It doesn't matter if you win or lose, it's how you play the game... :)

Friday, November 27, 2009

DISEBALIK KELEMAHAN WANITA ADA KEKUATAN ...



Ujar lelaki, wanita itu lemah. Ujar wanita, mereka adalah lembut. Antara lemah dan lembut, besar perbezaannya. Namun Ada yang tidak rela mengakuinya, telah ditakdirkan, kerana lembut , wanita tidak gemar perbalahan, kecuali jika terpaksa, Lalu wanita pun diam. Diam seolah-olah menerima...Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan. Dalam diam ,wanita terus terusan bekerja. Di pejabat sebagai kerani...di rumah sebagai suri. Dari sebelum tercalit garis putih di subuh hari, hingga jarum jam tegak bertindih jari. Lelaki yang mengaku kuat , celik mata sarapan sudah terhidang. Apabila pulang dari pejabat...di kerusi malas longlai terlentang. Isteri dikatakan lemah...bergelut di dapur memasak.


Suami yang mengaku gagah...bersantai di hadapan TV tidak bergerak. Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak, menyapu sampah, mengemas rumah yang berselerak. Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak, berehat,menonton TV sambil tergelak. Dalam diam wanita dianggap lemah...terus berlumba dengan masa memandikan anak, melipat pakaian dan membasuh baju. Kakitangan semua digerakkan dengan laju menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu. Sebelum solat Magrib untuk sujud. Menyembah yang Satu. Makanan dihidang selepas solat. Selesai kerja rumah,anak-anak diajar mengaji. Sedang suami tersandar semula seperti tadi. Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji. Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan. Lelaki terpelajar celik hati... Ingin menghapuskan diskriminasi. Lantang membela nasib wanita. Memberi kesedaran supaya segera bangkit. Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adab tradisi. Hukum agama telah terpapar.


Tugas suami mengemas rumah,menjaga anak. Membasuh pakaian,menyediakan makanan. Jika suami tidak terdaya melakukannya. Seorang pembantu wajar disediakan. Lelaki yang hanyut dalam keasyikan, tidak mampu menerima perubahan. Rela bertahan bagaimana jua . Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati dalam diam, wanita yang sering dianggap lemah meneruskan hidup dalam segala kekuatan.



Tak perlu mencari teman secantik BALQIS, Jika diri tak seindah SULAIMAN, Mengapa mengharap teman setampan YUSUF, Jika kasih tak setulus ZULAIKHA, Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM, Jika tak sekuat SARAH, Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH, Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W, Tak guna Ada MATA kalau tak dapat MELIHAT, Tak guna Ada HATI kalau tak tahu MENILAI....

No comments: