah kamu menyakitinya, sesungguhnya ia adalah tamu bagimu yang sebentar lagi akan meninggalkanmu untuk berkumpul bersama kami.” (H.R. Ahmad dan Tirmidzi dari Mu’adz bin Jabal r.a)
Isteri : Wah! Saya amat takut jika awak meninggalkan saya di dunia lebih menyedihkan jika saya tidak dapat berjumpa awak di syurga!
Suami : “Harta yang utama adalah lisan yang senantiasa berzikir, hati yang senantiasa bersyukur dan isteri beriman yang membantu suami dalam menegakkan bangunan imannya.” (H.R. Ibnu Majah dan Tirmidzi)
Isteri : Alhamdulillah! Baru saya faham sejelasnya, terima kasih abang. Tetapi itukan banyak persoalan tentang saya, bagaimana saya dalam keluarga yang taat kepada perintah Allah, yang menghidupkan sunnah Rasulullah dan akan mendapat nikmat syurga. Bagaimana dengan diri abang?
Suami : Oh itu masa tidak mengizinkan, biarlah kita berbicara satu bab dengan teliti. InsyaAllah esok malam kedua kita bicarakan soal itu ya...
Allahua'lam
Thursday, November 10, 2011
Pasakkan Thabat Teguhkan Istiqamah
Digosok-gosok matanya. Dia seakan-akan tidak percaya apa yang
dilihatnya. Apakah aku kembali ke zaman unta, ke zaman kolot dan purba?
begitulah detik hatinya. Dikesat hidungnya yang berair dengan kertas tisu.
Kertas itu kemudiannya dicampakkannya ke tepi jalan.
"Assalamualaikum, pakcik.. tolong kutip kertas itu. Nanti pakcik rugi di Akhirat. Kebersihan itu separuh daripada iman." Bunyi satu suara di belakangnya. Ia bingkas berpaling. Siapa berani menegurku? Aku Datuk Dr.Johar, orang besar negara ini. "Pakcik, biarlah saya tolong kutip,sebelum Penguatkuasa Iman dan Islam datang. Nanti didendanya pakcik," kata budak kecil berpakaian putih dengan serban yang melilit kepalanya.Datuk Dr. Johar membetulkan tali lehernya. Ah, kalau dia datang biar aku sogok dengan duit ini . Siapa yang tak kelabu tengok duit merah, biru berlapis-lapis. Namun, Datuk Dr. Johar terus hairan. Bangunan pencakar langit dengan wajah pembangunan yang sofistikated. Ada helikopter bersimpang -siur bergerak di udara. Railbus bercerakah ke sana sini. Bullet train meluncur bagaikan panah dilepaskan dari busurnya. Kesibukan yang layak dipikul oleh manusia-manusia moden. Namun peliknya, pakaian mereka, tingkah-laku mereka...Ah, di mana aku sekarang ini, gerutu hati Datuk Dr.Johar. "Hoi budak, Aku dimana sekarang ?" soalnya kepada budak yang menegurnya tadi.
Budak itu tersenyum. Mukanya cerah dan indah. Tenang dan bersuara lunak. Apakah ini Aladin, budak Arab dengan lampu ajaibnya: teka-teki itu terus menerjah kepala dan kotak fikir Datuk Dr. Johar. Budak itu membuka mulut hendak menjawab. Belum sempat,tiba- tiba datang sebuah kereta jenis Ferrari, merah dan bercahaya. Keluar dua orang lelaki dengan pakaian yang hebat dan segak. Serban mereka berwarna hitam berjalur biru. "Assalamualaikum. ...Maaf, pakcik.. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kesalahan membuang sampah ini sudah belasan tahun tidak berlaku di Darul Taqwa ini. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kebersihan itu lambang iman. Negara ini menitikberatkan iman.... Pakcik didenda, 30 kali subhanallah, 30 kali astaghfirullah dan selawat 100 kali."Kata pegawai penguatkuasa itu dengan lembut. Datuk Dr. Johar tersentak. Apa namanya undang-undang ini. Tak ada dewan bandaraya di seluruh pelusuk dunia mengamalkannya. Dia tercengang-cengang. Namun egonya membumbung tinggi. Apa ? Dia nak marahkan aku ? " Ni duit lima ratus. Saya tak mahu buat apa yang kamu minta. Kita selesaikan di sini saja. Berapa gaji yang kamu dapat sebulan ? " tanyanya angkuh. "Pakcik, kita bekerja kerana Allah, bukan kerana gaji. Lagipun duit bukan ada harga lagi di zaman ini. Semuanya dipandang sebagai alat, bukan matlamat," kata pegawai berjanggut dan berjambang itu dengan tenang.
"Oh, oh .... maafkan kami, pakcik. Kami nak tanya sikit, kenapa pakcik pakai pakaian zaman dulu? Mana pakcik dapat pakaian macam itu ?" Tanya pegawai itu pula. Aku yang gila, atau dia yang gila? Detak hati Datuk Dr. Johar. Dia berjalan ke arah kereta Ferrari yang berkilat itu. Melalui cerminnya dia nampak perawakannya dengan jelas. Tak ada yang salah. Tali leher, kemeja dan kotnya masih kemas dan segak. Daripada jenama yang mahal pula - Pierre Cardin. Kasutnya hitam berkilat daripada jenis Bally. Ah! Aku masih unggul. Lelaki tampan, lambang status dan kejayaan. Dia yang kolot, dia yang ketinggalan zaman."Anak muda, pakaian pakcik ni pakaian pemimpin. Pakcik orang besar di negara ini. Pakcik dah keliling dunia dengan pakaian ni. " "Pakcik, itu pakaian puluhan tahun yang lampau. Ketika Islam belum berdaulat di Darul Taqwa ni. Moyang-moyang kami dulu saja yang pertahankan pakaian macam itu. Itu pakaian orang kuno di Barat.. Sekarang, kami hanya dapat lihat gambar-gambarnya saja. Itupun dalam buku sejarah zaman peralihan Islam. Orang Barat zaman moden ini dah berpakaian macam yang kami pakai. Tak ada orang yang pakai macam tu kecuali orang-orang bukan Islam yang dijamin kebebasannya dalam sebuah negara Islam seperti darul Taqwa."
Datuk Dr. Johar termanggu-manggu kebingungan. "Di mana aku sebenarnya ni?" Dia bertanya lagi kepada pegawai penguatkuasa dan budak kecil di tepi jalan. Dia masih kenal, Ini Jalan Chow Kit ditengah bandar Kuala lumpur. Masih ada Masjid Pakistan dan Masjid Kampung Baru di sebelah sana. Tetapi itu sahaja, yang lain tak ada. "Pakcik di bandar Mutmainnah. Ini jalan Mujahadah, namanya. Saya Haji Din,Pegawai Penguatkuasa Iman dan Islam. Diberi amanah untuk memastikan kebersihan lahir batin bandar ini."Apa? Bandaraya Kuala Lumpur dah jadi Bandaraya Mutmainnah? Jalan Chow Kit dah jadi jalan Mujahadah? Apa dia mutmainnah? Apa dia mujahadah tu? Apa yang terjadi ni? Soalan-soalan itu terus menyerang benak Datuk Dr. Johar.. "Pakcik, kami rayu pakcik membayar denda tadi. Kalau tak boleh sekarang, lepas sembahyang nanti pakcik laksanakanlah. Demi kebaikan pakcik dunia dan Akhirat..." Tiba-tiba terdengar suara orang memberi salam dari jauh.Nyaring dan jelas.. Seorang lelaki pertengahan umur berlari kepada seorang pegawai penguatkuasa. "Tuan, hukumlah saya. Saya mengumpat tadi. Ya Allah ! seksa Neraka amat pedih..Tolonglah, tuan. Hukum saya di dunia sebelum saya di hukum di Akhirat!" rayu lelaki itu. Pegawai tadi berpaling ke arah lelaki yang baru datang, dan kesempatan itu diambil oleh Datuk Dr. Johar. Ia lari sekuat-kuat hati.Peliknya mereka tidak mengejarnya. Ia terlepas ...Lega.Dahaga , lapar mula menggigit tekak dan perutnya. Dia mesti makan.Dia perlu minum. Tapi di mana? Tiba-tiba ia terdengar suara komputer dari sound system di tepi-tepi jalan :
"Assalamualaikum, kepada seluruh penduduk Kota Mutmainnah. Syed Al Abrar, hartawan besar berada di jalan Uwais Al Qarni. Dia merayu fakir miskin supaya sudi menerima sedekahnya. Hari ini ia menjamu nasi dan minuman. Sila datang!"Datuk Dr. Johar orang besar Darul Ghurur itu tidak akan mencemar duli menagih nasi. Dia ada duit, mampu membelinya sendiri. Dia pun masuk ke sebuah restoran di tepi jalan. Di situ penuh dengan pelanggan. Semuanya berserban dan berjubah.Matanya tak betah lagi melihat semua itu.Tapi kerana lapar ia masuk juga.
"Maaf tuan, itu pintu masuk untuk wanita. Di sini untuk lelaki." "Ceh! Diskriminasi, doubel-standard, lelaki dipisahkan daripada perempuan."Mukanya dicemekkan kepada tuan kedai yang menegurnya. "Ada restoran lain yang mengamalkan persamaan taraf antara lelaki dan perempuan? Saya tak suka pemisahan-pemisahan macam ni!".Lelaki itu tersenyum. "Empat puluh tahun yang lalu adalah.Sekarang ni kita sudah bebas dan merdeka. Zaman penjajahan fikiran dan jiwa sudah berlalu. Tak ada diskriminasi wanita di sini, tuan. Amir Muhammad,pemimpin Darul Taqwa telah menaikkan taraf wanita tanpa Women's Libs.Kalau tuan ada isteri dan membawanya bersama, sila masuk ke sana. Di sana ada tempat khusus untuk makan bersama isteri dan anak perempuan,"terangnya. Mukanya jernih.Serban dan jubahnya serba putih.
"Ini bertentangan dengan prinsip demokrasi. Sistem pemerintahan kapitalis, sosialis, nasionalis malah komunis sekalipun tak macam ni..." "Masya-Allah pakcik, jangan disebut lagi nama-nama ideologi tu. Semuanya telah termaktub sebagai ajaran-ajaran sesat dalam perlembagaan Darul Taqwa ini. Tak ada orang lagi yang berpegang dengan fahaman jahiliyyah tu... Subhanallah. ..." Keluh tuan restoran itu sambil mengurut-ngurut dadanya. Ekor serbannya bergoyang-goyang ketika ia manggeleng -gelengkan kepalanya. Ah! Persetankan semua itu. Perut aku lapar. Datuk Dr. Johar pun duduk. "Nasi beriani sepinggan !"ujarnya kepada pelayan. "Dalam pinggan, tuan?" tanya pelayan itu kehairanan. "Ya ! Apa peliknya?","Baik,tuan.Tapi semua orang berebut-rebut pahala makan berjamaah. Tuan makan seorang ?" tanya pelayan berkulit hitam itu. Dia tambah geram.direnung ke hadapan, iaitu ketempat orang menikmati makanan.Tidak ada meja makan hanya hamparan permaidani tebal dengan dulang-dulang indah yang tersusun rapi. Mereka makan satu dulang. Yek! Jijiknya. Ah! Aku tetap aku. Aku ada pendirian! Nasi beriani dengan ayam goreng kegemarannya terhidang di atas kain putih khas. "Jemput makan dengan nama Allah yang memberi rezeki," kata pelayan itu dengan sopan. Datuk Dr.Johar makan dengan seleranya. Dewan makan itu berhawa dingin lengkap dengan alat TV dan pita videonya sekali. Dia makan seorang diri bagai kera sumbang. " Ya Allah, apa musibah yang menimpa ana Subuh tadi. Ana masbuk dalam sembahyang jemaah Subuh, " ujar seorang lelaki muda dengan wajah yang kecewa. Suapnya perlahan.. Macam tak lalu makan saja "Anta tak cuba tampung dengan amal makrufat yang lain ?"tanya sahabatnya di sebelah.Dia nampak simpati. Datuk Dr. Johar pasang telinga saja. "Ana nak sedekahkan lima ribu ringgit ....malang nasib ana. Ana tunggu lima jam di tepi jalan tadi, seorang pun tak mahu terima sedekah ana " Keluhnya."Susah kita sekarang. Orang miskin yang bolot pahala redha, pahala sabar. Mereka patutnya bantulah kita.Tolonglah terima sedekah kita.Ah, susahnya jadi orang kaya macam kita ini. Dahlah nanti di Akhirat banyak hisabnya, Di dunia orang tak sudi pula terima sedekah kita. keluh seorang yang sama-sama makan dengan lelaki muda tadi."Kalaulah kita hidup zaman moyang kita dulu, kan dapat kita korbankan harta yang banyak ini. Saya pun dapat harta ni melalui warisan daripada bapa, yang diwarisi oleh datuk saya daripada moyangnya. Kita tunggulah bila kerajaan nak bangunkan projek negara atau nak gunakan duit untuk kemaskinikan kementerian- kementeriannya. ... saya nak labur habis-habisan. Biar jadi saham Akhirat," kata pemuda itu menutup perbualan. Mereka pun makan dengan perlahan -lahan. Datuk Dr.Johar makin pelik. "Tambah nasi sepinggan lagi!" ujarnya kepada pelayan restoran. "Demi kesihatan tuan, saya nasihatkan ... berhentilah sebelum kenyang.Maaf tuan saya terpaksa mengatakan demikian. Saya pelayan kedai merangkap pegawai perubatan ....," kata pelayan itu lagi. "Apa? Awak pegawai perubatan? Seorang doktor ke? Kelulusan luar negeri atau dalam negeri? Awak sepatutnya bertugas di hospital, bukan di restoran!" bentaknya. Marah campur geram.
"Tuan, mana ada hospital sekarang.Yang ada khusus untuk bayi, kanak-kanak dan wanita, juga para mubaligh dan mujahid yang cedera ketika berjuang. Tuan, kalau tuan amalkan makan hanya bila lapar dan berhenti sebelum kenyang, tuan akan sihat, insya-Allah. Kita tak perlu hospital!・ス "Bodoh, kalau macam tu, macam mana nak rawat pesakit kencing manis macam aku ini ?" leternya perlahan-lahan. "Penyakit kencing manis? Tuan menghidapnya? Saya ada baca buku perubatan edisi tahun 1990 dulu. Sekarang penyakit tu dah tak ada siapa menghidapnya. ....""Batalkan saja oder saya tadi, banyak sangat cakap, boring. Saya perlu hiburan sekarang ...Di mana boleh saya dapati ?" tanyanya. "Di sana, tuan. Melalui butang pada sistem komputer di sebelah sana, tuan boleh dapat apa saja hiburan yang menyegarkan. Tak payah risau pasal bil. Percuma.
Datuk Dr. Johar, orang besar negara, melangkah hebat ke tempat yang ditunjukkan. Berbagai -bagai butang dengan bermacam warna berkelip-kelip. Sangat rumit tapi kekeliruan itu dapat disembunyikannya. Dia malu kalau-kalau dengan pakaian jenama Pierre Cardinnya ia masih kelihatan kolot.. Entah di mana falsafah moden Datuk Dr. Johar. Pada pakaiannyakah atau otaknya? Diberanikan hatinya; satu butang warna hitam ditekan . Dalam skrin timbul tajuk besar- KHAUF. Apa bendanya ni? Kemudian menyusul nama-nama lagu: MATI ITU TERLALU SAKIT, ALAM BARZAKH YANG PASTI, MIZAN NOKTAH PENYESALAN , IZRAEL DATANG TIBA-TIBA Oh...Oh ... seram sejuk tubuhnya. Apa nama lagu macam ini? Biarlah menaruh harapan sikit.Hatiku macam kristal, boleh pecah dengan lagu-lagu macam tu. aku belum nak mati lagi, protes hati Datuk Dr.Johar. Dia beralih ke butang hijau tanpa lengah terus menekannya. Tertera di atas skrin komputer: RAJA'. kemudian tersembul tajuk-tajuk lagu. Dibacanya dengan teliti... FIRDAUSI MELAMBAIMU, DEMI CINTA DAN RAHMAT-NYA, KEINDAHAN JANNAH YANG ABADI, Kepala datuk Dr. Johar makin pusing. Semuanya tentang Akhirat. Apa nak jadi ni? "Tak ada lagu yang hot sikit ke?" tanyanya kepada seorang anak muda berjubah coklat di sebelahnya. "Nanti ya pakcik . Saya pilihkan lagu yang paling hot sekarang ni.Top-hit anak-anak muda sekarang..." "Ya, ya saya setuju," balas Datuk Dr. Johar. Telinganya dihalakan kepada sistem suara di dinding restoran itu. Dia ingin dengar lagu-lagu kegemaran muda-mudi daerah asing itu. Ayat suci Al-Quran a... "Eh ...ni suara orang mengaji,"
"Nanti dulu pakcik,selepas ni ada terjemahannya kemudian baru menyusul lagunya," kata pemuda berjubah cokat itu sambil matanya di tutup rapat-rapat. Asyik sekali dia.Kemudian getaran suara bergema .... Cintaku berlabuh di persada rahmat-Mu mendamba kasih yang tidak berhujung mengutip sayang di hamparan cinta suci. Inilah getaran hatiku memburu cinta....... stanza hati merindu Ilahi!"
Datuk Dr. Johar tak tahan lagi. Ia merengus dan pergi ke kaunter bayaran. "Maaf tuan, duit ini duit lama. Kalau tuan tak mampu bayar kami halalkan sajalah ..." Datuk Dr. Johar makin geram. Dia menderam dan berkata " Saya bayar dengan kad kredit saja!" Dia hulurkan kad kredit warna keemasannya. "Maaf sekali lagi, tuan. Kad kredit ini bukan yang boleh kami terima, kami halalkan sajalah." "Tak, pantang saya minta sedekah. Saya ada harta simpanan berbungkal-nungkal emas di bank. Takkan saya nak bawa, nanti disambar pencuri." " Darul Taqwa tak ada pencuri, tuan. Pencuri terakhir telah dipotong tangannya 30 tahun yang lalu ketika minta dihukum di hadapan hakim kerana takutkan seksa Neraka.""Ah, aku tak nak dengar semuanya.makin gila aku dibuatnya," pekik Datuk Dr. Johar lantas meluru keluar dari restoran itu. Di luar,semua pandangan menyakitkan hati. Mengapa orang kolot ini mentadbir teknologi begini tinggi. Pemandu bullet train berserban merah tersenyumkepadanya. Pilot helikopter dengan tulisan 'MAKRUFAT AIR TRANSPORT' sibuk dengan urusannya. Di seberang jalan tertegak papan iklan dengan tulisan yang jelas :" KELUARGA BAHAGIA GEMBIRA DENGAN SUNNAH ". Di papan itu terpampang gambar seorang lelaki dan perempuan berserta anak-anak meraka. Semuanya berserban, berjubah dan berpurdah. Isy,meluatnya! Di jalan-jalan raya suasana meriah dengan salam dan senyum.. Baginya,semua itu seolah-olah menyindir dan mengejek. Kenapa jadi begini? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Mengapa? Mengapa? Mengapa? Datuk Dr. Johar tiba-tiba menjerit. Tekanan dalam jiwanya yang kian tersumbat itu tiba-tiba meletus..
"Datuk..!Datuk. .! Bangun, Datuk. Ada berita buruk !" Datuk Dr.Johar bangun. Ia tertidur sewaktu menunggu keputusan pilihanraya hari itu. "Kenapa? Parti kita kalah? Aku kalah? "tanya Datuk Dr. Johar. "Tidak, Tuk. Rakyat bangun memprotes. Mereka tak mahu demokrasi.Mereka tak mahu pilihanraya. .." "Habis, mereka mahu apa?" "Mereka mahu Islam, Datuk!" "Islam ? " keluh Datuk Dr. Johar. Digosok-gosok lagi matanya.
"ISLAM KAN TETAP DIJULANG WALAUPUN IA DITENTANG..ITULAH JANJI ILAHI""Pasakkan Thabat Teguhkan Istiqamah"
Wednesday, November 9, 2011
Bagaimana Umat ISLAM disesatkan ....
"Mari kita renungkan dan ambil iktibar dari email yang dikirimkan oleh rakan saya....
Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"
Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti.Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan ketika.
"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gayahidup dan lain lain." "Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Paham cikgu...""Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan. "Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?" Murid-muridnya berpikir . Adayang mencuba alternatif dengan tongkat,dan lain-lain. Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet."Murid- murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya. ..Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang. ..Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sadar.
"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan. .."
"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda. Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita... ""Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya murid- murid. "Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi." "Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sedar". "Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang..." Matahari bersinar terik takala anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan pikiran masing-masing di kepalanya...
RENUNGILAH SAHABAT SEMUA.. TOLONG SEBARKAN PADA SAUDARA2 ISLAM KITA..MOGA ALLAH MEMBERI TAUFIQ DAN HIDAYAH PADA KITA DAN KELUARGA KITA... MARILAH KITA SAMA2 SEDAR BAHAWA AGAMA,BANGSA DAN TANAHAIR KITA SEMAKIN TERANCAM! UMAT ISLAM SEMAKIN MUDAH DIBELI DENGAN WANG RINGGIT, DILALAIKAN DENGAN KEINDAHAN DAN MEMUJA KESERONOKAN HIDUP, HINGGA HILANG MARUAH DAN HARGA DIRI!! JUSTERU, MARILAH, KITA BETULKAN APA YG TERMAMPU BERSAMA2..USAH HANYA BILA SEGALANYA SUDAH TERJADI, SAMA SEPERTI SAUDARA KITA DINEGARA2 LAINNYA, BARU KESEDARAN ITU TIMBUL, MUNGKIN MASIH BELUM TERLAMBAT TAPI KITA SUDAH TERLEWAT UTK MERUBAH DAN MEMBAIKI KEROSAKAN YG DIALAMI. YA ALLAH, SATUKANLAH UMAT ISLAM...AMIIINaku cinta Malaysia.... .tapi lebih cintakan ALLAH....... .... oleh itu, jika berlaku pertembungan antara kepentingan manusia dengan kepentingan Allah......DAHULUKANlah KEPENTINGAN ALLAH....
Wednesday, November 2, 2011
Home is where the heart is ... Sepatutnya kan ??
Baca perlahan-lahan dan penuh penghayatan..
Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
“Oh maafkan saya, saya tak perasan”
Katanya “Maafkan saya juga,
Saya tak nampak saudara”
Kami amat bersopan dan saling menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu pergi,
Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,
Lewat petang, tika memasak makan malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,
Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,
Jeritku, “Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh”
Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,
Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,
Sedangku berbaring di katil mendengar muzik,
Terdengar suara halus datang membisik,
“Bila bersama orang tak dikenali, Begitu bersopan dan merendah diri, Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci????"“Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur, Kan kau temui bunga-bungaan berterabur”, “Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu, Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu”, “Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu, Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu”, Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali, Airmataku mencurah ibarat air di kali, Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil, “Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil” “Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak? Dia tersenyum, “Adik terjumpanya belakang rumah di semak” “Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu, ibu tentu suka terutama yang unggu, “Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini, Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini, Katanya,”Oh, ibu, itu tak mengapa, Saya tetap sayang ibu melebihi segala, Bisikku, “Anakku, ibu pun sayang kamu, dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu,
FAMILYAdakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini, syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti, dalam hanya beberapa hari? Tetapi keluarga yang kita tinggalkan, akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat. Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja, Melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak. Bukankah begitu? Jadi apakah maksud yang tersirat?
Tahukah anda makna “FAMILY” ? FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU“HARGAILAH KELUARGA ANDA”
Tuesday, November 1, 2011
BEAUTY yang datang dari dalam .....
Mari kita mengkajinya ...
"Anggunnya peribadi kita bermula dengan anggunnya hati kita."
Layanan Seorang Isteri Buat Suami
Yang PertamaSemasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.
Yang KeduaBila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri, jgn suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak & menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jgn terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak tahu bertegur sapa dgn anda sbg denda di atas kedegilan anda sbg isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jgn disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dgn senyuman kasih sayang & bersegeralah meminta maaf. Jgn kita tunggu suami meminta maaf dgn isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.
Yang KetigaKadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah byk bersabar, jgn cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yg tidak matang & seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yg tidak kena tambahan pula kalau yg menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya.
Yang KeempatBila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam). Pilihlah hari-hari yang terbaik iaitu hari Isnin, Khamis dan Jumaat.
Yang KelimaJika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung di hatinya. Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.
Yang KeenamHendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya.
Number SEVENApabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.
Number EightSentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi. Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.
KesembilanBila bertembung kehendak suami dan anak-anak, dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar keatas setiap isteri kecualilah jika suami kita meredhainya.
kESepuluhApabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu. Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa. Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri.
Number ElevenSentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya.Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.
Wal Akhir ...Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam termos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau boleh sediakan kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur, apam ataupun biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya.
Akhir kata hendaklah isteri sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga suami. Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya dan bersabarlah di atas segala tindakan mereka jika ada yang bertentangan dengan syariat. Di sinilah peranan isteri untuk berdakwah kepada mereka tetapi biarlah berhikmah dan kena caranya agar setiap tindak-tanduk kita dikasihi dan dihargai oleh mereka seterusnya menjadi menantu atau ipar yang dicontohi akhlak, peribadi dan ibadahnya ...Baru Suami Sayang & Jadi Zaujah Solehah...
Saya sangat Mensyukuri Jodoh yang Allah susun buat saya .. Didalam kasih sayang hingga ke hari ini.. detik ini.. saya menyayanginya kerana Allah ... Encik Zauj, walau saya sentiasa mencabar kesabaran kamu hihi ... kamu begitu indah bagi saya... menjadikan detik-detik di bumi Allah ini lebih bermakna.. dan semoga keluarga kita... diselubungi Barakah - mawaddah & Sakinah .. > _< bercinta hingga ke syurga ye Zauji (^ ^,)
Sunday, October 30, 2011
Surat dari Si Dia ....
Seorang ayah pergi merantau ke luar negara untuk mencari rezeki meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak. Dia seorang yang penyayang dan sangat dikasihi dan dihormati pula oleh ahli keluarganya.
Setelah keadaannya di rantau orang agak stabil, dia menghantar surat pertama kepada keluarganya. Mereka sangat gembira menerima surat yang sungguh bermakna dari seorang ayah yang sangat dikasihi dan disayangi. Sampul surat itu ditenung berulang kali. Masing-masing memeluk dan mengucup surat tersebut bagai tidak mahu dilepaskan.
Kemudian surat yang berharga itu disimpan di dalam pembalut sutera yang indah. Sekali sekala surat itu dikeluarkan dari pembalutnya untuk dibersihkan daripada debu dan habuk. Kemudian meletakkan kembali di dalam pembalutnya.Kemudian tiba pula surat kedua, ketiga dan seterusnya. Semuanya disimpan dan dijaga rapi seperti surat pertama. Beberapa tahun berlalu…
Tibalah masa untuk si ayah pulang menemui keluarga tercinta. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati tiada seorangpun yang tinggal kecuali anak bongsunya. Dengan cemas dia bertanya:
- Mana ibumu?- Ibu ditimpa sakit yang amat teruk. Kami tidak ada wang untuk membiayai rawatannya sehingga akhirnya dia meninggal dunia. - Kenapa begitu? Apakah kamu tidak membuka suratku yang pertama? Di dalamnya terkandung sejumlah wang yang banyak untuk perbelanjaan kamu? - Tidak!
- Di mana pula abangmu?- Dia telah terpengaruh dengan kawan-kawan sebaya yang jahat. Selepas kematian ibu, tidak ada siapa yang mampu menasihatinya. Sekarang dia sudah jadi sebahagian daripada mereka. - (Ayah semakin hairan) Kenapa begitu? Aku telah tulis dengan panjang lebar menasihati kamu agar berhati-hati memilih kawan. Jangan berkawan dengan orang jahat kerana lama kelamaan kita juga akan jadi jahat! Aku juga meminta agar abangmu itu mengikut aku di rantau orang. Apakah kamu tidak membaca suratku? - Tidak! - لا حول ولا قوة إلا بالله
- Kakakmu di mana?- Dia pernah tulis surat kepada ayah meminta nasihat tentang seorang pemuda yang melamarnya. Sekarang dia telah berkawin dengan pemuda itu. Tapi malangnya dia tidak bahagia. Hidupnya menderita didera sepanjang masa lahir dan batin.
- Bukankah aku telah jawab surat itu menasihatinya agar jangan terima lamaran pemuda itu? Aku telah ingatkan, jangan pillih pasangan berdasarkan harta dan kedudukan. Tapi pilihlah berdasarkan agama, akhlak dan keturunan! Kamu tidak baca semua surat-suratku?- Tidak! Kami simpan surat-surat ayah di dalam pembalut sutera yang cantik, kami usap dan cium surat itu sebagai tanda sayang dan rindu kami kepada ayah! Tetapi kami tidak membacanya… Tidak ada siapa yang percaya akan kebenaran cerita ini. Mungkin ada yang akan berkata ia tidak masuk akal sama sekali!
Namun sedarkah kita bahawa inilah kisah benar. Kisah yang tak masuk akal inilah yang berlaku dalam kehidupan umat Islam hari ini?Kita menerima SURAT dari Yang Maha Mengetahui, Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Memerhati lagi Maha Bijaksana. SURAT yang mengandungi panduan, ajaran serta petunjuk dalam segenap bidang kehidupan. Tetapi sejauh mana kita membaca, memahami dan mengikuti panduan yang diberi?
Maka jadilah apa yang terjadi! Umat Islam mati dibunuh saban hari, di sana sini. Jenayah meningkat, keruntuhan akhlak mencemaskan di semua peringkat, wanita-wanita didera dan diperkosa tanpa mengira tua atau muda, bayi-bayi yang tidak berdosa dibuang merata-rata, dan bermacam-macam kejahatan, maksiat dan kemungkaran yang menjijikkan.Semuanya berpunca daripada tidak membaca dan mengambil pengajaran daripada SURAT yang dikirim oleh Pencipta Yang Maha Esa Yang Amat Sayang kepada makhluk-Nya! "Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali (1) orang-orang yang beriman, (2) dan yang beramal soleh (3) dan yang berpesan2 pada kebenaran (4) dan yang berpesan2 pada kesabaran". ~Surah Al-'Asr.
Saturday, October 29, 2011
Kerana Sebiji Hab Hab
Note: “Hab Hab” means Watermelon @ Tembikai in Arabic Ammi ...
Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhi telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.
Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya:
"Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu?."
Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut. Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya:
"Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membeli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya."
Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan diapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.
P/s: Sama2 beringat lain kali beli buah or sayur tak elok jangan marah2 kerana secara tak langsung kita sebenarnya memarahkan Pencipta tumbuhan2 tersebut.. Nauzubillah...
Wednesday, September 28, 2011
اللهم توفني وانت راض عني

في العجلة الندامة , ومن سمع كلام امه
كسب رضاها ورضا الله , هنا حكاية لكم أحبائي الأطفال عن الدب العجول
كانت الدبة تعيش مع صغيرها في كوخاً صغيراً وسط الغابة ..
... وذات يوم نادت الدبة الام صغيرها قائلة :
نادت الدبة الأم صغيرها
هل تستطيع أن تخرج وتبحث لي عن أوراق ملونة جميلة ؟ ولكن ....
نادت صغيرها الدب
قاطع الدب الصغير امه قائلاً : بالطبع ياأماه..
وهرول مسرعاً خارج المنزل , حتى انه لم يسمع تحذير والدته له بعدم قطع
اوراق شجرة التوت البرية الحمراء اللامعة لأنها سامة وتسبب الحكة.
ذهب الدب إلى الغابة
هرول مسرعاً
فلفتت إنتباهه اوراق شجرة التوت البرية الحمراء اللامعة وهي تلمع تحت اشعة
الشمس.
فركض نحوها وقطف من اوراقها الجميلة الحمراء.
قطف اوراق شجرة التوت الحمراء
وفي طريق العودة إلى البيت
شعر الدب الصغير بحكة في أنفه ثم يديه فقدميه.
شعر الدب الصغير بحكة
ثم أشتدت وسرت في جسده كله وأصبحت مزعجة جداً.
لقد قطفت اوراق التوت الحمراء, رغم تحذيري لك ؟؟
رغم ما حذرتك
أنا أسف يا امي , فقد كنت في عجلة من امري ولم أصغ جيداً لحديثك ,لكنني
أعدك بانني سأستمع لنصائحك وأنفذها بدقة في المرات القادمة.
أنا أسف ياأمي
ومنذ ذلك اليوم
أصبح الدب يقف طويلاً أمام الباب مطولاً قبل مغادرته المنزل ليصغي إلى
نصائح أمه ويعمل بها .
يقف طويلاً ليسمع امه
مسلمه على الطريق الصج
Sunday, September 11, 2011
Eid Mubarak !!
Bismillahirrahmanirrahim....
Alhamdulillah, baru berkesempatan untuk menulis.. keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan dan kerja pejabat yang tak putus-putus .. Allah maha mengetahui yang terbaik buat kita semua enshallah (-__-)
Salam Eid Mubarak!!! Harapnya tidak terlewat untuk mengucapkanya .. Maaf zahir batin dari Ana & Encik Zauj bagi sesiapa yang mengenali diri ini ..

Alhamdulillah, Syawal kali ini meriah ... Beraya di rumah mertua di Kuala Terengganu bersama keluarga & Suami tercinta.. pada raya kedua Ana & suami beraya di Kelantan, seminggu berhari beraya di Terengganu Alhamdulillahn sempatlah kami saling menziarahi & menjenguk sahabat dan saudara mara... Dari penghujung Ramadhan sehingga awal Syawal beraya di Terengganu,bertambah meriah dengan jemputan walimah sahabat dan juga saudara mara...
Selamat pengantin baru! Barakallahu lakuma & SALAM EID MUBARAK!!...
Alhamdulillah, baru berkesempatan untuk menulis.. keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan dan kerja pejabat yang tak putus-putus .. Allah maha mengetahui yang terbaik buat kita semua enshallah (-__-)
Salam Eid Mubarak!!! Harapnya tidak terlewat untuk mengucapkanya .. Maaf zahir batin dari Ana & Encik Zauj bagi sesiapa yang mengenali diri ini ..

Alhamdulillah, Syawal kali ini meriah ... Beraya di rumah mertua di Kuala Terengganu bersama keluarga & Suami tercinta.. pada raya kedua Ana & suami beraya di Kelantan, seminggu berhari beraya di Terengganu Alhamdulillahn sempatlah kami saling menziarahi & menjenguk sahabat dan saudara mara... Dari penghujung Ramadhan sehingga awal Syawal beraya di Terengganu,bertambah meriah dengan jemputan walimah sahabat dan juga saudara mara...
Selamat pengantin baru! Barakallahu lakuma & SALAM EID MUBARAK!!...
Monday, March 7, 2011
SETELAH BERGELAR ISTERI ..

Bismillahirrahmanirrahim....
Alhamdulillah, setelah sekian lama bergelar isteri kepada Encik Suami tercinta. Baru faham istilah "Bercinta Selepas Kahwin" keindahannya dan kemanisanya.. Sebelum ini, minda telah disiapkan bakal suami adalah seorang yang tegas dan garang maka jangan berperangai kebudak-budakan dan bergaduh seperti aktiviti bersama adik2, abi dan ummi.
