Beliau berkata dalam satu kenyataan yang diterima oleh Pusat Media Palestin pada hari Rabu (5/6) bahawa kerajaan Britain tidak berpada dengan bantuan politik dan kebendaan yang dihulurkan kepada penjajah Zionis sepanjang sejarah hitamnya bagi menentang rakyat Palestin kami, kerana melalui resolusi Britain yang zalim itulah berdirinya regim Zionis perampas di atas bumi kami yang dikasihi melalui perjanjian ‘Balfour’. Di samping itu, kerajaan Britain juga sentiasa menghulurkan bantuan yang membolehkan kerajaan Zionis terus berdiri dan melakukan permusuhan. Dan pada hari ini, kerajaan Britain sekali lagi mengeluarkan resolusi baru yang hanya memperlihatkan satu lagi bentuk kezaliman terhadap wakil sah kepada rakyat Palestin.
Beliau seterusnya menegaskan bahawa “kami sebagai speaker dewan menyatakan bahawa rakyat Palestin mempunyai kebebasan untuk memilih wakil mereka, terutamanya pemilihan yang berlaku melalui proses pilihanraya Palestin yang berlangsung pada 25 Januari 2006 lalu yang diakui oleh pemerhati antarabangsa sebagai sebuah pilihanraya yang bebas.”
