It doesn't matter if you win or lose, it's how you play the game... :)

Thursday, May 7, 2009

Bahr: Tindakan Britain merupakan permusuhan terhadap rakyat Palestin.

Khamis, 07/05/2009 - Pemangku speaker Dewan Perundangan Palestin, Dr Ahmad Bahr meminta kerajaan Britain ‘yang takbur’ memohon maaf terhadap tindakan yang diambilnya terhadap Yunus al-Astal seorang wakil rakyat Palestin, bahkan sebaliknya mengambil tindakan yang boleh menebus kesalahan bersejarahnya terhadap rakyat Palestin daripada mengeluarkan keputusan dan tindakan membabi buta serta berbentuk permusuhan.
Beliau berkata dalam satu kenyataan yang diterima oleh Pusat Media Palestin pada hari Rabu (5/6) bahawa kerajaan Britain tidak berpada dengan bantuan politik dan kebendaan yang dihulurkan kepada penjajah Zionis sepanjang sejarah hitamnya bagi menentang rakyat Palestin kami, kerana melalui resolusi Britain yang zalim itulah berdirinya regim Zionis perampas di atas bumi kami yang dikasihi melalui perjanjian ‘Balfour’. Di samping itu, kerajaan Britain juga sentiasa menghulurkan bantuan yang membolehkan kerajaan Zionis terus berdiri dan melakukan permusuhan. Dan pada hari ini, kerajaan Britain sekali lagi mengeluarkan resolusi baru yang hanya memperlihatkan satu lagi bentuk kezaliman terhadap wakil sah kepada rakyat Palestin.

Beliau seterusnya menegaskan bahawa “kami sebagai speaker dewan menyatakan bahawa rakyat Palestin mempunyai kebebasan untuk memilih wakil mereka, terutamanya pemilihan yang berlaku melalui proses pilihanraya Palestin yang berlangsung pada 25 Januari 2006 lalu yang diakui oleh pemerhati antarabangsa sebagai sebuah pilihanraya yang bebas.”

Monday, October 6, 2008

Assalamualaikum w.b.t

Dear Brothers and Sisters..

Our brothers and sisters in Palestin need our help..

They only survive with one piece of bread for 20 people..

All necessity have been blocked by Israel ..

Please spare your time to think about them too..


For more information - go and visit net.news.com or aljazeera.com etc…

Jihad for ISLAM……ALLAHUAKBAR!!!

Sunday, October 5, 2008

salam ukhuwah

UKHUWAH itu Terletak bukan pd PERTEMUAN, bukan pada manisnya UCAPAN di bibir, tetapi INGATAN seseorang terhadap saudaranya....(IMAM AL-GHAZALI)



TiaDa PerjUmpaan Yang MeNYamai PerjumpaaN DEngan SaHaBatnya,
daN Tiada KeseDihan Yang MEnyamai PerPIsahan DEngannya,
SEMOGA PERSAHABATAN YANG KITA BINA DENGAN BISSMILLAH DISUDAHI DENGAN INNALILLAH.....

Sahabat…
Sebaik sahaja dirimu membuka mata dari tidur, bacalah doa kesyukuran. Bersyukurlah kerana usiamu telah dipanjangkan Allah dengan rahmatNya. Bersyukurlah kerana terselamat daripada kelalaian dan kelemahan tidur.

Dan insaflah bahawa hakikatnya, pintu taubatmu masih terbuka. Dan ketahuilah bahawa tidur itu adalah pelajaran bagi yang hidup merasai setengah kematian.

Melalui tidur, Tuhan telah mengajar kita mengingati kematian saban hari. Melalui tidur, Tuhan mengajar kita hikmah mimpi. Dan adab-adab tidur juga Tuhan tunjukkan kita melalui Nabi.oh betapa syumulnya Islam, ia terbimbing dari hal yang sekecil-kecilnya hingga kepada perkara yang sebesar-besarnya.

Sahabat…
Berwudhu'lah sebelum tidur. Sesungguhnya Allah akan memelihara rohmu disisiNya. Tetapi jika tidurmu tanpa wudhu', Tuhan tidak akan memandang dikau dan membiarkan jin dan syaitan mengganggumu. Akibatnya sahabat akan terbuai mimpi-mimpi kosong yang tidak berfaedah, malah menarik ke arah kekufuran. Pengaruh dari mimpi sebegini berupaya mencorak perlakuanmu, jika dikau tidak mengetahui sumber-sumbernya. Amatlah rugi jika ajal mendatangi kita ketika sedang tidur dengan tidak berwudhu'. Roh kita akan terabai akibat dari kelalaian kita sendiri.

Sahabat…
Tidurlah di atas rusuk kanan dan menghadap kiblat. Mudah-mudahan mimpimu dikurniakan hikmah kerana ia merupakan satu cara wahyu diturunkan. Mimpi yang benar adalah mimpi yang diberkati Tuhanmu. Selain itu adalah mimpi yang batil dari gangguan jin dan syaitan, dan mimpi yang hambar terhasil dari panorama hidup seharian. Ingatan terhadap mimpi adalah penerimaan fikiranmu mentafsirkannya.

Sekiranya dikau tidak biasa atau tidak percaya dan tidak dapat menerima berita-berita ghaib sebagaimana dituntut oleh Al-Quran dan As-Sunnah maka jadilah segala-galanya tidak bererti dan tidak mendatangkan faedah dan pengajaran kepadamu. Jadikanlah mimpi sebagai mimpi dan permainan tidurmu.

Sahabatku…
Tidurlah apabila merasai mengantuk. Dengan tidur anggota tubuh akan dapat kerehatan dan tenaga akan pulih kembali. Usahlah dikau tidur dengan berlebih-lebihan kerana perbuatan itu akan mengakibatkan badan menjadi letih dan lesu. Akal fikiran akan menjadi lemah. Akan tetapi, jangan pula tidak tidur berpanjangan kerana dengan berbuat demikian kewarasan fikiran akan hilang. Tidurlah sekadar sebagaimana disyorkan Islam, ditunjukkan oleh Nabi s.a.w iaitu tidur sebelum zohor dan selebihnya di siang hari menguruskan pentadbiran dunia. Manakala, tidur sedikit di malam hari dan bangun memperhambakan diri dari tengah malam hingga ke pagi. Inilah contoh tidur yang ideal dan amalan manusia hamba yang mencari keredhaan Tuhannya.

Sahabat…
Jauhkan dirimu daripada amalan tidur dua kali di siang hari kerana amalan itu adalah perbuatan syaitan. Hindarkan dirimu tidur terlalu lama supaya tidak dikencingkannya. Dan janganlah tidur di siang hari menjadi kemestian kerana tabiat ini akan mengeruhkan wajahmu dan rezeki menjadi mahal. Berusahalah menjaga adab-adab tidur dan elakkan dari menelentang, kaki bersilang atau tertiarap dan mengangkat punggung. Tutuplah auratmu dan tidurlah di tempat yang terselamat daripada fitnah. Berlindunglah kepada Allah, Insya Allah dirimu akan mendapat berkat.

Sahabat…
Ingatlah bahawa masalah tidur sering dianggap remeh temeh dalam hidup ini, tetapi pada hakiktnya ia adalah jurang yang dalam yang berupaya mengakibatkan dirimu hidup tak terancang, hilang matlamat dan hilang punca. Sesungguhnya jurang ini telah dimanfaatkan oleh musuh yang menjadikan panduan hasrat dan dengkinya dengan sumpahan cela.

Ketahuilah sahabatku…
Bahawa syaitan telah bersumpah dengan tiga perkara. Selagi makhluk Allah yang bernama manusia melakukannya, selagi itulah pintu kesesatan terbuka luas dan mudah bagi mereka memperdaya : iaitu Pertamanya keinginan untuk makan, Keduanya keinginan terhadap perempuan dan Ketiganya keinginan untuk tidur di mana selama mana ketiga-tiga keinginan ini terus subur dalam diri manusia maka selagi itulah tidak ada kegagalan untuk syaitan menyesatkan manusia. Kita semua tidak akan terselamat kerana itu adalah sifat dan ciri-ciri manusia. Kita hanya terselamat jika didikan Rasulullah dalam hal-hal berkaitan kita amalkan. Itulah kurniaan Allah kepada kita, hamba yang mencari keredhaanNya. Maka bersyukurlah sahabatku dan jangan sekali-kali menyombong diri….

Nukilan ikhlas dari hati …
-Widad-

Saturday, October 4, 2008

selamat hari raya untuk semua umat islam...