Sebelum ini, tidak pernah berbual bercakap pun tak pernah (berbeza istilah berbual dan bercakap) maka selepas diijab kabul baru berbual dan bercakap sekali, terasa 'pelik'nya ana. Dialog pertama setelah menjadi isteri.
"Enta perlu apa2 ke?"
Disebabkan selalu bahasakan diri sebagai 'ana/enti/enta' bila bercakap dengan orang asing maka sebut ana/enta jugalah dengan insan tersayang yang sudah pun bergelar suami tanpa sedar. Monolog sendiri dalam hati, memang la ana ni seORANG insan biasa, manusia juga kan, bukannya patung. Itulah, kekok benar rasanya. Terasa betapa istimewa dan bertuahnya menjadi seorang muslimah yang Allah berikan anugerah untuk berniqab, reaksi muka tidak mampu dibaca oleh orang lain. Hihihihi. Kalau orang tahu reaksi muka ana masa tu, masahallah :)
Pada hari walimah,diarahkan oleh adik2ku agar ana bergambar dengan zauj... Kekok sangat sampai menyorok belakang almari. hehe, memang kaku sikit ana ni. Penat nak set dalam minda... malu yang tak dapat digambarkan.. tapi yang paling tak dapat dilupakan sepanjang akad nikah berlangsung menangis je ... air mata tak pernah kering2 ...
"Kan Dah sah, itu suami kakak...!" kata umi .. hairan pada ana yang asik menangis sejak dari sebelum akad nikah lagi.
Puas diketawakan oleh orang kerana ana sangat malu dan nampak sangat cuak. Rasa macam duduk sebelah alien saja, jarak punya jauh sehinggakan family dan kawan2 terpaksa cakap.
"Dekat la sikit.."
Tunduk je, ENCIK SUAMI membiarkan ISTERINYA bertenang.
"Dia malu tu... jangan laju sangat..." kata ummi pada suamiku...
Makanya, gambar-gambar awal semuanya berjarak sekaki. Aduh, rosak gambar. Nasib la orang dalam gambar
Selesai majlis akad di masjid. Pertama kali zauj melihat wajah ana DAN dalam keadaan sedikit bersolek, dipandangnya ana pelik. Aduh, macam ana buat salah je. Mujurlah seharian walimah, ana dah boleh 'menerima' status baru diri ini sebagai isteri orang sudah. Tidak lagi kaku macam anak patung yang statik dan ana asyik terasa macam duduk sebelah orang yang sangat asing. Huhu. Segala rasa pelik dah berkurang. Alhamdulillah.

"Abang, abang ni unexpected lah..!"
Ana rasa macam bertunang dengan orang lain dan berkahwin dengan orang lain. Watak yang serius dan garang yang digambarkan sebelum ini masa melihat wajahnya (didalam gambar) terpahat dalam kepala tiba-tiba berwatak lain. Muka yang susah nak senyum, tidaklah sesusah mana pun. Cuma memerlukan sedikit skill untuk mencetus kemahuan beliau untuk senyum...
Tiba-tiba, tersenyum sendiri. Seolah-olah faham dengan adik2ku yang selama ini tertanya2 "macammana kakak ni hidup dengan suami yang muka serius sangat, tengok pun takut" tapi sebenarnye tak pun ..suamiku seorang yang sentiasa tersenyum dan seorang yang sangat3 tenang orangnye ...
Tiba lah hari untuk ke rumah pengantin lelaki ...Terasa seolah-olah 'dihalau' dari rumah, ummi suruh bawa baju macam lama sangat ana nak duduk rumah mertua. Abi pula pesan itu dan ini bimbang anak dia kekok dan TAK terkeluar suara :)
Seseorang bertanya pada ummi.
"Tak sedih ke anak kahwin?"
"Nak sedih apanya, bukan anak berkurang tapi bertambah lagi anak ana!" Jawapan ummi, subhanallah. ana hanya mampu tersenyum .. kerana ummi dan abi sangat menyayangi menantunya .. Alhamdulillah .....
Ujian-ujian awal telah kami lalui, walaupun tempoh pertunangan pendek namun geloranya masya Allah hampir saja ana merasakan ada yang bakal mengundur diri dari meneruskan ikatan ini. Hanya tawakal dan redha dengan apa yang Dia isyaratkan dalam kembara memberi kekuatan untuk terus bertahan dan berkorban perasaan...Alhamdulillah..
Tiada harapan menggunung dalam perkahwinan ini, hanya mahu berkorban demi sebuah kehidupan .. memasuki alam yang lebih mencabar dan hidup dalam keadaan yang paling disukai Allah .. Perkahwinan kami adalah keranya .. Enshallah ..
Setiap pasangan berkahwin merasakan pasangan adalah milik mereka. Isteriku adalah milikku, suamiku adalah milikku. Ana rasakan tiada sesuatu yang menjadi milik kita, semuanya milik Allah. Allah pinjamkan suami untuk seorang isteri memberi khidmat dan Allah kecilkan skop dakwah dan lingkungan ibadah, itu anugerah indah buat muslimah.
Allah pinjamkan isteri untuk seorang suami lebih kukuh di jalan dakwah, ada yang mendorong dan menjadi pencetus semangat, andai setiap dari kita melaksanakan peranan kerana sebuah ibadah, tiada masalah menuntut hak (engkau milikku atau aku milikmu) kerana masing-masing faham ibadah kerana Allah, untuk bercinta sampai ke syurga! (",)
setelah 4 hari bergelar isteri Ana ditinggalkan oleh zauj dalam keadaan demam dan terus diserang demam panas sehingga badan terlalu sakit dan penat dek walimah yang tak henti2, subhanallah.Tetapi dia terpaksa meninggalkan ana untuk meneruskan perjuanganya.. Ada sesuatu yang Dia mahu sampaikan. Dia mahu ana berdikari dan jaga diri sendiri, bagaimana mahu menjadi sayap kiri kepada suami andai sayap sendiri patah sendinya?
"Apa perasaan abang ?" Sengaja menebak hatinya.
"Alhamdulillah tenang..."
masahallah setiap kalimah yang keluar dari mulut zauji sangat2 menenagkan hati ana .. sentiasa buat ana tersenyum dan bersyukur ..Alhamdulillah dan syukran ya Allah :)
"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmat Nya bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki,) isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir." (Surah Ar-Rum : 21)
Ana sangat yakin, dalam sebuah perkahwinan ada keberkatannya. Jagalah hubungan dari awal, moga kesuciannya dari awal terpelihara agar di tengah dan hujungnya menatijahkan kemanisan iman dan taqwa berpanjangan. Ameen.
Membaca komen dari sahabat-sahabat zauj, tersenyum. Allah lebih tahu.

Hadirnya tanpa ku sedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi
Lembut tutur bicaranya
Menarik hati untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat dihati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini
Thursday, March 11, 2010
Muslimah Tak Guna!!
"Kawan-kawan aku pon ada gak yang pakai tudung besar-besar ni, tapi sekarangkan macam-macam tudung ada. Kau, ni up to date la sikit. Kita sekarang kena ada style la"
Rungutan berbaur sinis ini masih tidak menggoyangkan rasa cinta aku pada tudung bulat..
" kesianlah aku tengok kau ni.", sambil tangan beliau mencari-cari tudung berjenama artis dan menghulurkannya pada ku. Aku ambil, sebagai menyenangkan hatinya. Ku gantikan tudung bulat yang ku pakai dengan tudung biru terqouis yang beliau berikan. Memang padan dengan baju kurung putih berbunga sama warna dengan tudung itu.
"Ish, tak reti la, tudung ni melekat kat badan. Tak selesa la, panas." Terfikir juga, betulkah jawapanku ini.
"Melekat kat badan? Abes tudung kau tu tergantung ke kat badan kau tu. Tudung bulat kau yang boleh buat kain kemah tu tak panas ke?".
Huh, berdesing telingaku mendengar kutukan mereka pada tudung kesayanganku itu. Sanggup beliau mengatakan
sedemikian padaku. Apakah kesalahannya tudung bulat ni sehingga ia amat di benci dipandangan mata muslimat kini. Malah, pemakainya juga tidak terlepas dari pelbagai fitnah dan cemuhan.
"Ish tudung besar tu tah dalam tudung tu macam-macam ada."
"Ala tudung melingkup macam cendawan tu datging gak we."
"Kawan anak aku, tudung die besar bukan main, berjubah lagi, tup-tup mengandung kau tahu."
Kami manusia, wahai saudara-saudaraku. Seperti kata pepatah, "kerna nila setitik, rosak susu sebelanga". Bukan niat mahu membenarkan yang salah,cuma tidak perlulah kami sentiasa dicemuh dan dihina. Biarkan mereka menanggung dosa sebagai munafik,usah kalian menambah pula dosa kalian dengan mengumpat mereka.
Ya!! Kami juga muslimah biasa yang tidak kebal dari dosa.
Ya! Benar! Kami muslimah tak guna. Kami memang tak guna.
Kami memang tidak guna pewarna-pewarna untuk memberi warna pelangi pada rambut kami, pewarna mata, pewarna pipi malah bibir juga kami tidak warnakan, kerana pada kami hanya benda buruk yang perlu dicat untuk menarik orang menatapnya. Kami yakin rambut kami adalah mahkota terindah yang amat bernilai. Maka, kami jaganya dengan rapi agar tidak rosak di mamah mentari, dan tidak lapuk disimbahi hujan. Kami baluti ia dengan rapi agar ia terjaga dan tersimpan untuk menjadi tatapan yang berhak menatapnya. Kami jauhkan sebarang pewarna di wajah kami kerna kami tidak mahu menipu sekalian yang menatapnya.
Kami juga muslimah-muslimah tak guna kain sempit untuk membaluti tubuh kami. Kain-kain jarang pada kami hanya untuk di buat kain langsir yang fungsinya menghalang cahaya matahari terik, tetapi dalam pada masa yang sama matahari itu perlu sebagai penyuluh di siang hari dan penyegar kediaman kami. Andai kain jarang kami baluti tubuh kami, kami juga membenarkan cahaya matahari menjadi punyuluh badan kami dan menjadi penyegar mata kalian. Oh tidak, kami bukanlah semudah itu untuk menjadi tatapan kalian. Kami juga tak guna baju-baju adik kami untuk dibawa berjalan ke bandar. Kami lebih mengamalkan perinsip yang tua memberi pada yang muda, bukan membuli yang muda. Jadi, adik-adik kami selalunya yang meminjam baju kami, dan kami meminjam pada kakak kami dan begitulah seterusnya. Kerna ini juga baju kami tidak perlulah jarang atau berlubang-lubang atau senteng ke pusat untuk menyejukkan badan, tetapi baju yang longgar amat selesa kerana pengudaraanya amatlah baik sekali. Seperti mana rumah yang besar lebih sejuk berbanding rumah yang kecil dan sempit. Hal ini juga, dapat memudahkan pergerakan kami dan membesarkan langkah kami. Tidaklah kami perlukan belahan kain sampai ke paha untuk melangkah dengan lebih besar.
Sungguh aneh dunia kini, baju yang cukup sifatnya dikecilkan, dikoyakkan, dibelahkan. Makin lama, tubuh itu ibarat orang-orang di sawah lagak pakaiannya. Malah, pakaian orang-orang itu lagi indah.
Ya, kami masih lagi muslimah tak guna kasut-kasut bertumit tajam, kerna kami sayang bumi kami. Bumi ini juga bernyawa dan pastinya setiap yang bernyawa pasti mempunyai perasaan. Kami takut kasut tumit tajam kami akn mnyakitkan bumi ini. Kami sedar satu hari nanti, kami akan berada dalam bumi ini. Kami takut akan di balas pula perbuatan kami dengan tusukan yang kami sendiri tidak dapat menanggungnya.
AURAT. Apa definisinya pada kalian?
"Ala, pakai tudung dah kira tutup aurat la tu…"
Pakai tudung dan berbaju t-shirt, sudah sempurna tuntutan menutup aurat kalian? Tudung pendek menampakkan dada itu menutup aurat pada kalian? Baju jarang dan sempit itu menutup aurat. Itu tidak di sentuh hal seluar lagi. Aduh, makin sakit mata makcik-makcik yang memandang melihat gaya seluar yang menjelikkan kini. Untuk apa berbaju jika sudah tahu di mana tanda lahirnya. Untuk apa berseluar jika mahu diberitahu saiz pinggangnya. Untuk apa berbaju dan berseluar jika boleh diteka apa yang ditutupinya.
Mungkin pada kalian menutup aurat adalah menutupi keaiban kalian. Tapi pada kami, menutup aurat adalah menutup bahagian-bahagian terindah pada kami. Yang kami tutup bukanlah rabut rosak yang penuh dengan kelimumur. Yang kami tutup bukan juga parut-parut luka jatuh pokok di waktu nakal dahulu. Yang kami tutup adalah kecantikan yang kami jaga rapi untuk kalian yang berhak menatapnya. Kami jadikan kalian yang pertama melihatnya, bukan yang ke 25 ataupun yang terakhir setelah puas orang laian menatapnya. Amanah ini kami jaga kerna pada kecantikan-kecantik an ini juga terletak maruah kami, maruan ibubapa kami, dan yang paling utama maruah agama kami. Kami tidak mahu kalian terkeliru dan tertipu dengan identiti kami. Kami muslimah bukan Harajuku girl, mahupun gadis barat berkulit sawo matang tapi berambut blonde.
Isu tudung dan aurat ini tidak pernah akan menjadi isu basi kerna ianya perlu diingatkan selalu. Apa yang kami perlihatkan pada kalian mungkin pada kalian adalah kehodohan semata, tapi kami peduli apa, kami tak ingin cantik di mata kalian, tapi kami mahu cantik di mata ALLAH;KEKASIH awal dan akhir kami...
Kita manusia mudah lupa walaupun sering diberi peringatan. Muslimah perlu sedar, tugas kalian amatlah besar kerna guru-guru pendidik bangsa, pemimpin-pemimpin negara, pejuang-pejuang Islam, semuanya akan lahir dari kalian . Andai kalian rosak, adakah bakal yang lahir dari perut kalian akan elok? Benar, semuanya adalah ketentuan Allah, dan iman juga tidak boleh diwarisi, tetapi prevention is better than cure kan…? Cuba elak sejauh mungkin, berusaha menjadi yang terbaik,seterusnya baru diserahkan pada sebaik-baik perancang.
Andai diri ini tersasar dari landasan, ringan-ringankanlah tangan kalian untuk memimpinku kembali ke landasan yang benar. Jangan kalian mengutukkan aku dibelakang kerna aku tidak dapat mendengarnya. Jangan pula kalian menjauh kerna, aku juga tidak bisa membaca hati kalian. Aku juga manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan. Tegurlah aku andai ada yang tidak enak di mata kalian. Segalanya mungkin ada hikmah kerana itu kita dituntut untuk saling menasihati.
Andai kalian ingin bersahabat denganku, aku berjanji menjadi sahabat yang terbaik buat kalian, kerna aku mencintai kalian seperti mana aku mencintai diri aku sendiri.
Tetapi andai kalian ingin aku mengikut arus semasa memakai tudung berjenama selebriti negara, aku rela kehilangan kalian dari kehilangan tudung bulat. InsyaALLAH.. .
Allahu alam… -
Rungutan berbaur sinis ini masih tidak menggoyangkan rasa cinta aku pada tudung bulat..
" kesianlah aku tengok kau ni.", sambil tangan beliau mencari-cari tudung berjenama artis dan menghulurkannya pada ku. Aku ambil, sebagai menyenangkan hatinya. Ku gantikan tudung bulat yang ku pakai dengan tudung biru terqouis yang beliau berikan. Memang padan dengan baju kurung putih berbunga sama warna dengan tudung itu.
"Ish, tak reti la, tudung ni melekat kat badan. Tak selesa la, panas." Terfikir juga, betulkah jawapanku ini.
"Melekat kat badan? Abes tudung kau tu tergantung ke kat badan kau tu. Tudung bulat kau yang boleh buat kain kemah tu tak panas ke?".
Huh, berdesing telingaku mendengar kutukan mereka pada tudung kesayanganku itu. Sanggup beliau mengatakan
sedemikian padaku. Apakah kesalahannya tudung bulat ni sehingga ia amat di benci dipandangan mata muslimat kini. Malah, pemakainya juga tidak terlepas dari pelbagai fitnah dan cemuhan.
"Ish tudung besar tu tah dalam tudung tu macam-macam ada."
"Ala tudung melingkup macam cendawan tu datging gak we."
"Kawan anak aku, tudung die besar bukan main, berjubah lagi, tup-tup mengandung kau tahu."
Kami manusia, wahai saudara-saudaraku. Seperti kata pepatah, "kerna nila setitik, rosak susu sebelanga". Bukan niat mahu membenarkan yang salah,cuma tidak perlulah kami sentiasa dicemuh dan dihina. Biarkan mereka menanggung dosa sebagai munafik,usah kalian menambah pula dosa kalian dengan mengumpat mereka.
Ya!! Kami juga muslimah biasa yang tidak kebal dari dosa.
Ya! Benar! Kami muslimah tak guna. Kami memang tak guna.
Kami memang tidak guna pewarna-pewarna untuk memberi warna pelangi pada rambut kami, pewarna mata, pewarna pipi malah bibir juga kami tidak warnakan, kerana pada kami hanya benda buruk yang perlu dicat untuk menarik orang menatapnya. Kami yakin rambut kami adalah mahkota terindah yang amat bernilai. Maka, kami jaganya dengan rapi agar tidak rosak di mamah mentari, dan tidak lapuk disimbahi hujan. Kami baluti ia dengan rapi agar ia terjaga dan tersimpan untuk menjadi tatapan yang berhak menatapnya. Kami jauhkan sebarang pewarna di wajah kami kerna kami tidak mahu menipu sekalian yang menatapnya.