السلام عليكم ورحمت الله وبركاته..

تقبل الله مناومنكم صيامناوصيامكم..
من العاءدين والفاءزين..
.
الله اكبر.الله اكبر.الله اكبر..لاإله إلاالله والله اكبر..الله اكبر ول الله الحمد..
.
Ja'analLahu wa iyyakum.minal aidin wal faizin,kulLa'amin wa antum bi khoirin..
Ied fitri al mubar0k 1429 H.



Kullu amwa antum bikhair!!

selamat hari raya untuk semua umat islam...





بكل زخة مطر وبكل رشة عطر وبعدد من صلى واعتمر وبعدد الطيب والعطر ويحميك ربي من كل شر وقبل كل البشر أهنيك بعيد الفطر

" (setiap rasa marah pasti ada penawar,
setiap percik-percikan pasti berbau harum
dengan banyaknya orang yang shalat dan orang yang beribadah umrah, dengan banyaknya parfume dan segala yang berbau harum, suatu harapan semuga allah melindungi kamu dari segala kejahatan, sebelum kegembira'an dan kesenangan tiba saya ucapkan selamat hari raya iedul fitri mohon ma'af lahir dan batin )".


عيدكم سعيد عيدكم مبارك
‏ من العائدين والفائزين كل عام وأنتم بخير


segala khilaf segala salah, dari ucapan maupun tindakan, ana mengucapkan minal aidin wal fa'izin, mohon ma'af zahir & batin,

Monday, April 21, 2008





Terkadang bila melayari weblog-weblog rakan, menjelajah ke dalam dunia maya bagi manusia yang memayakan diri
mereka, saya merasa hairan melihat sesetengah weblog muslimah, yang bertudung, yang menutup aurat, tidak segan silu pula untuk memaparkan gambar masing-masing. Tiadalah salah untuk memaparkan gambar anda, ya muslimah sekalian, namun, sayangnya, anda terlupa bahawa gambar yang anda posting itu adalah gambar sebesar skrin 17 inci! Setiap butir jerawat dan bulu halus di muka anda terpampang rapi!


Muslimah & Gambar : Ada apa dengannya?

Tidaklah tujuan saya mengaibkan kalian. Saya adalah rakan kamu. Sahabat kamu. Yang enggan melihat wajah-wajah anda itu, dipaparkan sewenang-wenangnya kepada orang. Biarpun wajah bukan aurat mengikut sesetengah mazhab, namun tatkala fitnah mengundang, tidakkah ia melayakkan ianya ditutup dari pandangan umum?

Muslimahku,

Dunia internet semakin berkembang maju. Satu hari, satu weblog, mungkin berjuta-juta orang yang melihatnya
setiap hari. Di kalangan mereka ada yang bagus, yang menundukkan pandanga selaras firman Allah dalam Surah An-Nur “Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan.” Namun, kita harus akui, bahawa di kalangan jutaan orang itu, ada yang hatinya sakit, ada yang jiwanya perit menanggung kesakitan akibat terlihat wajah-wajah kamu biarpun kamu bertudung litup.

Muslimahku,

Kalau kita lihat dunia gambar bukan main maju lagi. Dahulu, cuma setakat kamera yang perlu dicuci gambarnya.

Kini, telefon juga menjadi kamera. Kamera pula lebih dahsyat, lebih instant, sesegera mee segera yang sama

kerosakan yang dibawanya, penyakit hati.

Alangkah malangnya, kalau wajah-wajah
anda yang terpamer itu, mengundang
gejolak rasa di jiwa insan bernama
lelaki, yang beriman akan beristighfar
dan memujuk hati, manakala yang sakit
jiwanya, akan mula mengganggu anda.
Mula memburu anda dengan SMS, telefon,
hatta mungkin mendekati anda, dengan
tujuan memiliki anda….Hanya kerana
satu kesilapan yang mungkin anda tidak
terniat, wajah anda terpampang besar
di internet!

Gambar adalah bayangan realiti. Namun
mungkin juga ia fantasi. Kadangkala
tertipu juga lelaki pada fantasi
Photoshop, Fireworks dan seribu satu
pengedit gambar lagi. Kalau itu memang
tujuan anda, anda tanggung sendirilah.
Tapi kalau niat anda cuma berkongsi,
dengan tanpa sedar mengajak fitnah
bertandang, maka amaran saya, hati-
hatilah!