Kami juga muslimah-muslimah tak guna kain sempit untuk membaluti tubuh kami. Kain-kain jarang pada kami hanya untuk di buat kain langsir yang fungsinya menghalang cahaya matahari terik, tetapi dalam pada masa yang sama matahari itu perlu sebagai penyuluh di siang hari dan penyegar kediaman kami. Andai kain jarang kami baluti tubuh kami, kami juga membenarkan cahaya matahari menjadi punyuluh badan kami dan menjadi penyegar mata kalian. Oh tidak, kami bukanlah semudah itu untuk menjadi tatapan kalian. Kami juga tak guna baju-baju adik kami untuk dibawa berjalan ke bandar. Kami lebih mengamalkan perinsip yang tua memberi pada yang muda, bukan membuli yang muda. Jadi, adik-adik kami selalunya yang meminjam baju kami, dan kami meminjam pada kakak kami dan begitulah seterusnya. Kerna ini juga baju kami tidak perlulah jarang atau berlubang-lubang atau senteng ke pusat untuk menyejukkan badan, tetapi baju yang longgar amat selesa kerana pengudaraanya amatlah baik sekali. Seperti mana rumah yang besar lebih sejuk berbanding rumah yang kecil dan sempit. Hal ini juga, dapat memudahkan pergerakan kami dan membesarkan langkah kami. Tidaklah kami perlukan belahan kain sampai ke paha untuk melangkah dengan lebih besar.
Sungguh aneh dunia kini, baju yang cukup sifatnya dikecilkan, dikoyakkan, dibelahkan. Makin lama, tubuh itu ibarat orang-orang di sawah lagak pakaiannya. Malah, pakaian orang-orang itu lagi indah.
Ya, kami masih lagi muslimah tak guna kasut-kasut bertumit tajam, kerna kami sayang bumi kami. Bumi ini juga bernyawa dan pastinya setiap yang bernyawa pasti mempunyai perasaan. Kami takut kasut tumit tajam kami akn mnyakitkan bumi ini. Kami sedar satu hari nanti, kami akan berada dalam bumi ini. Kami takut akan di balas pula perbuatan kami dengan tusukan yang kami sendiri tidak dapat menanggungnya.
AURAT. Apa definisinya pada kalian?
"Ala, pakai tudung dah kira tutup aurat la tu…"
Pakai tudung dan berbaju t-shirt, sudah sempurna tuntutan menutup aurat kalian? Tudung pendek menampakkan dada itu menutup aurat pada kalian? Baju jarang dan sempit itu menutup aurat. Itu tidak di sentuh hal seluar lagi. Aduh, makin sakit mata makcik-makcik yang memandang melihat gaya seluar yang menjelikkan kini. Untuk apa berbaju jika sudah tahu di mana tanda lahirnya. Untuk apa berseluar jika mahu diberitahu saiz pinggangnya. Untuk apa berbaju dan berseluar jika boleh diteka apa yang ditutupinya.
Mungkin pada kalian menutup aurat adalah menutupi keaiban kalian. Tapi pada kami, menutup aurat adalah menutup bahagian-bahagian terindah pada kami. Yang kami tutup bukanlah rabut rosak yang penuh dengan kelimumur. Yang kami tutup bukan juga parut-parut luka jatuh pokok di waktu nakal dahulu. Yang kami tutup adalah kecantikan yang kami jaga rapi untuk kalian yang berhak menatapnya. Kami jadikan kalian yang pertama melihatnya, bukan yang ke 25 ataupun yang terakhir setelah puas orang laian menatapnya. Amanah ini kami jaga kerna pada kecantikan-kecantik an ini juga terletak maruah kami, maruan ibubapa kami, dan yang paling utama maruah agama kami. Kami tidak mahu kalian terkeliru dan tertipu dengan identiti kami. Kami muslimah bukan Harajuku girl, mahupun gadis barat berkulit sawo matang tapi berambut blonde.
Isu tudung dan aurat ini tidak pernah akan menjadi isu basi kerna ianya perlu diingatkan selalu. Apa yang kami perlihatkan pada kalian mungkin pada kalian adalah kehodohan semata, tapi kami peduli apa, kami tak ingin cantik di mata kalian, tapi kami mahu cantik di mata ALLAH;KEKASIH awal dan akhir kami...
Kita manusia mudah lupa walaupun sering diberi peringatan. Muslimah perlu sedar, tugas kalian amatlah besar kerna guru-guru pendidik bangsa, pemimpin-pemimpin negara, pejuang-pejuang Islam, semuanya akan lahir dari kalian . Andai kalian rosak, adakah bakal yang lahir dari perut kalian akan elok? Benar, semuanya adalah ketentuan Allah, dan iman juga tidak boleh diwarisi, tetapi prevention is better than cure kan…? Cuba elak sejauh mungkin, berusaha menjadi yang terbaik,seterusnya baru diserahkan pada sebaik-baik perancang.
Andai diri ini tersasar dari landasan, ringan-ringankanlah tangan kalian untuk memimpinku kembali ke landasan yang benar. Jangan kalian mengutukkan aku dibelakang kerna aku tidak dapat mendengarnya. Jangan pula kalian menjauh kerna, aku juga tidak bisa membaca hati kalian. Aku juga manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan. Tegurlah aku andai ada yang tidak enak di mata kalian. Segalanya mungkin ada hikmah kerana itu kita dituntut untuk saling menasihati.
Andai kalian ingin bersahabat denganku, aku berjanji menjadi sahabat yang terbaik buat kalian, kerna aku mencintai kalian seperti mana aku mencintai diri aku sendiri.
Tetapi andai kalian ingin aku mengikut arus semasa memakai tudung berjenama selebriti negara, aku rela kehilangan kalian dari kehilangan tudung bulat. InsyaALLAH.. .
Allahu alam… -
Friday, November 27, 2009
Warkah buat ADAM

Wahai Adam,
Hawa tidak tahu bagaimana mahu memulakan coretan ini. Surat ini, khas untuk semua kaum Adam di luar sana. Duhai Adam, telah dinyatakan dalam AlQuran, bahawasanya engkau Adam, telah diberikan kuasa terhadap wanita. Kau diberikan tanggungjawab untuk mendidik Hawa, mengawasi Hawa agar Hawa tidak terjatuh ke seberang jalan.Ini ialah amanah Allah buatmu, Adam.. Amanah!
Hawa.. Hawa kelu, Adam! Hawa sendiri menangis melihat sesetengah kaum Hawa sudah jatuh ke seberang jalan. Hawa tertanya-tanya, di mana Adam?! Di mana Adam yang Allah amanahkan untuk menjaga Hawa?! Di mana Adam untuk mengawasi Hawa?! Hawa sedih Adam, Hawa sedih..
Adam, Hawa bersyukur kerana ada dikalangan kaum Hawa sedang berusaha merangkak-rangkak untuk naik semula ke atas jalan. Hawa cuba menghulurkan tangan kepada mereka. dan cuba menarik mereka. Malangnya Hawa tidak kuat, Adam! Hawa tidak kuat! Kenapa?? Kerana ada segelintir kaum Adam yang telah meruntuhkan semangat kaum Hawa untuk mencari jalan yang benar! Kenapa Adam buat Hawa begini?! Kenapa Adam, kenapa?! Mengapa tidak Adam membantu Hawa?! Mengapa Adam tidak memikul amanah Allah ini sebaik mungkin?!!
Astaqfirullah..
Maafkan Hawa, Adam. Hawa tidak bermaksud menyinggung perasaan Adam. Tetapi, Hawa cuma ingin memberitahu Adam realiti dunia sekarang. Kenapa Adam biarkan kami, kaum Hawa yang dikatakan lemah ini memikul senjata? Berkejaran sana-sini menangkap penjenayah? Adam sekadar melihat Hawa menyinsing lengan baju membuat kerja. Adam hanya memerhatikan kami kaum Hawa berkeringat mengamankan negara. Hawa tidak nafikan, ada juga kaum Adam melakukan tugas seperti yang telah disebutkan di atas, namun adilkah bagi kaum Adam yang sekadar goyang kaki menganggur tanpa kerja melihat kami Hawa bertungkus-lumus mencari nafkah buat keluarga?!
Adam, Adam selalu cakap, Hawa keras kepala! Hawa tak dengar kata! Hawa ego! Tapi Adam, yang lahirkan Adam, ialah kaum Hawa. Hinggakan di saat kaum Hawa mulai sakit mahu bersalin, Allah hadiahkan kaum Hawa pahala jihad di jalan Allah. Dan Allah kata, seorang wanita solehah itu lebih baik daripada 1000 lelaki soleh. Apa di fikiran Adam sekarang?
Adam, jika Adam sudah mempunyai seorang Hawa sebagai isteri, maka pimpinlah isterimu itu wahai Adam. Rasullullah pernah cakap, "Seandainya diperbolehkan untuk manusia bersujud kepada manusia lain, tentunya aku perintahkan seorang isteri untuk sujud kepada suaminya". Lihatlah, Adam. Kedudukan seorang suami itu amat mulia. Maka dengan itu, jalankanlah tanggungjawabmu dengan sebaik mungkin terhadap isterimu, Hawa. Jangan biarkan isterimu berpakaian tetapi bertelanjang. Menutup aurat tetapi rosak akhlak. Bermanis bicara tetapi sebenarnya berdusta. Jalankan amanah Allah, Adam..
Adam, engkau itu imam dan Hawa itu makmum. Bagus engkau, baguslah Hawa. Buruk engkau, buruklah Hawa. Adam, Adam lupa? Bukankah Allah memberikan anugerah buat Adam? Adam punya 9 akal 1 nafsu. Tetapi kami kaum Hawa, punya 9 nafsu 1 akal! Kerana itulah, apabila semakin buruknya akhlak Adam, semakin buruk dan jijiklah akhlak Hawa. Maka Adam, tidak adil lah kaum Adam mahu menyalahkan kami kaum Hawa dalam segala hal. Tatkala sang isteri memakai tudung bawal dengan baju t-shirt lengan takat siku, bersama seluar jeans ketat, mengapa sang suami tidak menegur? Kerana sang isteri tidak mahu mendengar kata? Bukankah sang suami itu punya kuasa? Bila si suami tidak menegur, maka fesyen pelik si isteri yang dinamakan berpakaian tetapi bertelanjang ini semakin berleluasa hinggakan menjadi ikutan anak-anak gadis muda.
Adam tidak percaya? Pergilah keluar. Lihatlah sendiri. Hatta makcik-makcik sekalipun berpakaian begitu. Siapa lagi yang boleh mencegah semua ini Adam?! Siapa?! Hinggakan kami sesetengah kaum Hawa sendiri pun sudah penat menasihati kaum sendiri.
Adam, sebagai manusia, Hawa sangat menyayangi Adam. Tak mengapalah, Adam. Andai surat ini masih belum mampu menyedarkan Adam, Adam tunggulah. Tunggulah sehingga Adam melihat anak-anak gadis Adam sendiri rosak dan hanyut dalam maksiat. Wallahu'alam.
Satu Kisah CINTA ....
Nuaim Zidat....

Ayu ..
Begini.. Ayu, pelajar Maahad (bukan nama sebenar) sangat meminati seorang pemuda hafiz bernama Nuaim Zidat (bukan nama sebenar), setiap hari dialah yang jadi tukang azan, iman. Akhlaknya sangat mulia. Menjadi kegilaan gadis Maahad.Rupanya pula, subhanallah.. kalah hero hindustan. Ayu sering berdoa.. "Ya Allah, jika ada jodoh aku dengannya, temukanlah kami". Tapi dia merasakan dirinya sangat kerdil berbanding dengan pemuda ini. Rupa pun bukan secantik heroin bollywood, lagipun keluarganya sangat naif. Mustahil, pemudah hebat ini akan memilihnya. Hari berganti hari, tahun berlalu..
Pelajar Maahad menyambung pengajian di IPT pilihan masing-masing. Ayu berpisah dengan pemuda ini tanpa menyatakan 'cinta'nya. Setahun kemudian, ibunya melahirkan anak kembar, oleh kerana minatnya yang teramat sangat, Ayu menamakan salah seorang adik kembarnya dengan nama pemuda impiannya itu. Ditakdirkan Allah, sepupu Ayu (Zaim) satu pengajian dengan pemuda ini. Pada suatu hari, sepupu Ayu bercerita tentang Ayu;menyebabkan Nuaim tertarik untuk mengenalinya. Maka bertekad pula menulis sepucuk surat tanda salam perkenalan. Zaim dengan gembiranya menyampaikan hajat sahabatnya kepada Ayu. Alangkah terkejutnya Ayu tatkala membuka warkah - Nuaim Zidat!
Hampir terjerit, terpaku melihat surat yang sudah lama diimpikan. Tapi maruahnya membataskan, berkata Ayu kepada Zaim " Aku tak layak untuk dia, kau sampaikan salam pada dia.Penolakan ini dikhabarkan kepada sahabatnya. Nuaim agak kecewa, oleh kerana hatinya merasa cukup tenang untuk gadis ini, maka menyusul surat kedua dan ketiga dan ke-empat. Aduhai, hati Ayu akhirnya lembut untuk membalas surat ke-4. Dengan penuh rendah diri, Ayu menceritakan. Antara lain Ayu berkata, "Saudaraku, sesungguhnya apabila kau mengenali kenaifan diriku dan keluargaku pasti hasratmu untuk mendampingiku akan lebur sama sekali kerana darjat kita tidak pernah akan sama".
Rupanya isi surat Ayu telah menambat hati Nuaim untuk terus menghantar rombongan merisik seterusnya meminang. Sebulan selepas bertunang, Ayu dan Nuaim Zidat diakad sebagai suami isteri. Pada malam pertama- Dalam solatnya, Ayu sujud sungguh lama. Tidak mampu menahan sebak, terisak di atas sejadah. Tatkala menatap wajah suaminya diceritakan doa dan hajatnya untuk dipertemukan dengan Nuaim sejak di bangku sekolah lagi, menyatakan bahawa rindu serta cintanya terhadap pemuda itu tidak pernah padam. Malah perasaan itu semakin mekar tiapkali bersama adik kembarnya.. Nuaim sungguh terharu dengan cerita 'cinta' Ayu, semakin dia yakin telah menemui 'cintanya yang sebenar'
Menangislah ....

Lahirnya manusia bermula dengan tangisan. Tangisan itu juga menggembirakan orang keliling mereka. Tidak pernah pula ibu bapa bayi itu menangis melihat anak mereka menangis. Tidak juga mereka berasa bersalah bila merasa gembira melihat satu tangisan. Demikian tangisan bayi itu amat diperlukan sebagai bukti normal dan selamat nyawanya.
Alhamdulillah. Bila kita mula meniti usia dewasa, tangisan kerap dikaitkan dengan kekecewaan. Ianya bagai satu kemestian pula. Terkadang menjadi satu luahan. Dalam keriuhan dan diam ada tangisnya. Diam atau meriuhkan keadaan tangisan adalah kemestian. Kita akan menangisi kegagalan kita. Malah air mata juga gugur bila kita gembira.
Tangisan adalah satu suara hati manusia, justeru tidak adil jika tangisan itu hanya dikaitkan dengan sifat kewanitaan. Manusia yang mengadap Ilahi setelah perlakuan dosa besar yang dilakukanakan menangis, tangisan yang amat pahit tetapi diterima dengan kurniaan manis dari Allah. Bagaimana Allah begitu penyayang menerima tangisan ummah yang pernah mengkhianati jalanNya. Maka itu Allah melahirkan manusia dengan anugerah satu tangisan dalam diri mereka. Manusia yang ego pula kerap merasa malu untuk menangisi kekesalan mereka. Bagi manusia, menangis ini satu kelemahan. Benarkah?
Tangisan adalah perlambangan kesedihan dan kegembiraan. Manusia menangis bila putus asa. Manusia menangis bila beroleh kemenangan dan kejayaan. Dan dalam kesedihan, tangisan meluahkan kepuasan.Kepuasan ini melahirkan satu gerak untuk bertindak ke arah tidak akan sedih lagi.Sedar atau tidak tangisan membawa manusia memotivasikan diri. Bergerak untuk tidak menangis untuk satu kekecewaan dan berubah ke arah menangis untuk satu kemenangan.
Manusia selalu mengingkari kebenaran kenikmatan satu tangisan. Cubalah menangisi sesuatu dengan sesungguh hati. Dan rasakan nikmatnya! Demi Allah, Maha Kaya Allah telah mencipta titis-titis air mata dengan begitu suci dan jernih bagai aliran sungai menyucikan kotoran pada satu permukaan. Dalam suasana taubat, manusia menangisi perbuatannya dengan satu keyakinan bahawa Allah Maha pengampun dan penyayang dengan air mata sebagai perantaraan dan bukti kekesalan ini. Sebaliknya manusia yang menyalahgunakan ciptaan Allah yang satu ini untuk tujuan yang tidak seharusnya, perlulah mereka sedar dan menyesalinya. Air mata bukan untuk menangisi satu kematian.
Maka itu Allah menjanjikan hukum-hukum tertentu untuk perkara begini. Tangisan untuk satu pemergian adalah satu kerugian.Dalam setiap tangisan, tersembunyi satu luahan naluri yang cukup simbolik. Melalui tangisan manusia bagai dapat menyampaikan apa yang terbuku seakan meluahkannya melalui percakapan, perlakuan dan ada perantaraan. Walhal ianya berlaku hanya dalam diri, diri si menangis! Pernahkah manusia benar-benar terfikir untuk apa dan mengapa mereka menangis? Dan pernahkah manusia benar-benar merasai nikmatnya? Buanglah tanggapan tangisan itu hanya melambangkan kelembutan dan hanya bagi mereka yang lemah perlu menangis. Ego yang tinggi dapat ditewaskan dengan satu tangisan yang benar-benar tangisan! Oleh itu menangislah... kerana ia rawatan untuk segala 'duka'mu..
Subscribe to:
Posts (Atom)