Penyelesaiannya

Andalah sahaja yang mampu
menyelesaikannya. Bukan orang lain.
Diri anda, andalah yang harus
menjaganya. Apa tujuan anda bertudung
dan menutup aurat? Bukankah kehendak
syariat dan ingin menutup pandangan
orang kepadamu? Maka, soalan saya,
menundukkan pandangan bukan kehendak
syariatkah? Memaparkan wajah anda
besar-besar menutup pandangan orang
terhadap andakah?

Kerana weblog-weblog dan web foto itu
milik anda, seharusnyalah anda
kecilkan wajah-wajah anda dengan
mengecilkan saiz gambar itu. Banyak
cara boleh dilakukan menggunakan
perisian pengedit gambar. Belajarlah
daripada yang tahu. Hindarkanlah aksi-
aksi dan posing-posing yang hanya akan
menambahkan lagi kerosakan jiwa
masyarakat. Sekiranya niat anda hanya
ingin berkongsi dengan rakan muslimah
anda, lakukanlah secara tertutup.
Elakkan posting yang boleh dilihat
oleh segala macam jenis orang. Kalau
lebih mudah, anda kirim saja emel
bergambar pada rakan muslimah anda itu.

Ingat, wajah anda, anugerah Allah.
Anugerah Allah itu hanya layak dilihat
berkali-kali oleh yang layak sahaja.

Wallahu A’lam.

Peringatan juga buat diriku yang
sering lupa…

- dipetik dari blog wewr iaitu ~Khabar
Dari Urdun~ dalam entri bertajuk
Muslimah & Gambar




Tuesday, April 1, 2008

DEMOGRAPHIC BOMBING



The Laknatullah Zionist realize that high Arab populations density threatens their expansionist ambition in Palestine. Thus, they are aiming to stop the populations of Arab Palestine by killing them, and making them suffer from everythin’, demonstrating their force against weak and helpless people. All ikhwanese, you must know that they’re now tryin to spread social illness such as drugs and prostitution in Palestine. Shock? Huh..well.. We know nothing about these. We forget everythin’ They create difficult economic, political and social conditions for all Palestinian people. They held terrorism as one of its indispensable weapons for the achievement of its dream in Jewish homeland in Palestine. This meant, forcin’ the people to leave their homeland, and those who won’t, will eventually die. Do you still remember all about the massacres against the Palestinian people? Remember??? Here I write for you :
Baldat As-Syeikh, Sacsac in Hebron, Abu Kasr, Deir Yassin, Abu Shousa, Al-Lid, Village of Ellaboun, Ba’na and Deir Al-Asad, Town of Qalqiliyya, Kafr Qassim, Khan Yunus, Sabra Shatila (visited), Al-Aqsa Mosque, Ibrahami Mosque and Tunnel…Now, they are going to do the same thing in Gaza.
It really hurts to see my ikhwah being torn up so badly in Palestine especially in Gaza. So many people were killed. During the first Palestinian intifada, or uprising against the Israeli occupation, the Israeli army employed several means of suppressing the popular resistance, including firing rubber-coated steel bullets, disabling the bodies of thousands of stone throwers




Kaherah: 31 Mac , - Pengusaha kantin pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Mesir yang lebih dikenali sebagai Wak Jasman, warganegara Malaysia hari ini meninggal dunia. Jenazah telah disembahyangkan di Kompleks Rumah Negeri di Hayyu ‘Ashir sebelum selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam-Melayu di sini.

Menurut sumber, arwah meninggal dunia disebabkan penyakit jantung yang dihidapinya. Beliau meninggal dunia di hospital beberapa hari selepas menjalani satu pembedahan. Isteri si mati yang berketurunan Arab Mesir turut bersama-sama ketika solat jenazah dilaksanakan ditemani beberapa orang ahli keluarga terdekat.

Solat jenazah yang dilaksanakan oleh pelajar-pelajar Malaysia di Mesir turut dihaleh pegawai-pegawai rumah negeri dan pegawai-pegawai dari pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Mesir.

ISMA mengucapkan takziah kepada ahli keluarga si mati dan semoga roh si mati dicucuri rahmat oleh Allah (swt) serta ditempatkan bersama-sama orang-orang yang soleh.